Wednesday, February 19, 2014

KAJIAN BERKAITAN MLM : REVELL GLOBAL SDN. BHD


tugasan semester 2 tahun 1 sesi 2012/2013 : SKAP 1053 PRINSIP PENGURUSAN PERNIAGAAN






REVELL GLOBAL SDN. BHD.



NAMA AHLI KUMPULAN :
NURUL SAFINAS BINTI M. HANAFIAH                                 A141813
MASYITA BINTI MOHD HADI                                                  A141089
FATINAH BINTI MOHD NAZIR                                                A141698
NURUL FARHANA ASHIKIN BINTI MOHD LAZIM              A141327
NOR ARZIAN BINTI ABD WAHAB                                          A138625
SITI KHADIJAH BINTI MIDIN                                                  A142383
NAMA PENSYARAH :
DR. SURAIYA BINTI ISHAK



1.0 PENGENALAN

Pada awalnya, kumpulan kami memutuskan untuk mengkaji syarikat Multi Level Marketing (MLM) iaitu syarikat P-Life. Namun begitu, kami menghadapi masalah dalam mendapatkan maklum balas daripada pihak syarikat P-Life tersebut. e-mel yang kami telah hantar tidak mendapat maklum balas daripada pihak syarikat tersebut. oleh itu, kami memutuskan untuk menghubungi syarikat tersebut. namun demikian, kami dimaklumkan untuk menunggu maklum balas pihak atasan mereka selama seminggu. Namun setelah menunggu selama seminggu, maklum balas masih juga tidak kami perolehi. Setelah berbincang dengan ahli kumpulan dan meminta pendapat pensyarah iaitu Dr. Suraiya Bt Ishak, kami akhirnya memutuskan untuk menukar syarikat kajian kami. Syarikat yang kami pilih kemudiannya ialah syarikat Revell Global.
Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lengkap dan mendekati dengan lebih jelas lagi kepada Revell Global Marketing, kami memutuskan untuk menghubungi pihak stokis yang kami dapati melalui internet untuk disoal selidik. Setelah mandapatkan tarikh dan masa yang dipersetujui bersama, kami sekumpulan bergerak ke alamat No 37, Jalan Wangsa Delima 2a, Seksyen 5 KLSC111 Wangsa Maju di Kuala Lumpur untuk menemui stokis Revell bernama Nuraisyah Bt Md Anis di kedai beliau. Beliau kemudiannya menjelaskan kepada kami dengan lebih dekat lagi mengenai syarikat Revell Global tersebut.
Antara objektif kumpulan kami dalam mengkaji syarikat yang berbentuk Multi Level Marketing (MLM) ini adalah untuk memahami maksud sebenar perniagaan MLM. Selain itu, kami juga ingin mengetahui sejauh mana syarikat MLM ini berupaya memberi keuntungan kepada ahli dan masyarakat. Disamping itu juga, kami juga ingin mengetahui perbezaan syarikat MLM yang sebenar dengan perniagaan yang hanya bertopengkan nama MLM ini.
Akhir sekali, selain daripada objektif utama yang ingin kami kaji, kami telah mendapat input-input tambahan dan juga penting seperti pelan pemasaran, cabaran perniagaan, prestasi, potensi dan juga tanggungjawab sosial yang dijalankan oleh syarikat Revell Sdn. Bhd.


2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Syarikat Revell Global ditubuhkan pada bulan April 1988. Revell Malaysia telah berkembang secara dinamik. Moto penubuhan Revell Global ini ialah Everybody can buy, everybody can do, everybody can achieved. Manakala visinya pula adalah untuk menjadi pemain global yang berinovatif dengan mencemerlangkan kehidupan pengedarnya. Revell Global mempunyai ibu pejabat yang terletak di Kuala Lumpur dan mempunyai cawangan di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Seterusnya, Revell Global terus meluaskan pasaran ke luar negara seperti di Singapura (Revell Singapore Pte Ltd), Indonesia (PT Revell Indonesia), dan Brunei. Akan datang, Revell Global akan meluaskan pasarannya ke Myanmar dan Vietnam.
            Manakala cawangan Revell Global yang terletak di Wangsa Maju dimana kami melakukan kajian pula mula bertapak seawal tahun 1997 yang diasaskan oleh Saadah Badrus dengan bernamakan Saadah Badrus Enterprise. Saadah Badrus mula menceburkan diri kedalam perniagaan ini seawal tahun 1994. Beliau kini telahpun barsara dan meninggalkan kedai tersebut kepada anak-anak beliau untuk diuruskan. Nuraisyah Bt Md Anis merupakan salah seorang anak beliau yang bergiat aktif. Sehingga kini, Puan Aisyah memiliki seramai lapan ratus ribu ahli manakala seramai dua ratus ribu ahli bergiat aktif dalam menjalankan perniagaan Revell ini.

