Wednesday, February 19, 2014

RUMUSAN 3 BUAH NOVEL BERKAITAN RERUANG


tugasan semester 1 tahun 1 sesi 2012/2013 : SKAD 1273 RERUANG DAN PEMBANGUNAN







NAMA : MASYITA BINTI MOHD HADI
NO MATRIK : A141089
KURSUS : RERUANG DAN PEMBANGUNAN
TAJUK : RUMUSAN TIGA (3) BUAH NOVEL
NAMA PENSYARAH : PROF MADYA ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH



THE DEATH AND LIFE OF GREAT AMERICAN CITIES

    "The Death and Life of Great American Cities" (1961), merupakan hasil karya Jane Jacobs, seorang penulis dan aktivis kelahiran Kanada yang menetap di Scranton, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Beliau lahir pada 4 mei 1916 dan meninggal dunia pada 25 april 2006.
    Jane Jacobs dalam bukunya, The Death and Life of Great American Cities mengkritik tentang dasar perancangan bandar abad ke-20 yang bertanggungjawab terhadap kemerosotan kawasan-kawasan kejiranan di bandar-bandar Amerika Syarikat. Beliau menyatakan bahawa manusia hidup dalam ciri masyarakat yang rumit, berlapis-lapis, dan huru-hara. dari satu sudut, keganasan yang mengambil alih menyebabkan orang ramai menjadi takut akan sesuatu kawasan tersebut. dari satu sudut lain, dimana jalan yang ada dipenuhi dengan orang asing yang tidak saling kenal mengenali dan tidak saling tegur menegur. 
    Jalan bandar pada dasarnya dibentuk oleh manusia sendiri. bandar, berbeza keadaannya dengan luar bandar, apabila kawasan atau laluan itu jarang digunakan, maka ruang tersebut menjadi sepi dan kurang pengunjung membolehkan ia menjadi ruang jenayah seterusnya menjadikan kawasan tersebut tidak selamat dan digeruni.
    terdapat beberapa matlamat mudah yang ingin dicapai iaitu menjadikan jalan-jalan awam tersebut selamat. namun tidak mudah kerana kita tidak mampu memaksa masyarakat menggunakan jalan yang mereka tidak ingin gunakan, dan tidak mudah menyuruh mereka melihat pada jalan yang mereka tidak lihat. oleh itu, mereka perlu diberikan sebab dan tarikan untuk menggunakan jalan tersebut. Jane Jacobs menganjurkan 'empat penjana kepelbagaian' iaitu :
  • Mixed uses- mengaktifkan jalan-jalan pada masa yang berbeza
  • short block-membenarkan kebolehtelapan yang tinggi terhadap pejalan kaki
  • bangunan daripada pelbagai peringkat umur dan peringkat pembaikan
  • ketumpatan.

THE PRODUCTION OF SPACE



    "The Production of Space" merupakan hasil karya Henri Lefebvre (16 jun 1901-29 jun 1991)  yang merupakan seorang ahli falsafah Perancis.
     Lefebvre menyatakan bahawa ruang adalah merupakan produk sosial, atau pembinaan sosial yang kompleks (berdasarkan nilai, dan pengeluaran sosial makna) yang menjejaskan amalan dan persepsi ruang. pengeluaran sosial ruang bandar ini merupakan asas pertumbuhan masyarakat, bahkan kapitalisme itu sendiri. pengeluaran sosial ruang diperintahkan oleh kelas hegemoni sebagai alat pemikiran dan tindakan. disamping menjadi satu cara pengeluaran, ia juga adalah satu cara kawalan, dan penguasaan terhadap kuasa.
   Lefebvre mengatakan bahawa setiap masyarakat menghasilkan ruang tertrntu, iaitu ruang sendiri. jika setiap masyarakat yang tidak memiliki ruang tersendiri dianggap sebagai satu entiti yang pelik.
     kesimpulannya, sesuatu ruang yang dikatakan hidup itu ialah apabila ia mampu memenuhi keperluan masyarakat yang membentuknya walaupun tidak semua kawasan mampu dipenuhi.


IMAGE OF THE CITY


    "Image of The City" (1984), merupakan penulisan hasil karya Kevin Andrew Lynch, seorang professor kelahiran Chicago, Illinois yang berkelulusan daripada Yale University.
   Kevin A. Lynch dalam bukunya telah menggunakan tiga buah bandar   (Boston, Jersey City, dan Los Angeles) sebagai kajian. beliau menyimpulkan bahawa pengguna memahami persekitaran mereka dalam cara yang konsisten dan boleh diramal, membentuk peta mental berdasarkan lima elemen:

  • jaringan-merupakan laluan, jalan-jalan, lorong pejalan kaki, dan saluran dimana orang dalam perjalanan.
  • pinggiran-merupakan sempadan seperti dinding, bangunan, dan persisiran pantai.
  • daerah-bahagian yang agak besar dibezakan dengan identiti atau watak.
  • nod-merupakan titik fokus, persimpangan atau lokus.
  • mercu tanda-merupakan objek yang bertindak sebagai titik rujukan luaran.
     kesimpulannya, imej bandar ataupun image of the citymempunyai pengaruh yang penting dan tahan lama dalam bidang perancangan bandar dan psikologi alam sekitar.



No comments:

Post a Comment