tugasan semester 2 tahun 1 sesi 2012/2013 : SKAD 1283 FALSAFAH DAN TEORI PEMBANGUNAN

NAMA
AHLI KUMPULAN :
1. NURUL SAFINAS BINTI M.
HANAFIAH
A141813
2. MASYITA BINTI MOHD
HADI
A141089
3. NOR ARZIAN BINTI ABD
WAHAB
A138625
4. FATINAH BINTI MOHD NAZIR
A141698
5. NURUL ASHIKIN BINTI
GHAZALI
A141819
6. NOR FATIHAH BINTI MD
HASSAN
A141453
7. AYU PUTERI WAHIDA BINTI ABDUL RAHMAN
A141605
NAMA
PENSYARAH :
PROF.
MADYA DR. KADIR BIN ARIFFIN
DR. AZMI BIN AZIZ
DR. ZAIMAH BINTI RAMLI
SENARAI
KANDUNGAN
NO
|
SENARAI
|
HALAMAN
|
1.0
|
PENGENALAN
|
1
|
2.0
|
DEFINISI
|
2
|
3.0
|
JENIS – JENIS PENCEMARAN
3.1 PENCEMARAN AIR
3.2 PENCEMARAN UDARA
3.3 PENCEMARAN TANAH
3.4 PENCEMARAN BUNYI
|
4 - 15
4
7
13
15
|
4.0
|
LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN
|
18
|
5.0
|
KESIMPULAN
|
24
|
6.0
|
RUJUKAN
|
25
|
1.0 PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini proses pembandaran negara
dilihat begitu rancak, ekoran daripada pengenalan Program Transfomasi Negara,
Model Ekonomi Baru dan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 yang akan membawa
Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun
2020 (Malaysia, 2010). Semua agenda ini akan memberi impak positif ke atas
pembangunan pembandaran negara untuk terus bekembang. Wawasan 2020 yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri Ke empat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk
menjadikan Malaysia sebuah Negara maju. Justeru, kerajaan telah berusaha
meningkatkan produktiviti segala sektor yang mampu menjana ekonomi Negara
seperti sektor perindustrian dan sektor pengangkutan. Namun dalam kesibukan
untuk mengejar kemodenan, sedikit sebanyak ia telah menyebabkan kemerosotan
alam sekitar seperti berlakunya pencemaran dan juga bencana alam. Oleh kerana
itu, tugasan kami ini akan membincangkan tentang punca dan kesan terhdap
fenomena kemerosotan alam sekitar serta langkah penyelesaian yang harus
dipraktikakan oleh setiap pihak sama ada individu, organisasi tertentu serta
masyarakat itu sendiri.
2.0 DEFINISI
2.1 DEFINISI ALAM SEKITAR
Menurut
Zaini Ujang (2000), alam sekitar ialah gabungan keadaan luaran atau eksternal
yang mempengaruhi kehidupan setiap organisma. Keadaan luaran tersebut
merangkumi unsur-unsur dan hubungan bukan hidupan atau abiotik. Alam sekitar
juga mencakupi keadaan internal atau dalaman khususnya kimia dan biologi yang
menjadi teras kepada kehidupan setiap tumbuhan atau haiwan serta manusia.
Menurut
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran adalah suatu perbuatan yang
mencemarkan atau mengotorkan. Pengotoran alam atau perbuatan mencemarkan
kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.
2.2 DEFINISI PENCEMARAN
Segala perubahan langsung atau tidak langsung kepada
sifat2 fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana2 bhgn alam sekeliling
dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan2 hingga menjejaskan
apa2 kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yg berbahaya kepada
kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau kepada binatang, burung,
hidupan2 liar, hidupan akuatik atau tumbuhan2.
Pencemaran
berlaku sama ada dalam bentuk penghsasilan atau pembuangan sisa cecair, pepejal
gas atau gangguan lain yang secara langsung atau tidak langsung akan:
i. Mengubah
kualaiti sesuatu segmen atau unsur alam sekeliling yang menerimanya hingga
menjejaskan sesuatu kegunaan yang berfaedah
ii. Membahayakan
atau mungkin berbahya kepada kesihatan, ini termasuklah bau-bau yang tidak
disukai, bahan radioaktif, bunyi bising, pertukaran suhu, atau perubahan
fizika, kimia atau biologi pada sesuatu segmen atau unsur sekeliling.