3.0 DEFINISI MULTILEVEL MARKETING

Multilevel Marketing atau lebih dikenali dengan MLM yang juga digelar pemasaran bertingkat-tingkat ialah satu sistem yang menggerakkan barangan atau perkhidmatan melalui jaringan pengedar. Ahli menerima pendapatan dengan memperkenalkan barangan atau perkhidmatan kepada orang lain serta merekrut dan melatih rakan-rakan tajaan untuk menduplikasi cara ini.
Seorang UPLINE akan menaja seorang rakan kongsi untuk menjadi ahli dalam kumpulan rangkaiannya. Rakan kongsi tersebut digelar DOWNLINE. UPLINE akan memikul tanggungjawab untuk melatih rakan kongsinya pada peringkat awal sehingga DOWNLINE tersebut sudah mampu untuk membuat tajaan dan penjualan untuk mengembangkan perniagaannya.
Oleh itu, secara kesimpulannya, MLM ini menuntut ahlinya untuk saling bekerjasama antara satu sama lain. Pemikiran ‘Untuk berjaya, kita mesti menjayakan orang lain’ menjadi pegangan kepada mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan berbentuk MLM.


4.0 DAPATAN KAJIAN


4.1 PELAN PEMASARAN

Untung Runcit (+/- 20 %)

                                                     
                                                                                                                            

BONUS PRESTASI PENGEDAR (DPB 4-14 %)
·      Bonus prestasi bermula daripada hanya PV50.
·      Tiada kelayakan semula diperlukan. Semua pencapaian adalah tetap.
·      Kelayakan bonus prestasi adalah secara akumulatif, dari tarikh mula menyertai Revell.
·      Jualan bulanan Pencapaian SGM hanyalah PV50.

PENGEDAR                          PV50                      4%
PENYELIA B                         PV300                    7%
PENYELIA A                         PV1,500                10%
PENGURUS KUMPULAN   PV3,000                14%

BONUS PENCAPAIAN KETUA PENGURUS KUMPULAN (SGMAB 6%)

Mencapai jumlah jualan kumpulan sebanyak PV5,000 atau lebih dalam satu bulan sementara mengekalkan jualan peribadi bulanan sekurang-kurangnya PV50.

BONUS PEMBINAAN KETUA PENGURUS KUMPULAN SGM GANGSA, PERAK, EMAS, PLATINUM (6-13 %)

SGM GANGSA: Membina 1 SGM yang layak dan mempunyai PV2,000 dari kumpulan yang lain.
SGM PERAK :      Membina 2 SGM yang layak
SGM EMAS :       Membina 3 SGM yang layak
SGM PLATINUM: Membina 4 SGM yang layak

Ketua Pengurus Kumpulan Gangsa
a)      Membina 1 ketua pengurus kumpulan dan
b)      Mencapai jualan kumpulan PV2,000 atau lebih daripada kumpulan lain pada bulan yang sama.
Ketua Pengurus Kumpulan Perak
a)      Membina 2 ketua pengurus kumpulan pada bulan yang sama.
Ketua Pengurus Kumpulan Emas
a)      Membina 3 ketua kumpulan pengurus kumpulan pada bulan yang sama
Ketua Pengurus Kumpulan Platinum
a)      Membina 4 ketua pengurus kumpulan pada bulan yang sama.

Bonus Pencapaian Pengarah Kumpulan (GDAB - 1%)



Anda mencapainya bila anda:
a)      Mencapai jumlah jualan kumpulan sebanyak PV5,000 atau lebih dalam satu bulan dan
b)      Membina 3 atau lebih ketua pengurus kumpulan ( dari orang yang berlainan).


Bonus Global Ketua Pengarah Kumpulan (1%)



Anda mencapainya bila anda:
a)      Membina 3 atau lebih ketua pengurus kumpulan (dari orang yang berlainan) dan
b)      Membina seorang atau lebih pengarah kumpulan.

