tugasan semester 2 tahun 1 sesi 2012/2013 : ZZZT 1062 PEMBANGUNAN DIRI II

TAJUK:
“PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA DALAM BADAN BERUNIFORM, PERSATUAN DAN KELAB HANYA UNTUK
MELENGKAPKAN KONTRAK PEMBELAJARAN (LC) ATAU SUKARELA”.
NAMA AHLI KUMPULAN :
1) MASYITA
BINTI MOHD
HADI
A141089
2) NURUL SAFINAS BINTI M. HANAFIAH A141813
2) NURUL SAFINAS BINTI M. HANAFIAH A141813
3) FATINAH
BINTI MOHD
NAZIR
A141698
4) AFAF
LIYANA BINTI
HARIS
A137471
5) ROZIANA
BINTI
MAZRAH
A142418
6) MISS
FATEEMOH MATEMAI
A138709
7) NURUL
FATIHAH BINTI
IBRAHIM
A141187
NAMA PENSYARAH :
DR AZWIRA BIN ABDUL AZIZ
SENARAI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
|
1
|
2.0 Objektif kajian
|
2
|
3.0Permasalahan kajian
|
2
|
4.0 Dapatan kajian
|
3
|
4.1 pengelasan kategori
|
5
|
4.2 jumlah aktiviti yang disertai
|
7
|
4.3 pandangan terhadap keberterusan sistem LC
|
9
|
4.4 permasalahan utama
|
10
|
4.5 cadangan
|
11
|
5.0 Kesimpulan
|
13
|
6.0 Senarai rujukan
|
14
|
7.0 lampiran
|
15
|
7.1 skrip temubual
|
16
|
7.2 contoh borang soal selidik
|
18
|
1.0 PENGENALAN
Penglibatan pelajar-pelajar universiti kebangsaan
Malaysia dalam badan beruniform, persatuan dan kelab hanya untuk melengkapkan
kontrak pembelajaran (LC) atau sukarela mahupun kerana minat. Persoalan ini
timbul berikutan oleh reaksi yang pelbagai dalam kalangan pelajar di universiti
ini mengenai keperluan kredit LC. Penglibatan pelajar ini sebenarnya telah
ditetapkan oleh pihak universiti untuk para pelajar mendapatkan kredit (LC)
mengikut jumlah yang telah ditetapkan sebagai salah satu syarat untuk pelajar
menamatkan pengajian dengan cemerlang. Namun, persoalan minat mahupun terpaksa
ini timbul disebabkan ramai pelajar universiti merasa terbeban dengan perkara
ini. Dengan ini, kami sekumpulan ingin mengenalpasti dengan lebih mendalam lagi
mengenai penglibatan pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
luar bilik kuliah. Seperti yang sedia maklum tugas seorang pelajar di
universiti bukan semata-mata untuk mendapatkan pembelajaran sahaja, namun para
pelajar juga mesti mempunyai kelebihan-kelebihan lain contohnya kemahiran kerja
berkumpulan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan
mempelajari cara-cara untuk membahagikan masa dengan lebih baik. Dengan adanya
kemahiran-kemahiran tersebut pelajar akan lebih mempunyai keyakinan diri bila
berhadapan dengan orang lain. Selain itu, kemahiran-kemahiran tersebut juga
dapat dimanfaatkan apabila sudah berkerja kelak. Disamping itu, dizaman penuh
cabaran ini kemungkinan besar peluang pekerjaan terhad, dengan adanya
kemahiran-kemahiran tersebut dapat memberi kelebihan kepada seorang garaduan
universiti bagi mengisi kekosonagan pekerjaan tersebut.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk
mengenalpasti adakah penglibatan pelajar-pelajar universiti kebangsaan Malaysia
dalam badan beruniform, persatuan dan kelab hanya untuk melengkapkan kontrak
pembelajaran (LC) atau kerana faktor minat dan sukarela. Objektif kedua
adalah untuk mengenalpasti apakah kekangan ataupun permasalahan yang dihadapi
oleh para pelajar atau mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ini dalam
menglibatkan diri dalam sebarang aktiviti kelab, persatuan mahupun sukan.
Seterusnya, kajian juga dibuat bagi mengenalpasti akan cara-cara yang terbaik
untuk meningkatkan minat pelajar universiti kebangsaan Malaysia untuk terlibat
secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan sama ada di falkulti mahupun di
kojej masing-masing mengikut pandangan para pelajar.
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Dalam kajian ini, permasalahan yang dibahaskan ialah
penglibatan para pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dalam aktiviti unit
beruniform, kelab dan persatuan. Adakah penglibatan mereka itu adalah kerana
faktor minat, mahupun faktor memenuhi keperluan kredit LC sahaja.