Terdapat
beberapa jenis pencemaran iaitu:
1. Pencemaran
air
2. Pencemaran
udara
3. Pencemaran
tanah
4. Pencemaran
bunyi
5. Pencemaran
lain
3.0 JENIS-JENIS
PENCEMARAN
3.1.0 PENCEMARAN AIR
Air adalah salah satu sumber alam yang amat penting
muka bumi ini. Tanpa air, bumi tidak akan menampung sebarang jenis kehidupan.
Hujan, mata air, air bawah tanah, tasik, sungai dan laut adalah sumber-sumber
air. Di Malaysia, sungai merupakan sumber utama pembekalan air (terdapat lebih
kurang 49 batang sungai utama di sungai di Malaysia). Manusia menggunakan air
melalui dua cara iaitu pengambilan air dan pengaliran air. Pengambilan air
adalah untuk kegunaan domestik perindustian dan pertanian, manakala pengaliran
air pula berguna untuk menghasilkan tenaga hidroelektrik, kegiatan pelayaran,
perikanan dan rekreasi. Pencemaran air merupakan kebocoran dan pembuangan
bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah
kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
Keadaan ini berlaku berikutan beberapa faktor.
3.1.1 PUNCA PENCEMARAN AIR
Pencemaran air boleh dikategori/berpunca daripada
punca-punca tetap dan punca-punca tidak tetap (non point). Punca-punca tetap
termasuklah loji rawatan kumbahan, industri pembuatan, industri berasaskan
pertanian. Punca tidak tetap (non point) pula didefinisikan sebagai
sumber–sumber yang tidak berpunca dari satu titik pelepasan tertentu seperti
daripada aktiviti pertanian dan air larian permukaan. Sampel air diambil dari
stesen pengawasan dianalisa mengikut enam parameter untuk mengukur IKA.
Parameter tersebut terdiri daripada Keperluan Oksigen Biokimia (BOD5),
Keperluan Oksigen Kimia (COD), Ammoniakal Nitrogen (NH3-N), Pepejal Terampai
(SS), nilai pH dan Oksigen Terlarut (DO).
Jadual 2.5: Status kualiti air sungai berdasarkan
pencemar utama, Malaysia, 2007–2011
TAHUN
|
JUMLAH SUNGAI YANG DIAWASI
|
NH3-N
|
BOD5
|
SS
|
||||||
B
|
ST
|
T
|
B
|
ST
|
T
|
B
|
ST
|
|
||
2007
|
143
|
48
|
59
|
36
|
94
|
37
|
12
|
62
|
39
|
42
|
2008
|
143
|
72
|
38
|
33
|
79
|
46
|
18
|
57
|
33
|
53
|
2009
|
143
|
56
|
47
|
40
|
28
|
73
|
42
|
54
|
32
|
57
|
2010
|
143
|
35
|
66
|
42
|
12
|
79
|
52
|
68
|
27
|
38
|
2011
|
140
|
41
|
64
|
35
|
3
|
80
|
57
|
79
|
26
|
35
|
Sumber:
Jabatan Alam Sekitar
B-Bersih ST-Sederhana Tercemar
T-Tercemar
3.1.2 KESAN PENCEMARAN AIR
Air yang tercemar ini mengganggu hidupan
akuatik seperti ikan,kerang,udang dan lain-lain mati apabila memakan
bahan beracun dari kilang ini.Jika ikan-ikan ini ditangkap dan dimakan oleh
manusia,tentulah ia membawa kesan yang buruk kepada kita juga. Penggunaan air
laut terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin di dalam sektor ‘power
plant’. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin di “power
plant” ini akan disalurkan semula ke laut. Jadi kawasan saliran laut itu akan
panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar beradaptasi kerana suhu
airnya meningkat secara mendadak. Efluen yang dihasilkan oleh industri
terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik
seperti N,P dan K disamping sebatian2 organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini
menyebabkan hazard pencemaran dilupuskan secara tidak patut dalam sungai
ataupun di dalam tasik. Pengayaan berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu
akan menyebabkan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan
jumlah kandungan oksigen terlarut (BOD). Sesetengah kilang akan
memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang, masalahnya apabila
berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar lalu
menyebabkan 2 permasalahan iaitu pertama seandainya sisa ini mengalir di
permukaan ia akan masuk ke dalam sistem saliran terutamanya sungai dan
sekiranya masuk ke dalam sistem air bawah tanah ia akan mencemarkan air
bawah tanah terutamana sistem akuifer. Yang mana kedua-duanya ini akan
merosakkan dan mencemarkan hidupan dan air itu sendiri. Kesan
kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan
yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu
pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan
badan akibat penggunaan sumber air tersebut.
