tugasan semester 1 tahun 1 SESI 2012/2013 : SKAD 1273 RERUANG DAN PEMBANGUNAN

NAMA : MASYITA BINTI MOHD HADI
NO MATRIK : A141089
KURSUS : RERUANG DAN PEMBANGUNAN
TAJUK : KAJIAN DI SEREMBAN
NAMA PENSYARAH : PROF MADYA ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH
Pada 11 Disember 2012, pelajar-pelajar Sains Pembangunan
Tahun 1 2012/2013 telah ditugaskan untuk melakukan sebuah kajian bagi kursus
Reruang dan Pembangunan yang dijalankan di Bandar Seremban. kajian ini
dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti nod-nod, laluan, mercu tanda, dan
mengkaji tentang pertumbuhan kedai-kedai yang terdapat di Bandar Seremban
tersebut.
LALUAN KE SEREMBAN
kami berkumpul di Stesen KTM UKM pada pukul 8:00 pagi dan
mula bertolak ke Seremban pada pukul 9:00 pagi. bermula di stesen ktm UKM,
seterusnya kami singgah sebentar di stesen ktm Bangi berikutan masalah teknikal
yang dihadapi oleh pihak ktm. pada pukul 9.15 pagi kami meneruskan perjalanan
dan kami tiba di stesen ktm Seremban pada pukul 9.50 pagi.
NOD-NOD SEPANJANG LALUAN KE SEREMBAN.








MERCU TANDA

MONUMEN SEJARAH BANDAR SEREMBAN



SRI BALA THANDAYUTHAPANI TEMPLE


MAJLIS PEMBANDARAN SEREMBAN
Setelah berjumpa dan berbincang serba sedikit mengenai
kajian yang bakal dilakukan bersama profesor kami, kami memulakan jelajah
sekitar Seremban tersebut mengikut kawasan-kawasan kajian masing-masing yang
telah ditetapkan dan kawasan kajian kami ialah Jalan Dato Bandar Tunggal. Ahli
kumpulan kami terdiri daripada empat orang iaitu saya sendiri, Masyita Binti
Mohd Hadi bersama Nurul Safinas binti M. Hanafiah, Fatinah binti Mohd Nazir,
dan Nor Arzian binti Abd Wahab. Setelah membahagikan tugas masing-masing, kami
memulakan gerak kerja. walaupun pada awalnya kami sering menerima penolakan,
namun akhirnya kami berjaya menemubual beberapa orang tauke kedai-kedai di
sana.




HASIL KAJIAN
Antara pengusaha kedai yang berjaya ditemubual ialah:
1) Warung Pak Taib
Warung Paik Taib ini dimiliki oleh individu bernama Mohd
Taib bin Mohd Idris yang berumur sekitar 70-an. Warung beliau mula bertapak
seawal tahun 1982 dan tetap bertahan hingga ke hari ini. Warung beliau pada
mulanya dibuka di Jalan Sekamat namun telah diruntuhkan beberapa tahun dahulu
sehingga beliau membuka warungnya di Jalan Raja Tunggal ini. Jenis perniagaan
Pak Taib ialah jualan makanan namun hanyalah makanan bungkus sahaja. Beliau
tidak menyediakan sebarang makanan panas. Waktu perniagaan beroperasi bermula
seawal jam 7:00 pagi sehingga jam 5:00 petang iaitu waktu pejabat. Kebanyakan
pelanggannya terdiri daripada kakitangan yang bekerja disekitarnya. Pendapatan
beliau untuk sehari adalah sekitar RM40- RM45 bergantung kepada seberapa ramai
pelanggan yang berkunjung ke warung ini.





2) Percetakan World Machine Trading
Syarikat Percetakan World Machine Trading ini dimiliki oleh
Dato Hj Matchal bin Abd Majid. Syarikat percetakan beliau mula dibuka pada
tahun 1994. Jenis perniagaannya ialah percetakan dan perkhidmatan yang
disediakan termasuklah perkhidmatan mencetak, menjilid, stamping, typesetting,
reka bentuk (grafik), kad jemputan, poster, dan sebagainya. Pada awalnya,
syarikat ini dibina bersebelahan dengan sebuah kedai makan, namun kemudian
kedai makan itu telah dipindahkan. oleh itu, syarikat Percetakan ini telah diubahsuai
dan diperbesar menjadi dua lot. Syarikat ini memiliki seramai 18 orang
yang bekerja dibawahnya. Manakala pelanggan mereka terdiri daripada orang awam
dan pekerja sektor kerajaan.


