Wednesday, February 19, 2014

hometown images and its elements


tugasan ketiga semester 1 sesi 2012/2013






NAMA : MASYITA BINTI MOHD HADI
NO MATRIK : A141089
KURSUS : RERUANG DAN PEMBANGUNAN
TAJUK : HOMETOWN IMAGES AND IT'S ELEMENTS
NAMA PENSYARAH : PROF MADYA ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH




GERBANG, NOD, PINGGIRAN, MERCU TANDA, JARINGAN YANG TERDAPAT DI KAMPUNG TANJUNG GEMOK, KUALA ROMPIN PAHANG.



Tanjung Gemok, Rompin telahpun menjadi tempat tinggal saya sejak hampir sepuluh tahun yang lalu. Telah banyak pengalaman-pengalaman yang dilalui di sekitar kawasan perumahan saya. Kehidupan seharian yang saya lalui membantu saya untuk mengenali sedikit sebanyak tentang kawasan-kawasan sekitar tempat tinggal saya.
Papan tanda yang terletak di sempadan kawasan Jambatan Endau menjadi pintu gerbang utama yang menunjukkan bahawa seseorang itu telah pun memasuki kawasan Negeri Pahang dari arah Johor. Gerbang itu jugalah yang menentukan bahawa telah berakhirnya wilayah Negeri Johor dan bermulanya wilayah Negeri Pahang. 







GERBANG


Jambatan Endau pula merupakan pinggiran kepada kedua-dua buah negeri ini kerana jambatan inilah yang menjadi satu-satunya penghubung antara kedua buah negeri tersebut.

 




JAMBATAN ENDAU - PINGGIRAN



Antara nod-nod ataupun hentian-hentian aktiviti yang paling saya fikirkan sebagai suatu kawasan yang familiar bagi diri saya ialah jambatan Endau itu sendiri. Jambatan Endau terkenal dengan kawasan di mana penduduk sekitar menghabiskan masa dengan bersantai dan melepak di atas jambatan tersebut pada waktu malam dengan pemandangan sekitar yang diterangi cahaya lampu-lampu jalan dan dibawahnya pemandangan dipenuhi dengan bot-bot nelayan yang tersusun. Jambatan Endau juga sering menjadi destinasi kaki-kaki pancing untuk memancing disitu sama ada waktu pagi, tengah hari, mahupun malam. Nod yang turut saya gemari ialah Pantai Tanjung Pahang. Pantai tersebut sering menjadi destinasi saya dan penduduk sekitar untuk bersantai dan menenangkan fikiran. Melalui pantai tersebut, penduduk dapat menyaksikan bot-bot nelayan keluar masuk untuk mencari rezeki. Suasana yang tenang juga menyebabkan ramai penduduk datang ke pantai tersebut sama ada untuk rekreasi dan bersantai.

 JAMBATAN ENDAU - NOD/ HENTIAN

 PANTAI TANJUNG PAHANG _ NOD/ HENTIAN


Di kawasan tempat tinggal saya ini, Menara Jam merupakan satu mercu tanda bagi penduduk sekitar. Menara jam terletak berhampiran dengan jambatan Endau. Menara ini terletak di tengah-tengah kawasan tapak yang rata. Di bahagian hujung berdekatan pinggir sungai, terletak banyak kedai-kedai makan dengan pelbagai jenis makanan yang dijual. Kedai-kedai makan yang dibuka hanya pada waktu malam ini turut menjadi persinggahan kepada sesiapa sahaja yang melalui kawasan tersebut kerana kawasannya yang lapang dan pemandangan malam yang menarik. Kawasan menara jam ini juga sering dijadikan tapak ekspo pada setiap tahun. Penduduk dari kawasan sekitar mahupun dari Endau, Johor sering mengunjungi menara jam yang dijadikan tapak ekspo ini untuk tujuan hiburan.




MENARA JAM - MERCU TANDA



Seterusnya ialah laluan-laluan yang digunakan sepanjang kawasan tersebut. Penduduk sekitar menggunakan jalan raya sebagai jalan laluan yang utama. Tanjung Gemok, Rompin juga telah dibangunkan sebuah stesen Petronas untuk kemudahan pengguna di sepanjang laluan tersebut yang letaknya dihadapan kawasan perumahan saya. Jalan tersebut juga yang telah menjadi laluan saya setiap hari untuk ke mana sahaja sepanjang saya menetap di Kuala Rompin.






LALUAN/JARINGAN UTAMA KAMPUNG TANJUNG GEMOK

No comments:

Post a Comment