3.2.0
PENCEMARAN UDARA
Ruang angkasa bumi yang juga dikenali sebagai
atmosfera merupakan tempat terdapatnya udara. Atmosfera merupakan “selimut”
kepada bumi. Ia mengandungi beberapa lapisan. Lebih kurang 95 peratus udara
terdapat pada lapisan trofosfera yang menjangkau jarak antara 0-7 batu (0-12
km) dari bumi. Semua bentuk pencemaran udara akan terkumpul di lapisan ini.
Pencemaran udara merupakan fenomena pembebasan bahan
kimia yang berbahaya atau benda asing lain ke atmosfera bumi. Tindak balas
kimia antara kompeonen pencemaran dengan komponen atmosfera yang berlaku
akhirnya akan mengembalikan komponen pencemaran dan komponen yang baru yang
terbentuk ini ke bumi semula. Sebahagian lain seperti air yang tidak larut dan
bahan kimia tidak reaktif seperti fluorocarbons akan terserap naik ke atas, ke
kawasan lapisan ozon. Pencemaran udara yang wujud akan mengubah komposisi
komponen-komponen ini mug=ngkin oksigen akan berkurangan dan membahayakan
seperti karbon monosikda akan bertambah dan mengancam kehidupan.
Udara adalah keperluaan yang utama kepada setiap
kehidupan. Hidupan haiwan juga memerlukannnya untuk pernafasan, kerana itu
kebersihan udara diperlukan untuk membolehkanhaiwan untuk terus bernafas dan
hidup. Udara bersih mengandungi 0.1 ppm karbon monosikda, 0.001 ppm nitrogen
dioksida dan 0.25 ppm oksida-oksida nitrous (jadual 2.1).
(Jadual 2.1: Komposisi udara bersih dan kering)
Jenis komponen
|
Kandungan
|
|
Peratus segi ruang
|
ppm
|
|
Nitrogen (N2)
|
78.09
|
780.900
|
Oksigen (O2)
|
20.04
|
209.400
|
Hydrogen (H2)
|
0.00005
|
0.5
|
Karbon dioksida (CO2)
|
0.0318
|
318
|
Karbon monoksida (CO)
|
0.00001
|
0.1
|
Nitrogen dioksida (NO2)
|
0.0000001
|
0.0001
|
Oksida-oksida nitrous (NOx)
|
0.000025
|
0.25
|
Sulfur dioksida (SO2)
|
0.00000002
|
0.0002
|
Sumber H.C. Perkins, 1974:3
3.2.1 PUNCA PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara secara semula jadi telah berlaku
sebelum manusia wujud lagi. Alam telah lama tercemar akibat berlakunya
kebakaran hutan, letupan gunung berapi, proses reputan, rebut pasir dan
semburan air laut. Setelah manusia tahu menggunakan api dengan sendirinya ia
telah menambahkan pencemaran udara. Namun demikian, kerana jumlah penduduk
ketika itutidak ramai dan akiviti produktif mereka yang terhad, alam sekeliling
masih cukup luas untuk menerima pencemaran tanpa menimbulkan masalah pencemaran
udara.
Pencemaran udara boleh berlaku sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Walau bagaimanapun, revolusi perindustrian yang
dialami seluruh dunia dan penggunaan arang batu serta bahan api fosil secara
meluas telah meningkatkan lagi kejadian pencemaran. Pencemaran langsung terjadi
apabila berlakunya pembuangan bahan-bahan sisa ke dalam persekitaran udara sama
ada dalam bentuk wap, kimia , partikel, habuk, asap, gas-gas beracun daripada
kilang atau kenderaan dan bau yang dihasilkan daripada bahan-bahan buangan
domestic dan juga perindustrian. Pencemaran tidak langsung terjadi apabila
berlakunya pencemaran air, iaitu apabila bahan-bahan sisa ini bertindak balas
dengan udara dan matahari ia akan mengeluarkan wap dan bau. Dalam
mengukur tahap kualiti udara, satu jenis mekanisma digunakan iaitu dinamakan
Indeks Pencemaran Udara ( IPU ). Nilai IPU dikira berdasarkan
kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu Sulfur Dioksida (SO2),
Nitrogen Dioksida(NO2),Karbon Monoksida (CO), Ozon (O3)
dan kepekatan habuk halus (PM10). Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan
tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada
lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan
pencemar yang lain dan ini yang menentukan bacaan IPU. Bacaan dikira
berdasarkan skala piawai yang telah ditentukan oleh badan professional yang
memantau dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Jadual 1 menunjukkan bacaan IPU mengikut status
kualiti udara yang diukur.
