Wednesday, February 19, 2014

analisis kualitatif reruang dan pembangunan

tugasan keempat semester 1 sesi 2012/2013






NAMA : MASYITA BINTI MOHD HADI
NO MATRIK : A141089
KURSUS : RERUANG DAN PEMBANGUNAN
TAJUK : ANALISIS KUALITATIF
NAMA PENSYARAH : PROF MADYA ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH.



HASIL ANALISIS KUALITATIF

Daripada hasil transkrip berdasarkan temubual yang telah saya lakukan, saya telah membuat analisis kualitatif. Hasil analisis kualitatif yang saya dapati ialah terdiri daripada kod aksial.



 1-    Kemudahan elektrik

       ..Di kampung kalau pada tahun 60-an, api tak ada, elektrik.
       ..Api tu elektrik lah.
       ..Elektrik tidak ada.
       ..Api pada ketika itu pelita.
     ..Tetapi aah negara beransur-ansur, kampung beransur-ansur aah menunjukkan peningkatan dari segi prasarana yang mana kampung saya sendiri, kalau Kampung Pianggu pada ketika itu aah pada tahun akhir 80-an. Bukan aah, tahun awal 80-an, masuk akhir 70-an barulah kita dapat bekalan api,bekalan elektrik.
Itupun bukan 24jam.
     ..Cuma diberi kepada kita aah lebih kurang daripada pukul lapan malam sehingga enam pagi.

Kesimpulannya, terdapat 6 ayat yang membicarakan tentang kemudahan elektrik.



2-   Sekolah

       ..Kemudian aah dari segi prasarana misal kata sekolah, sekolah pun ada peningkatan aah  dimana apa, Kampung Pianggu pada ketika itu aah daripada kayu.
        ..Dulu kayu.
        ..Macam rumah.
        ..Sekolah ni macam rumah.
        ..Bertiang.
        ..Kayu bertiang.
        ..Dan akhirnya kita mendapat apa, bangunan batu sekarang.
        ..Itu dari segi pembangunan.

Kesimpulannya, terdapat 7 ayat yang menbicarakan tentang kemudahan sekolah



 3-   Jalan raya

       ..Dari segi prasarana lain misal kata jalan raya.
       ..Jalan raya, 60-an hari itu, laluannya laluan celah-celah belukar ya.
       ..Celah-celah belukar (60-an).
       ..70-an tanah liat biasa begitulah ya.
       ..80-an barulah kita dapat tanah merah.
       ..Tanah merah, merah ya yang lebarnya disekitar lebih kurang lapan kaki.
       ..Dan akhirnya tahun 90-an, barulah dapat tar.

Kesimpulannya, terdapat 7 ayat yang membicarakan tentang kemudahan prasarana jalan raya.



4-     Rumah

      ..Perkembangan macam saya kata rumah.
    ..Rumah-rumah, rumah-rumah orang kampung ada perkembangan juga selaras dengan perkembangan prasarana tadi, ada.
     ..Dulu atap rumah ini kecil sahaja.
     ..Mungkin rumah dulu tak ada bilik.
     ..Bukan rumah saya seorang, tok nenek saya, rumah orang lain semua tidak ada bilik.
     ..Begitu je.
     ..sekitar keluasannya lebih kurang kalau buka 20 kaki, panjang pun 20 kaki.
     ..Kecil je.
     ..Tak ada perlengkapan lain, tak ada almari.
     ..Itu je.
     ..Itu tahun 60-an.
  ..Tapi akhirnya bergerak semakin lama semakin maju, selaras dengan pergerakan apa, pergerakan prasarana ini, mulalah orang tukar kepada atap zink.
    ..Atap zink kira orang kaya lah.
    ..Zaman itu kalau pada tahun 70-an ada orang atap zink itu kaya.
    ..Sebab dulu atap nipah.
    ..Atap nipah ni bagus, sejuk.
    ..Cume aah dia kena tukar setiap tahun.
    ..Sebab bila dia terlampau garing, bila panas dia garing, panggil garing.
    ..Dia garing dan dia reput cepat.
    ..Panas hujan panas hujan atap nipah ni reput cepat.
    ..Sejuk memang sejuk, kalah atap zink.
    ..Ha itu.
    ..Dan aah perkembangan pada ketika itu, ada juga orang buat rumah batu.
    ..Pada akhir 80-an mula ada rumah batu.
    ..Bukan kita nak kata rumah batu itu bagus ya, Cuma dari segi ketahanan dia.
    ..Kalau nak banding dengan rumah kayu lagi selesa, dari segi apa nama, tak panas, Cuma orang kata dia terdedah kepada beberapa serangan.
    ..Kulat, anai-anai, lepas itu cepat reput.
    ..Itu ya berbanding rumah batu.

Kesimpulannya, terdapat 28 ayat yang mengisahkan tentang revolusi rumah ini.




  5-  Sumber maklumat

     ..paling tak ada, mangkuk astro tu,piring astro itu ada ya.
     ..Ha Itu maksudnya.
     ..Apa maksudnya?
     ..Bila ada piring astro tu maksudnya semua orang mendapat maklumat.
    ..Kerana maklumat ini dalam apa, dalam situasi sekarang  ini, maklumat itu yang amat penting kepada, kepada rakyat.
    ..Rakyat akan mendapat maklumat yang bagus,yang tepat dan cepat.

Kesimpulannya, terdapat 6 ayat yang membicarakan tentang kemudahan sumber maklumat.



Secara keseluruhannya, dapat dilihat responden lebih banyak mengisahkan tentang revolusi rumah yang berlaku di kawasan kampung beliau iaitu sebanyak 28 ayat. Manakala aspek lain seperti kemudahan elektrik, sekolah, jalan raya, dan kemudahan sumber maklumat adalah sekata iaitu sebanyak 6 dan 7 ayat sahaja.

No comments:

Post a Comment