Tuesday, February 18, 2014

TRANSKRIP TUGASAN TEMUBUAL


tugasan kedua semester 1 tahun 1 sesi 2012/2013




NAMA :                    MASYITA BINTI MOHD HADI
NO MATRIK :          A141089
KURSUS :                RERUANG DAN PEMBANGUNAN
TAJUK :                   TRANSKRIP TENTANG PENGALAMAN ORANG DAHULU DI KAWASAN                                     TEMPAT TINGGAL BELIAU
PENSYARAH :         PROF MADYA ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH


       

BIODATA RESPONDEN

NAMA : EN. BAHAMAN BIN AWANG
UMUR : 51 TAHUN
ADIK-BERADIK : 11 ORANG
JUM. ANAK : 4 ORANG
ALAMAT : KAMPUNG TANJUNG GEMOK,
                   26820 KUALA ROMPIN,
                   PAHANG DARUL MAKMUR.
KAMPUNG ASAL : KAMPUNG PIANGGU,
                                  26820 KUALA ROMPIN, 
                                  PAHANG DARUL MAKMUR.



TRANSKRIP

1.Di Malaysia ni dalam konteks, saya ambil dalam konteks aah kampung dululah.
2.Dalam konteks kampung berbanding aah tahun 60-an ya, sebab saya generasi  60-an ya.
3.Dalam konteks kampung saja, kita tak payah ambil dalam konteks yang luas.
4.Di kampung kalau pada tahun 60-an, api tak ada, elektrik.
5.Api tu elektrik lah.
6.Elektrik tidak ada.
7.Air pun tidak ada, air bersihlah.
8. Kita Cuma menggunakan perigi.
9.Api pada ketika itu pelita.
10.Tetapi aah negara beransur-ansur, kampung beransur-ansur aah menunjukkan peningkatan dari segi prasarana yang mana kampung saya sendiri, kalau Kampung Pianggu pada ketika itu aah pada tahun akhir 80-an.
11.Bukan aah, tahun awal 80-an, masuk akhir 70-an barulah kita dapat bekalan api,bekalan elektrik.
12. Itupun bukan 24jam.
13.Cuma diberi kepada kita aah lebih kurang daripada pukul lapan malam sehingga enam pagi.
14.Dan air bersih, air yang daripada laluan JBA lah, kerajaan.
15.Air bersih menggunakan paip, sistem perpaipan aah bermula aah pertengahan 80-an (1984-1985).
16.Ha itu ya.
17.Kemudian aah dari segi prasarana misal kata sekolah, sekolah pun ada peningkatan aah dimana apa, Kampung Pianggu pada ketika itu aah daripada kayu.
18.Dulu kayu.
19.Macam rumah.
20.Sekolah ni macam rumah.
21.Bertiang.
22.Kayu bertiang.
23.Dan akhirnya kita mendapat apa, bangunan batu sekarang.
24. Itu dari segi pembangunan.
25.Dari segi prasarana lain misal kata jalan raya.
26.Jalan raya, 60-an hari itu, laluannya laluan celah-celah belukar ya.
27.Celah-celah belukar (60-an).
28.70-an tanah liat biasa begitulah ya.
29.80-an barulah kita dapat tanah merah.
30.Tanah merah, merah ya yang lebarnya disekitar lebih kurang lapan kaki.
31.Dan akhirnya tahun 90-an, barulah dapat tar.
32.Haa itu.
33.Ada peningkatan berlaku dari segi kemajuan prasarana.
34.Kemudian aah perkembangan dari segi aah individu pulak.
35.Perkembangan macam saya kata rumah.
36.Rumah-rumah, rumah-rumah orang kampung ada perkembangan juga selaras dengan perkembangan prasarana tadi, ada.
37.Dulu atap rumah ini kecil sahaja.
38.Mungkin rumah dulu tak ada bilik.
39.Bukan rumah saya seorang, tok nenek saya, rumah orang lain semua tidak ada bilik.
40.Begitu je.
41.sekitar keluasannya lebih kurang kalau buka 20 kaki, panjang pun 20 kaki.
42.Kecil je.
43.Tak ada perlengkapan lain, tak ada almari.
44.Itu je.
45.Itu tahun 60-an.
46.Tapi akhirnya bergerak semakin lama semakin maju, selaras dengan pergerakan apa, pergerakan prasarana ini, mulalah orang tukar kepada atap zink.
47.Atap zink kira orang kaya lah.
48.Zaman itu kalau pada tahun 70-an ada orang atap zink itu kaya.
49.Sebab dulu atap nipah.
50.Atap nipah ni bagus, sejuk.
51.Cume aah dia kena tukar setiap tahun.
52.Sebab bila dia terlampau garing, bila panas dia garing, panggil garing.
53.Dia garing dan dia reput cepat.
54.Panas hujan panas hujan atap nipah ni reput cepat.
55.Sejuk memang sejuk, kalah atap zink.
56.Ha itu.
57.Dan aah perkembangan pada ketika itu, ada juga orang buat rumah batu.
58.Pada akhir 80-an mula ada rumah batu.
59.Bukan kita nak kata rumah batu itu bagus ya, Cuma dari segi ketahanan dia.
60.Kalau nak banding dengan rumah kayu lagi selesa, dari segi apa nama, tak panas, Cuma orang kata dia terdedah kepada beberapa serangan.
61.Kulat, anai-anai, lepas itu cepat reput.
62.Itu ya berbanding rumah batu.
63.Jadi itulah serba sikit perkembangan, beberapa perubahan aah yang berlaku berbanding dulu dengan sekarang ini,ya.
64.Dan akhir sekali kalau nak banding lah kalau pada ketika ini perubahan cukup ketara.
65.Aah boleh kata semua rumah ya,
66.berhenti 3 saat
67.paling tak ada, mangkuk astro tu,piring astro itu ada ya.
68.Ha Itu maksudnya.
69.Apa maksudnya?
70.Bila ada piring astro tu maksudnya semua orang mendapat maklumat.
71.Kerana maklumat ini dalam apa, dalam situasi sekarang  ini, maklumat itu yang amat penting kepada, kepada rakyat.
72.Rakyat akan mendapat maklumat yang bagus,yang tepat dan cepat.
73.Ha Itulah perkembangan yang paling baik bagi sayalah.

No comments:

Post a Comment