Program Kereta Revell (4%)
Anda mencpainya bila anda selama 4 bulan dalam masa setahun fiscal mencapai antara cara-cara berikut:


Rm 3,888 untuk bayaran cengkeram kereta anda dan rm 550 bagi bayaran ansuran setiap bulan yang anda layak (selepas pencapaian program kereta).



Program Kereta Revell
Insentif tambahan





 
4.2 STRATEGI PEMASARAN

1.      Promosi ahli.
Kumpulan untuk Kestabilan, Program Kereta Revell, Insentif Pelancongan Revell.
·         pelan pemasaran Revell yang unik membolehkan ahlinya melonjakkan permulaan perniagaan ahli dengan terus berkongsi peluang bersama hanya empat orang rakan. Rakan tersebut seterusnya dibantu dalam membina rangkaian mereka dan ahli boleh bermula daripada posisi pertama ahli tersebut sebagai Usahawan Baru sehingga ke posisi tertinggi di Revell, SGD Super Crown sementara membantu rakan kumpulan mereka.
·         Setiap pengedar Revell mempunyai peluang melancong iaitu apabila perniagaan Revell ahli telah mencapai tahap tertentu, dia akan diundang melancong ke destinasi antarabangsa.

2.      Pengedaran.
Revell Update merupakan majalah bulanan Revell yang mengandungi informasi padat tentang produk, tips dan teknik mempertingkatkan perniagaan, pengumuman terkini, produk terbaru, aktiviti syarikat yang akan datang dan sebagainya.

3.      Sistem Stokis Revell dan i-Revell Center.
Berdasarkan prestasi, Revell akan memberi ganjaran insentif dan subsidi operasi kepada stokis. Revell telah memulakan kedai konsep runcit, i-Revell Center yang menawarkan persekitaran profesional untuk membeli belah mahupun memulakan perniagaan. Matlamatnya ialah untuk memudahkan mendapatkan produk-produk Revell dari setiap kawasan.

4.      Fokus produk.
Revell menawarkan produk yang lebih kepada berbentuk produk keperluan harian dan produk kesihatan. Antaranya, syarikat menyediakan produk-produk pencuci lantai, sabun basuh, sabun mandi, disamping produk-produk untuk kecantikan seperti alat solek, krim kecantikan, dan pencuci muka. Seterusnya, produk berfokuskan kesihatan turut disediakan termasuklah Kopi Min yang baik untuk menghilangkan migrain, dan mencerdaskan otak.

5.      Harga
Oleh kerana sasaran pasaran syarikat Revell ini adalah kepada golongan sederhana dan rendah, maka harga yang ditawarkan adalah rendah dan sangat berpatutan. Contohnya, produk kecantikan yang berharga RM30 ke bawah. Manakala bagi produk pencuci lantai dan dapur berharga RM15 kebawah. Produk-produk ini sangat perpatutan seperti yang terdapat di pusat membeli-belah malah produk ini memiliki kelebihan pada setiap satunya. Contohnya, air sabun cuci boleh digunakan sebagai baja yang boleh meningkatkan tumbesaran tumbuhan seperti tomato.

6.      Berinteraktif di Revell2U dan ePELUANG.
Akses revell distributor e-office, revell2U, untuk mendapatkan pengalaman membeli-belah 24 / 7 secara online.


4.3 POTENSI PERNIAGAAN

   Syarikat Revell Sdn Bhd mempunyai potensi perniagaan yang tersendiri iaitu dari segi produk yang ditawarkan mempunyai pakej yang lengkap iaitu dari segi makanan, minuman, produk kecantikan, kebersihan serta bahan pencuci yang diperlukan dalam aktiviti kehidupan seharian. Selain itu, potensi Syarikat Revell juga dilihat mempunyai potensi yang besar apabila dapat mengembangkan perniagaannya ke luar negara seperti Myanmar, Vietnam, Indonesia, Brunei Dan Singapura dan penubuhan Revell Global bagi menyelaraskan perniagaan yang bertaraf global antara negara-negara ini.

   Seterusnya potensi perniagaan ini kepada pengguna atau ahli ialah dapat menjana pendapatan tanpa had walaupun hanya dengan pelaburan yang kecil. Hal ini kerana perniagaan ini berteraskan perniagaan MLM, jadi hasil keuntugan itu akan dibahagi mengikut keuntungan serta pangkat kita didalam perniagaan itu.