4.0 DAPATAN KAJIAN
data kajian dirumuskan melalui jawapan mahasiswa dan mahasiswi Universiti
Kebangsaan Malaysia melalui pengedaran borang soal selidik. Merujuk kepada
soalan yang berbunyi “pada pendapat anda, adakah sistem kredit kontrak
pembelajaran yang dilaksanakan suatu yang membebankan?”. Terdapat pelbagai
respon yang diperoleh. Terdapat yang menjawab “ya”, “membebankan”, “sangat
membebankan”, dan “amat membebankan”. Tidak kurang juga yang menjawab “tidak”,
dan “tidak sama sekali”. Malah terdapat juga yang memberi jawapan “mungkin”. Masing-masing
memiliki alasan yang tersendiri.
Antara alasan yang diberikan bagi menganggap sistem kontrak pembelajaran ini
sebagai suatu yang membebankan ialah penentuan kredit yang terlalu banyak untuk
dipenuhi. Terdapat juga yang berpendapat bahawa mereka tidak mempunyai masa
yang cukup untuk terlibat dengan aktiviti berikutan jam kredit yang banyak dan
mereka perlu mengikuti pelbagai mesyuarat yang diadakan bahkan setiap hari.
Pelajar juga menyatakan bahawa pelajaran mereka terabai dan tidak mempunyai
masa untuk mengulangkaji pelajaran kerana keletihan yang dihadapi. Tidak kurang
juga yang khuatir pada mesyuarat yang diadakan pada waktu malam, menghalang
mereka memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap mesyuarat program yang
diadakan yang mana seterusnya akan mempengaruhi pemberian kredit LC mereka.
Manakala bagi responden yang berpendapat bahawa sistem LC ini tidak
membebankan, terdapat yang menyatakan bahawa aktiviti LC yang melibatkan
“outdoor” sebagai suatu yang menyeronokkan. Bahkan, sistem ini dianggap
bertujuan membina “soft skill” dan disiplin dalam diri pelajar universiti.
Aktiviti yang disertai juga meningkatkan pengalaman pelajar untuk kegunaan masa
hadapan. Tidak kurang menarik juga bagi pelajar yang berpendapat bahawa tanpa
sistem LC ini, pelajar tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti badan
beruniform, persatuan, kelab bahkan aktiviti sukan yang dianjurkan.
Di samping itu, pendapat-pendapat lain yang diperoleh termasuklah seperti
bergantung kepada diri individu masing-masing iaitu sekiranya pelajar mampu
mengatur masa dengan baik, maka sistem LC ini tidaklah membebankan. Namun
sebaliklah jika pelajar itu tidak bijak menguruskan masanya, maka ia akan
merasa terbeban oleh sistem ini. begitu juga dengan aspek minat pelajar.
Sekiranya seseorang pelajar itu berminat dan sememangnya aktif, maka sistem
kontrak LC ini tidak menjadi masalah baginya dan begitulah sebaliknya. Di
samping itu, terdapat pelajar yang bersetuju bahawa sistem ini tidaklah
membebankan, namun sistem perlaksanaannya yang sentiasa berubah-ubah serta
maklumat mengenainya sering tidak sampai kepada pelajar secara holistik. Hal
ini termasuklah sistem dua (2) kredit untuk satu semester. Sistem baru ini
dianggap membebankan oleh kebanyakan pelajar dimana ianya berbeza dengan
sistem-sistem yang lepas. Kemudian menerusi pengetahuan rakan-rakan yang lain
pula, didapati bahawa sistem LC masih tidak berubah dan masih serupa dengan
sistem yang sebelumnya. Maka dapat dilihat bahawa maklumat itu tidak
desampaikan secara keseluruhan sehingga ada pelajar yang tidak mendapat
maklumat mengenainya.
4.1 PENGELASAN KATEGORI
Berdasarkan kajian yang dilakukan melalui kaedah
soal selidik, hasil kajian telah dibahagikan kepada tiga (3) kategori atau
kelompok pelajar iaitu kategori pelajar yang menyertai aktiviti secara sukarela
dan menganggap sistem LC tidak membebankan, kategori pelajar yang menyertai
secara sukarela tetapi menganggap sistem LC membebankan, dan kategori pelajar
yang menyertai aktiviti secara tidak sukarela dan menganggap sistem LC adalah
membebankan. Untuk memperjelaskan lagi, berikut merupakan kategori-kategori
yang disebutkan :
Kategori A : menyertai aktiviti secara sukarela dan
menganggap sistem LC tidak membebankan
Kategori B : menyertai aktiviti secara sukarela tetapi
menganggap sistem LCmembebankan
Kategori C : menyertai aktiviti secara tidak
sukarela dan menganggap sistem LCmembebankan.