IPU
|
STATUS
|
0 – 50
|
Baik
|
51 – 100
|
Sederhana
|
101 – 200
|
Tidak
sihat
|
201 – 300
|
Sangat
tidak sihat
|
> 301
|
Berbahaya
|
Jadual 1: Tahap bacaan IPU.
Kita ambil satu contoh beberapa bandar yang di pilih
di negara kita yang mempunyai potensi pencemaran udara yang tinggi.
Bandar-bandar yang dipilih adalah Pasir Gudang Johor, Ipoh Perak, Tanah
Merah Kelantan dan di Bukit Rambai Melaka. Jadual 2 adalah data
mengenai maklumat IPU pada 25 hingga 29 April 2013.
April-13
|
P. Gudang
|
Ipoh
|
Tanah Merah
|
Bukit Rambai
|
||||
11:00 AM
|
5:00 PM
|
11:00
AM
|
5:00 PM
|
11:00 AM
|
5:00 PM
|
11:00
AM
|
5:00
PM
|
|
25
|
66*
|
62*
|
53*
|
54*
|
55*
|
54*
|
58*
|
56*
|
26
|
48*
|
46*
|
54*
|
54*
|
52*
|
51*
|
53*
|
52*
|
27
|
67*
|
70*
|
#
|
#
|
55*
|
58*
|
58*
|
58*
|
28
|
58*
|
55*
|
48*
|
#
|
52*
|
51*
|
63*
|
63*
|
29
|
51*
|
52*
|
47*
|
52*
|
52*
|
51*
|
60*
|
58*
|
Jadual 2 ( Sumber :Kementerian Alam Sekitar )
Petunjuk:
*
= Habuk Halus
(PM10)
c = Ozon (O3)
a
= Sulfur Dioksida
(SO2)
d = Karbon Monoksida (CO)
b
= Nitrogen Dioksida (NO2)
&
= Lebih daripada satu
pencemar # =
Masalah Teknikal
Jadi untuk memudahkan pengiraan, kita ambil data IPU
ini secara purata bagi setiap bandar
seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.
Jadual 3
Tarikh April 2013
|
P. Gudang
|
Ipoh
|
Tanah Merah
|
Bukit Rambai
|
25
|
64.0
|
53.5
|
54.5
|
57.0
|
26
|
47.0
|
54.0
|
51.5
|
52.5
|
27
|
68.5
|
#
|
56.5
|
58.0
|
28
|
56.5
|
#
|
51.5
|
63.0
|
29
|
51.5
|
49.5
|
51.5
|
64.0
|
Jadual 3 boleh diwakili dengan graf seperti yang
ditunjukkan dibawah.

Berdasarkan graf diatas, kawasan Bukit Rambai, Melaka
mencatat IPU tertinggi iaitu IPU yang tidak baik selama lima hari tersebut.
Kawasan kedua tertinggi bacaan IPU adalah Pasir Gudang, Johor dan diikuti oleh
kawasan Tanah Merah, Kelantan serta Ipoh, Perak. Namun dapat diperhatikan
bahawa bacaan IPU di Ipoh, Perak mula menrun sepanjang lima hari tersebut
walaupun ada keadaan di mana pada 27 serta 28 bacaan IPU tidak dapat dicatat
kerana mempunyai masalah teknikal.
Banyak factor yang menyebabkan bacaan IPU di Bukit
Rambai, Melaka meningkat iaitu kerana ia merupakan tempat peindustrian. Pembakaran
secara terbuka adalah faktor utama pencemaran udara. Punca semulajadi dari
pereputan biologikal dan dibebaskan daripada larutan. Pembakaran ini
menghasilkan gas berbahaya seperti karbon Dioksida (CO2) yang
mendatangkan bahaya kepada manusia apabila berlebihan.