3) Imbi Cake House
Imbi Cake House merupakan sebuah kedai kek yang dimiliki
oleh En. X Yan Foo. Kedai kek tersebut telahpun dibuka sejak tahun 1982 dan
dijalankan secara turun temurun iaitu perniagaan oleh keluarga En. X Yan Foo
sendiri. Jenis perniagaan beliau ialah perniagaan kek, roti, dan sering
mengambil tempahan kek untuk majlis perkahwinan. Sebelum perniagaan itu
dijalankan di Jalan Raja Tunggal tersebut, kedai beliau mula bertapak di Jalan
Dato Bandar, di Lahang iaitu berhampiran Balai Bomba. Namun kini kawasan
tersebut sudah tidak strategik lagi kerana jalan yang sudah pecah menjadi dua
jalan. Lokasi kini dianggap strategik dan merupakan tumpuan bandar namun
prestari perniagaan mula berkurang berikutan wujudnya hypermarket. Kedai kek
ini memiliki lapan orang pekerja dan ramainya terdiri daripada ahli keluarga
mereka sendiri. Beliau menjalankan operasi perniagaan seawal 9:00 pagi sehingga
8:00 malam. En. X. Yan Foo sering mengikuti seminar dan kursus yang diadakan
oleh pembekal. bahkan sejak kecil lagi, beliau sering belajar membuat kek
daripada ibu dan ayahnya. Beliau dan keluarga sering ke Taiwan, Hong Kong dan
Singapura untuk mengikuti kursus membuat kek. Bukan itu sahaja, beliau turun
memasuki acara pameran Food Asia KL yang diadakan sebanyak dua tahun sekali.








4) Fancy Lighting (SR) Sdn. Bhd
Syarikat Fancy Lighting dimiliki oleh Mr. Go yang letaknya
berhampiran pusat bandar dan laluan utama. Perniagaan ini mula dijalankan
seawal tahun 1992 sehinggalah sekarang. Syarikat ini memiliki syarikat induk
yang berada di Johor. Pekerja di Fancy Lighting terdiri daripada tiga orang.
Antara barangan yang dijual ialah lampu hiasan yang terdiri daripada pelbagai
reka bentuk yang menawan hati, dan pelbagai barangan alatan lainnya.






5) Stainless Steel Manufacturer
pemilik kedai ini pula bernama Mr. Wong. kedai mula
beroperasi selama dua tahun. tapak kedai tersebut pada awalnya digunakan
sebagai kedai menjual kereta Volkswagen kemudiaannya dipecahkan dan didirikan
Stainless Steel Manufacturer. lokasi kedai ini juga strategik iaitu terletak di
kawasan pusat bandar. kakitangan kedai terdiri daripada lima orang, dan
perniagaan dijalankan bermula jam 9:30 pagi sehingga jam 6:30 petang.
perniagaan mereka menjual barangan industri seperti oven, sinki, peti sejuk,
dan sebagainya.





6) CT Star Automart
CT Star Automart dimiliki oleh En. Teh Eng Sheng atau Ah
Teh. syarikat penjualan kereta baru dan terpakai itu mula dijalankan sejak
tujuh tahun yang lepas iaitu tahun 2005. syarikat tersebut hanyalah merupakan
sebuah cawangan sahaja manakala syarikat induknya berada di Jalan Rahang. waktu
opersi perniagaan bermula pada jam 8:00 pagi sehingga jam 6:00 petang. kereta
yang dipamerkan disitu merupakan kereta terpakai sahaja dan hanyalah model.
sekiranya pelanggan berminat untuk membeli, mereka akan dirujuk kepada
pelabuhan tempat mereka mendapatkan kereta-kereta tersebut. kebanyakannya
pelanggan mereka adalah penduduk Negeri Sembilan.





kesimpulannya, kebanyakan peniaga yang kami dapati di Bandar
Seremban terdiri daripada kaum Cina berbanding kaum Melayu dan India.
pembangunan di Seremban boleh dikatakan pesat apabila terdapatnya kemudahan
yang disediakan kepada penduduk di Seremban seperti Stesen bas, stesen
keretapi, dan juga berikutan tumbuhnya pusat-pusat membeli belah seperti
Parkson yang menjadi tumpuan masyarakat terhadap Bandar Seremban ini.
SEKIAN....
MEMORY PHOTO :







FREE STYLE :)
MASYITA AS PHOTOGRAPHER
SAFINAS AS WRITER
FATINAH & ARZIAN AS INTERVIEWERS
we're a team and we enjoying the day ..







No comments:
Post a Comment