Jadual 1 : kategori pelajar/responden
Jumlah pelajar ( % )
|
Kategori A
|
Kategori B
|
Kategori C
|
Lelaki
|
20.00
|
23.33
|
6.67
|
Perempuan
|
20.00
|
21.67
|
8.33
|
Rajah 1 :

Berdasarkan carta bar di atas, seramai 24 orang
responden iaitu 12 orang lelaki dan 12 orang perempuan menyertai aktiviti
persatuan, kelab dan sukan yang dianjurkan secara sukarela dan menganggap
sistem LC itu sebagai suatu yang tidak membebankan. Manakala seramai 14 orang
lelaki dan 13 orang perempuan pula turut menyertai sebarang aktiviti
secara sukarela. Namun begitu, mereka berpendapat bahawa sistem LC itu sebagai
membebankan. Sebahagian kecilnya yang tersisa pula tidak suka terlibat dengan
aktiviti dan menganggap sistem LC itu sebagai membebankan iaitu seramai 4 orang
lelaki dan 5 orang perempuan.
4.2 JUMLAH AKTIVITI YANG DISERTAI
Melalui borang soal selidik, responden juga turut
diminta untuk menyertakan jenis-jenis aktiviti yang disertai. Menurut hasil
kutipan, kebanyakan aktiviti yang disertai ialah aktiviti yang melibatkan kolej
masing-masing sahaja. Daripada jadual 3, dapat dilihat bahawa jumlah pelajar
yang menyertai aktiviti yang kurang daripada tiga jenis aktiviti adalah lebih
ramai berbanding pelajar yang menyertai aktiviti melebihi tiga jenis aktiviti.
Bagi pelajar yang kurang menyertai aktiviti, jumlah pelajar wanita lebih banyak
berbanding pelajar lelaki. Ini menunjukkan bahawa pelajar wanita kurang aktif
dalam mengikuti aktiviti yang diadakan.
Jadual 2 : Aktiviti yang Disertai Pelajar

Berdasarkan graf, didapati seramai 32 orang pelajar
yang menyertai aktiviti yang kurang daripada tiga jenis aktiviti. Manakala
seramai 28 orang pelajar pula menyertai pelbagai jenis aktiviti melebihi tiga
jenis aktiviti. Seramai 32 orang yang menyertai aktiviti kurang daripada tiga
jenis itu, majoritinya hanya menyertai satu atau dua aktiviti sahaja iaitu
aktiviti kolej (contohnya KAPREZA,TG2KM dan program makan malam kolej), dan
program anak angkat (mengikut negeri masing-masing). Bagi pelajar yang menyertai
hanya satu aktiviti, aktiviti yang disertai adalah aktiviti kelab iaitu Bulan
Sabit Merah Malaysia (BSMM), PALAPES, dan juga SUKSIS. Kesemua aktiviti yang
disenaraikan tersebut membolehkan pelajar mendapatkan LC. Oleh itu dapat
dilihat bahawa pelajar-pelajar ini menyertai satu atau dua aktiviti sahaja
itupun aktiviti yang mempunyai LC. Terdapat sebilangan pelajar yang hanya
menyertai program seperti PALAPES sahaja, ataupun SUKSIS sahaja tapi tidak
menganggap sistem LC itu tidak membebankan. Namun sememangnya aktiviti yang
mereka sertai itu telahpun menjanjikan kredit LC yang penuh selama tiga tahun,
maka sudah tentu sistem tersebut tidak menjadi beban bagi mereka kerana tidak
perlu bersusah payah untuk mengejar LC tersebut.
Namun begitu, berdasarkan pemerhatian terhadap
respon pelajar di dalam borang soal selidik yang diedarkan, sejumlah pelajar
telah menyertai pelbagai aktiviti melebihi daripada tiga jenis aktiviti namun
masih menganggap sistem LC itu suatu yang membebankan. Antara aktiviti yang
disertai termasuklah aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, aktiviti-aktiviti
sukan, kursus kesenian, kursus-kursus kaunseling, nasyid dan sebagainya. jelas
dilihat bahawa aktiviti-aktiviti ini adalah berdasarkan minat pelajar, tidak
mengambil kira sama ada aktiviti itu menyediakan LC ataupun tidak.