   Tambahan lagi, perniagaan ini dianggap fleksibel kerana peniaga boleh beroperasi hanya daripada rumah tanpa perlu menyediakan kedai. Hal ini kerana kad keahlian yang dimiliki oleh peniaga atau stokis merupakan lesen perniagaan bagi peniaga-peniaga Revell. Oleh itu, mereka tidak perlu risau jika ada pihak yang membahaskan hal ini kerana pihak Revell telah mendapat kelulusan untuk berbuat sedemikian.

   Akhir sekali ialah perniagaan ini juga memberi peluang untuk golongan bawahan untuk mencipta kejayaan sambil dapat membantu orang lain untuk mencipta kejayaan serta mencapai taraf hidup yang lebih baik. Tetapi ahli atau peniaga haruslah konsisten dan tetap bersama dalam perniagaan ini agar hasil yang lebih baik dapat dilihat apabila saling bekerjasama. Bak kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh.



4.4 CABARAN PERNIAGAAN

1.      Persaingan.
Dalam menjalankan perniagaan yang berbentuk Multi Level Marketing (MLM), cabaran yang harus dihadapi ialah cabaran persaingan. semakin hari semakin banyak syarikat atau perniagaan yang berbentuk MLM ditubuhkan. pasaran sasaran semakin berkurang kerana harus bersaing dengan syarikat-syarikat yang baru. Selain itu, timbul juga kes dimana terdapat skim cepat kaya yang bertindak menipu pelanggan dan perniagaan palsu yang bertopengkan nama MLM menyebabkan timbul persepsi buruk pelanggan terhadap perniagaan berbentuk MLM.

2.      Kaedah pengedaran.
Pada dasarnya, produk Revell ini tidak menggunakan kaedah pengedaran yang meluas. Produk mereka pernah dipaparkan di dalam majalah namun hanya dalam kuantiti yang sedikit. Antara inisiatif mereka untuk memperkenalkan produk Revell ini hanyalah melalui laman web sosial iaitu facebook dengan cara memperkenalkan kepada kenalan-kenalan rapat mereka untuk meluaskan pasaran.

3.      Penglibatan ahli.
Selain itu, cabaran yang turut dihadapi oleh syarikat Revell Global ini ialah penglibatan ahli yang tidak menyeluruh. Antara ahli yang ada, terdapat beberapa orang ahli yang tidak menjalankan tugas dan gerak kerja seperti yang dijangkakan.

4.      Tiada masa terluang
Bagi mencapai kejayaan yang sebenar dalam menjalankan perniagaan ini memerlukan pengorbanan yang besar terutamanya dari segi masa. Mereka perlu menghadiri pelbagai mesyuarat dan seminar serta aktiviti-aktiviti yang dianjurkan mahupun berjumpa pelanggan. Oleh itu, tiada masa yang benar-benar dapat diperuntukkan bersama ahli keluarga.



4.5 PRESTASI PERNIAGAAN

Antara prestasi syarikat Revell selama ia beroperasi hinggalah sekarang ialah mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu syarikat MLM pertama dianugerahkan pada seluruh jabatan ISO-International Standard Organisation (18/12/ 2002 - 17/12/2011) dan Ahli korporat Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM). Selain itu, hasil perhubungan yang baik Revell Global Sdn Bhn dengan pihak Kerajaan telah mendapat sokongan baik daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Plan Pemasaran telah menjadikan mereka contoh dalam Direktori Jualan Langsung 2000.
Nama (SGM) keatas disiarkan dan disenaraikan dalam Revell Update. Sijil dan hadiah pada Kongsi Jaya mencapai program kereta diraikan dan Double, Triple Diamond, Crown, and Super Brown dijulang pada konvensyen tahunan.
Selain itu, syarikat menawarkan pelbagai produk. Sebelum ini, syarikat Revell hanya bermula dengan lapan jenis produk manakala sekarang mempunyai lebih daripada 400 jenis produk. Produk dibahagikan kepada sembilan kategori. Jualan syarikat lebih stabil dan sejarah menunjukkan syarikat yang menawarkan sedikit pilihan tidak tahan lama.