3.2.2 KESAN PENCEMARAN UDARA
Gas Karbon Monoksida (CO) yang bertoksik
boleh menyebabkan kematian jika berada di tahap tinggi ( 1% peratus dalam udara
boleh menyebabkan kematian kepada manusia) dan ia tidak berbau. Manakala gas
Sulfur Dioksida (SO2) boleh menyebabkan kesan di bahagian
saluran pernafasan terutama kepada mereka yang terdedah kepada SO2 dengan
kepekatan tinggi, boleh menyebabkan kerosakan pada mata dan berkemungkinan
menyebabkan kecacatan kepada kandungan ibu. Selain itu, pencemaran udara boleh
dilihat kesannya dari aspek nilai estetik, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan
juga gangguan keselesaan individu. Berdasarkan kesan estetik pencemaran udara
boleh menghilangkan kejelasan (kecerahan) atmosfera. Kerugian ekonomi pula
adalahh dari segi kerosakan tanaman, ternakan dan kerosakan harta benda termasuk
berlakunya proses pengaratan. Kesan yang lain seperti ketidakselesaan mata,
kesukaran pernafasan, kerabunan, dan kerosakan mata, malah seterusnya boleh
menyebabkan kematian.
3.3.0 PENCEMARAN TANAH
Tanah merupakan tempat untuk manusia tinggal dan sebahagian
besar kegiatan kehidupan manusia adalah terletak di atas tanah. Perhubungan
antara manusia dengan tanah tidak dapat disangkal lagi. Kegiatan ekonomi
manusia tertumpu kepda penggunaan dan pengolahan sumber tanah. Pertanian,
perhutanan, perindustrian, pembandaran dan perumahan semuanya bergantung pada
tanah. Walau bagaimanapun, makin lama keperluan ke atas tanah semakin bertambah
dan pada masa yang sama juga tanah semakin mengalami kerosakan dan pencemaran.
Pencemaran tanah atau pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang
berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan
dan hakisan tanah.
Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar
terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanah
bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan
tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna
menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.
3.3.1 PUNCA PENCEMARAN TANAH
1. Pembuangan
bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa
kilang.
2. Pembuangan
sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran tanah.
3. Penggunaan racun
serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran
tanah.
4. Selain itu,
factor yang lain menjadi punca pencemaran tanah ialah hasil daripada
aktiviti-aktiviti perlombongan, pembukaan tanah baru untuk pertanian dan
perbandaran.
3.3.2 KESAN
PENCEMARAN TANAH
1. Tanah
yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan
kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.
2. Pengujian
senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah
dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang
mampu membunuh manusia secara perlahan.
3. Pembuangan
sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Pasti
tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan
pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Secara tidak langsung ia akan
mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan manusia.
4. Pencemaran
alam juga turut memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika hampir
kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk
melihat keindahan alam ini.
3.4.0 PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran bunyi (atau bunyi
persekitaran) merupakan hasil daripada mesin, haiwan atau manusia yang
mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.Menurut
Bugliarello (1976) dan Freeman (1984), tidak terdapat seorang pun pada hari ini
yang boleh terlepas dari pencemaran bunyi bising. Ini adalah kerana bunyi
bising telah mengganggu kualiti kehidupan. Ia juga terjadi tanpa mengira
batasan politik atau sosial. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan mengenai pencemaran
didapati pencemaran bunyi bising merupakan pencemaran yang seringkali dilupakan
atau diabaikan berbanding dengan pencemaran lain seperti air dan udara. Keadaan
ini terjadi mungkin disebabkan pencemaran bunyi bising merupakan suatu
pencemaran yang tidak meninggalkan sisa kepada alam sekitar.
3.4.1
PUNCA PENCEMARAN BUNYI
Kebanyakan sumber pencemran ini berlaku di luar rumah
seperti sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan
bunyi kereta api.Perancangan bandar yang tidak tersusun telah menimbulkan
pencemaran bunyi kerana bangunan kilang dan kawasan perumahan yang bersebelahan
boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan perumahan.