4.3 PANDANGAN TERHADAP KEBERTERUSAN
SISTEM LC
Kajian juga dijalankan bagi mendapatkan pandangan
pelajar mengenai keberterusan program LC. Menerusi soal selidik, pandangan
pelajar tentang persoalan “patutkan sistem LC dikurangkan ataupun
dikekalkan/ditingkatkan telah dikenalpasti iaitu seperti carta berikut :
Carta 3 : Pandangan Pelajar Akan Keberterusan Sistem
LC

Merujuk kepada carta diatas, sebanyak 45.83 peratus
pelajar bersetuju sekiranya jumlah kredit LC dikurangkan manakala sebanyak
37.50 peratus berkata ianya perlu dikekalkan mahupun ditingkatkan. Selebihnya
iaitu sebanyak 16.67 peratus pelajar mengatakan tidak pasti akan keberterusan
sistem LC tersebut.
4.4 PERMASALAHAN UTAMA
Berdasarkan hasil kajian, dapat dilihat menerusi
jadual yang disediakan bahawa dua permasalahan utama yang menjadi kekangan para
penuntut UKM untuk terlibat secara aktif dalam sebarang aktiviti ialah kekangan
masa dan kekangan peraturan yang dianggap membebankan. Sebagai contohnya, para
pelajar harus memenuhi bilangan jam kredit yang ditetapkan, mesyuarat yang
diadakan pada waktu malam, dan pelbagai peraturan yang lain menyebabkan pelajar
berasa terbeban.
Jadual 4 : Permasalahan utama pelajar

Daripada 60 orang responden, seramai 37 orang
bersetuju bahawa mereka mengalami kekangan masa untuk beraktiviti manakala 13
orang tidak bersetuju dengannya. Selebihnya pula tidak begitu pasti akan
perkara ini. seterusnya, daripada 60 orang responden itu juga, seramai 33 orang
bersetuju bahawa peraturan yang ditetapkan untuk mendapatkan kredit LC adalah
membebankan. Seramai sembilan orang tidak pasti dan seramai 18 orang tidak
bersetuju dengannya.
4.5 CADANGAN
Akhir sekali, kajian turut mengambil kira pendapat
para responden mewakili pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dalam
inisiatif yang paling dominan dalam meningkatkan minat pelajar dalam menyertai
pelbagai jenis aktiviti yang dianjurkan. Hasil kajian adalah seperti carta pai
dibawah:
Carta 5 : Lima Inisiatif Paling Dominan

Berdasarkan carta, lima inisiatif paling dominan
dalam menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti dan kegiatan yang diadakan
dikenalpasti melalui kaedah soal selidik yang dijalankan. Kaedah utama menurut
responden Universiti Kebangsaan Malaysia ialah kaedah menyediakan program
yang menarik dan pelbagai. Maksudnya disini ialah mereka menginginkan pelbagai
aktiviti yang sesuai dengan minat mereka ditambah pula dengan jaminan mendapat
kredit LC. Manakala langkah kedua pula ialah penyediaan insentif wang dan elaun
tambahan. Seperti unit beruniform, mereka dibekalkan dengan elaun dan LC. Hal
ini sangat menarik minat pelajar. Nnamun begitu, tidak semua pelajar boleh
terpilih untuk turut serta dengan unit beruniform tersebut kerana mereka harus
mengikuti ujian fizikal dahulu untuk menentukan sama ada mereka layak atau
tidak untuk menyertai. Sekiranya mereka gagal melepasi ujian tersebut, maka
mereka tidak boleh menyertai unit beruniform tersebut. seterusnya, pelajar
mencadangkan bahawa kontrak pembelajaran (LC) perlu diberi untuk setiap
aktiviti yang diadakan. Hal ini kerana terdapat segelintir pelajar yang
merungut bahawa mereka menyertai pelbagai aktiviti yang mereka minati tetapi
tidak semua mendapatkan LC. Hal ini menyebabkan mereka perlu menyertai lebih banyak
aktiviti sehingga berlaku percanggahan waktu dalam jadual mereka. Langkah
keempat pula ialah menyediakan lebih banyak aktiviti atau program yang bercorak
kemasyaraktan. program yang bercorak kemasyarakatan dipercayai amat perlu dalam
memupuk semangat kemasyarakatan dan menanam nilai kasih sayang serta menambah
keyakinan pelajar dalam menyertai aktiviti. Langkah terakhir yang mendapat
majoriti undian oleh para responden ialah penyediaan program yang sesuai dengan
kemampuan dan keselesaan pelajar. Contohnya, aktiviti yang dijalankan sesuai
dengan usia pelajar bagi membolehkan mereka turut terlibat secara aktif dalam
aktiviti yang disertai.