4.6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Tanggungjawab sosial merujuk kepada suatu kepercayaan bahawa fungsi sesebuah organisasi dan seseorang pengurus sebagai pembuat keputusan harus berasaskan kepentingan sosial dan ekonomi masyarakat. Tanggungjawab sosial membolehkan sesebuah firma perniagaan membantu menyelesaikan masalah-masalah sosial masyarakat dan pada masa yang sama menuju ke arah pencapaian matlamat utama firma, iaitu memaksimumkan keuntungan firma. Peniaga perlu memaksimumkan kesan-kesan positif dan meminimumkan kesan-kesan negatif terhadap masyarakat dalam setiap tindakannya. Tanggungjawab sosial peniaga terhadap masyarakat boleh dibahagikan kepada tiga aspek yang berikut :
(a)    Aspek Ekonomi, iaitu menghasilkan keluaran yang benar-benar diperlukan dalam masyarakat.
(b)   Aspek Perundangan, iaitu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah dikuatkuasakan semasa menjalankan perniagaannya.
(c)    Aspek Sosial, iaitu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukarela dan menghulurkan bantuan seperti memberi  derma dan bantuan kewangan serta memberii sokongan moral terhadap projek-projek kemasyarakatan.
Revall Global Sdn Bhd juga banyak melakukan tanggungjawab sosial kepada masyarakat di samping menjamin keuntungan syarikat. Antara tanggungjawab sosial yang yang dijalankan oleh Syarikat Revell Global Sdn Bhd dari aspek ekonomi ialah menghasilkan keperluan yang benar-benar diperlukan oleh masyarakat. Revell Global Sdn Bhd telah memasarkan produk mereka yang merangkumi keperluan asas untuk penjagaan diri. Bermula dari penjagaan kecantikan, penjagaan kesihatan, penjagaan peribadi, penjagaan rumah, serta penjagaan kenderaan. Di samping menawarkan harga yang berpatutan serta berkualiti ia mampu memenuhi keperluan dan kehendak individu. Ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial iaitu memudahkan pengguna memperoleh barangan yang berkualiti dan mampu milik. Revell Global Sdn Bhd telah menjaga tanggungjawab sosial ini dengan menubuhkan kilang untuk penghasilan produk-produk mereka iaitu Reko Industries Sdn. Bhd, Reniplas Sdn. Bhd dan Intercoist Sdn. Bhd. Oleh itu, mereka dapat mengawal harga yang ditawarkan dalam pasaran serta menghasilkan produk-produk yang memenuhi permintaan penduduk.
Dari aspek perundangan pula, Syarikat Revell Global Sdn Bhd telah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah dikuatkuasakan semasa menjalankan perniagaan.
Dalam aspek sosial, Syarikat Revell Global Sdn Bhd telah melibatkan diri mereka dalam aktiviti-aktiviti sosial dan menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral. Contohnya dengan menjadi ahli Revell Global Sdn Bhd, seseorang individu akan memperoleh kelebihan-kelebihan kepada diri mereka dan keluarga. Antara kelebihan-kelebihannya adalah mendapat khairat kematian sebanyak RM200, mendapat bantuan dan anugerah bagi kecermerlangan anak-anak dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebanyak RM200, insurans kemalangan sebanyak RM10,000 dan program pelancongan. Hal ini menunjukkan mereka masih memberi tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Selain itu, syarikat Revell Global Sdn Bhd turut menyumbangkan sumbangan kepada rumah anak-anak yatim serta persatuan golongan terencat akal.


5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kumpulan kami telah mendapati bahawa syarikat Revell Global ini telah pun bertapak di dunia perniagaan MLM ini selama 25 tahun sejak tahun 1988. Seterusnya, Revell Global telah berjaya melebarkan sayap perniagaannya ke beberapa buah negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura Dan Brunei. Selain itu, Syarikat Revell Global juga akan mengembangkan perniagaannya ke negara Myanmar dan Vietnam. Tambahan pula, Syarikat Revell Global telah meningkatkan ganjaran kepada ahli yang setia untuk memastikan kerja yang lebih konsisten dan menyeluruh. Contohnya, insentif pelancongan dalam dan luar negara serta Program Kereta Percuma Revell.
Syarikat Revell Gobal juga telah menambah bilangan jenis produk mereka iaitu daripada 8 jenis produk kepada 400 jenis produk. Produk ini juga termasuklah produk penjagaan kebersihan,produk kecantikan dan produk kesihatan dan boleh dikatakan syarikat revell telah mengeluarkan produk daripada segala aspek secara menyeluruh iaitu produk penjagaan dari hujung rambut sehingga hujung kaki.
Akhir sekali, kami juga telah dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan perniagaan Multi Level Marketing (MLM) dengan lebih mendalam serta dapat mengetahui serba sedikit selok belok perniagaan yang berlandaskan perniagaan MLM.