5.0 KESIMPULAN
Melalui hasil kajian, dapat dilihat bahawa pandangan
pelajar melalui sistem Kontrak Pembelajaran (LC) ini adalah berbeza mengikut
pandangan masing-masing. Namun begitu, secara keseluruhannya, seperti yang
dijangkakan bahawa majoriti pelajar menganggap sistem LC ini sebagai suatu yang
membebankan dan perlu dikurangkan. Hal ini bukanlah kerana mereka tidak minat
sama sekali dalam menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan, namun
perlaksanaan sistem itu sendiri menyebabkan pelajar merasa terbeban. Sebagai
contohnya, mesyuarat yang dijalankan perlulah mengikut jam yang ditetapkan.
Oleh itu, terlalu banyak mesyuarat yang perlu diadakan dan dihadiri bagi
memenuhi syarat tersebut dan seterusnya mendapatkan dua kredit tersebut. selain
itu, tidak semua aktiviti yang disertai itu menyediakan kredit LC. Bahkan
apabila pelajar mengikuti pelbagai aktiviti, belum tentu lagi mereka akan
mendapatkan kredit yang mencukupi. Maka pelajar perlu mencari aktiviti yang
terdapat pemberian kredit LC. Hal inilah yang dianggap membebankan oleh para
pelajar universiti ini. hal ini kerana menurut hasil yang diperolehi, ramai pelajar
masih berminat dalam aktiviti luar, aktiviti lasak, mahupun aktiviti
kemasyarakatan. Tidak dinafikan bahawa sistem yang dilaksanakan ini adalah
untuk menjamin penyertaan pelajar yang bertujuan membina keyakinan diri pelajar
disamping kelebihan-kelebihan yang lain. Namun mereka masih mengalami masalah
kekangan masa dan konflik terhadap sistem perlaksanaan kredit LC tersebut.
6.0 SENARAI RUJUKAN
Sumber buku
Bahari.A.
(2006). Menjadi Sukarelawan. Petaling Jaya : Qarya Sdn. Bhd
Bahari.A.(2002;
2005). Menghayati Kerja Sukarela. Petaling Jaya: Qarya Sdn Bhd
Yahaya.A.Sejauhmanakah
Budaya Kesukarelaan Boleh Dipupuk Melalui Persatuan? Fakulti Pendidikan:
Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor.
Sumber internet
Bahari.A. Belia
Dan Sukarelawan .( June 5,2011). Retrieved May 1,2012, from http://www.sukarelawanmalaysia.com/v1/artikel-teks-pembentangan/122-Belia-dan-Kesukarelawan.html
Yahaya.N.Sukarela.
Retrieved May 1,2012, fromhttp://eprints.utm.my/5998/1/Aziziyahsukarela3.doc.pdf
7.0 LAMPIRAN
Temubual Pelajar antarabangsa (Thailand)
soalan: Assalamualaikum,
selamat sejahtera.
Responden: Waalaikumusalm,selamat
sejahtera.
soalan: Saya
mewakili kumpulan untuk menemuramah saudari tentang tajuk projek kami,boleh
tanya sedikit?
Responden: Boleh
.
soalan: Awak
perkenalkan diri awak.
Responden: Saya
Miss Nasreen dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan tahun 2.
soalan: Adakah
anda pernah menyertai program-program anjuran universiti?
Responden: Pernah,
aktiviti anjuran universiti, kolej, fakulti dan persatuan.
soalan: Persatuan apa
yang awak sertai?
Responden: Persatuan
pelajar Thai.
Pesoalan: Adakah
sistem LC membebankan?
Responden: Sistem
LC tidak membebankan kerana bagi saya. Pelajar antarabangsa bukan sahaja ingin
belajar tetapi juga ingin menambah pengalaman hidup ditempat orang dengan
menyertai aktiviti-aktiviti di universiti dan pelajar perlu pandai membahagikan
masa antara belajar dan berpesatuan.
Pesoalan: Anda
menyertai program tersebut secara sukarela atau terpaksa?
Responden: Sebenarnya
atas diri kita sendiri kita kena pilih program yang kita suka kerana kita ada
hak untuk memilih.
Pesoalan: Adakah
anda mempunyai masaalah dalam berkomunikasi di sini?
Responden: Mula-mula
memang sukar untuk memahami sebab tidak biasa dengan bahasa yang digunakan
disini.
Pesoalan:Kalau
sukar untuk memahami bahasa melayu Malaysia, bahasa apa yang awak guna
berkomunikasi?
Responden: Bahasa
melayu kampung (Bahasa melayu patani).
Pesoalan: Dekat
sekolah dulu gina bahasa apa?
Responden: Bahasa
Thai (di gunakan sebagai bahasa standard)
No comments:
Post a Comment