6.0 RUJUKAN

Azizi mohamad. Berjaya dalam MLM. http://www.azizimohamad.com/Berjaya_Dalam_MLM.pdf
Mokhar pet, noor Azman Hasan, Rafidah Manap. edisi kedua 2010. ace ahead teks stpm pengajian perniagaan kertas 2. penerbit : oxford fajar sdn.bhd.
Nuraisyah Bt Md Anis. 2013. Perniagaan MLM Syarikat Revell Global, Kuala Lumpur. Temu bual, 04 dan 16 mei.
Revell Global. 2012. Revell2U . http://revellglobal.com/index2.php.
Rusidan Rajap. 2013. Global Business. http://revellnetwork.com/.
Saadah badrus. 2013. Penubuhan Syarikat Saadah Badrus Enterprise, Kuala Lumpur. Temu bual, 16 mei.



7.0 LAMPIRAN

SARANAN PRODUK
No
Kategori
Produk
1
Kesihatan jantung
CMD, Nature C, Gingko, Health Sock
2
Kecantikan kulit
CMD, Nature C, Within, Reveille, Collagen, Sabun lulur, Bluu Salt Spa, Bluu Skin Cream
3
Kesihatan peredaran darah
CMD, gingko, Klenz, FIR Health Sock
4
Kesihatan paru-paru (perokok)
CMD, Nature C, Teh SOD, Garlic, Hidro D, Midori
5
Kesihatan penghadaman
CMD, Klenz, Nature C, Midori
6
Nutrisi anak
CMD, Nature C, Goats Milk Tablet, Teh SOD
7
Kesihatan Imun
CMD, Nature C, Klenz, Garlic, Within
8
Nutrisi ahli sukan
CMD/ Hidro C, Midori, Goat Milk Tablet
9
Kesihatan Hati
CMD, Klenz, Garlic, Within, Midori, Teh SOD
10
Ibu Hamil
CMD, Nature C, FIR Health Sock, Goat Milk Tablet
11
Kesihatan wanita
CMD, Within, Reveille Collagen, Jamu Kenasih, Teh SOD, Suri Qaseh Feminine Wash
12
Pakej langsing
Hidro D, Reveille Collagen, Garlic, Teh SOD
13
Wanita Menapaus
Hidro D, Reveille Collagen, Garlic, Teh SOD
14
Pakej Detoks
CMD, Klenz, Garlic, Midori, Teh SOD, Air iON HEALTH, bluu Salt Spa, Mori-Noki
15
Kecerdasan Mental
CMD, Gingko
16
Masalah Kulit
CMD, Nature C, Garlic, Midori, Sabun Asante, Bluu Salt Spa
17
Anti-penuaan
CMD, Nature C, Klenz, Within, Reveille Collagen
18
Masalah prostat
Hydro D, Within, Jamu Satria Vigor
19
Demam
CMD/ Air iON HEALTH, Nature C, Garlic
20
Insomnia
Teh SOD, FIR Health Sock, ION-3, CMD
21
Tekanan darah tinggi/ kolesterol tinggi
CMD/ Hydro D, Garlic, Teh SOD, HidroD
22
Keputihan
CMD, Midori, Jamu Kenasih Dara Gold, Garlic
23
Kencing Manis
CMD, Garlic, Midori/Teh SOD, Klenz
24
Sembelit
CMD, Teh SOD, Klenz, ION-3
25
Asma/ lelah
Hydro D, Garlic, Gingko
26
Leukemia/ cegah kanser
Hydro D, Teh SOD, Garlic, Within
27
Gout
CMD, Midori, Teh SOD, Mori-Noki
28
Pening
CMD, Nature C, Teh SOD, Gingko
29
Artritis
Hydro D, Within, Reveille Collagen, Goat Milk Tablet
30
senggugut
CMD, Midori, Teh SOD, Jamu Kenasih Gold
31
Kebas kaki dan tangan
CMD, Gingko, Midori, FIR Health Sock
32
Kulit jerawat
CMD, Nature C, Midori, Garlic, Teh SOD, Klenz
33
Kulit jeragat
Hydro D, Within, Midori, Reveille Collagen
Luaran : BIO-14A, BB Cream
34
Kesihatan lelaki
CMD, Within, Jamu Satria Vigor, Teh SOD, Gingko




       
            
 

 

          
   


No comments:

Post a Comment