Punca yang lain bagi pencemaran bunyi di dalam dan di
luar rumah adalah penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan
pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyenggaraan laman,
salakan anjing, alatan elektrik, perkakasan bermotor, dengungan lampu, sistem
hiburan audio, pembesar suara, dan suara yang bising.
3.4.2 KESAN PENCEMARAN BUNYI
Kesan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan
tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak dikehendaki ini dikenali
sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan
kesihatan secara fisiologi dan juga secara fisiologi. Pencemaran bunyi mampu
menyebabkan seseorang itu rimas dan mempunyai gangguan seperti sikap yang
agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan
tidur, dan kesan buruk yang lain. Seterusnya, tekanan dan
hipertensi adalah punca utama masalah kesihatan, di mana telinga berdengung
atau 'tinitus' yang boleh menyebabkan seseorang
mengalami masalah daya ingatan, tekanan teruk dan serangan panik yang tidak
dapat diduga.
Pendedahan yang kronik kepada bunyi yang bising
mungkin dapat menyebabkan kehilangan pendengaran akibat. Statistik telah
menunjukkan bahawa lelaki yang berusia yang didedahkan kepada bunyi yang bising
akan mengalami kekurangan pendengaran yang sensitif berbanding rakan sejawat
yang tidak terdedah. Walaupun perbezaan di antara kedua-dua kumpulan dari segi
pendengaran yang sensitif akan menurun dengan mengikut masa, tetapi kedua-dua
kumpulan ini tidak dapat dibezakan ketika berumur 79 tahun. Satu
perbandingan telah menunjukkan bahawa puak Maaban di Ghana tidak
begitu terdedah kepada bunyi bising yang dihasilkan oleh pengangkutan atau
perkilangan, berbanding dengan penduduk di Amerika Syarikat yang biasa. Perkara
ini menunjukkan bahawa pendedahan kronik bunyi yang bising kepada persekitaran
dengan tahap bising yang sederhana dapat menyumbang kepada kehilangan
pendengaran.
Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada
kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap
sederhana tinggi dalam tempoh lapan jam boleh menyebabkan peningkatan statistik
pada tekanan darah daripada lima hingga sepuluh poin. Peningkatan tekanan
perasaan atau ‘vasoconstriction’juga mendorong kepada dan
"vasoconstriction" mendorong kepada peningkatan
tekanan darah termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri
koronari.
Pencemaran bunyi juga merupakan punca gangguan kepada
orang ramai. Kajian pada tahun 2005 oleh penyelidik dari Sepanyol telah
mendapati bahawa penghuni di sekitar kawasan bandar sanggup untuk membayar
sekitar empat Euro pada
setiap desibel dalam tempoh setahun bagi mengurangkan bunyi.
Bunyi bising juga mampu memberi kesan buruk pada
haiwan menyebabkan tekanan, meningkat risiko kematian dengan menukar
keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa, dan menganggu
penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan pembiakan
dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan
pendengaran sementara atau kekal.
Kesan bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan
habitat yang disebabkan bunyi bising, dalam kes spesies terancam mungkin
merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian
speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka menyadai diri mereka selepas
terdedah kepada sonar tentera yang kuat.
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Ramai
orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat tertentu
kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sbagi
bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuklear di Chernoby Ukraine telah
merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih menjadi ancaman
kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa juga sering membawa
berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar dan tidak kurang juga orang
perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut.
Antara perkara yang sentiasa menjadi topik utama perbincangan yang sering
diperkatakan ialah keadaan pencemaran di bandar-bandar besar, kesesakkan lalu
lintas di bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan
pencemaran tanah. Selain itu, penebangan hutan yang tidak terkawal dan
kepupusan pelbagai spesisi flora dan fauna juga turut diberi perhatian. Oleh
itu, kita memerlukan pelbagai langkah yang lebih efisien untuk mengatasi
masalah ini sebelum ianya menjadi semakin parah. Terdapat beberapa langkah yang
boleh diambil untuk mengatasi masalah kemerosotan alam sekitar ini.
4.1 Sistem
pengurusan air yang lebih cekap.
Aktiviti-aktiviti
yang sering menjadi isu utama dalam pencemaran sungai atau saluran air ialah
pelepasan sisa domestik, perkilangan, penternakan babi, pengeluaran pertanian
serta pembukaan dan kerja-kerja tanah. Pembebasan atau pelepasan sisa akhir
aktiviti-aktiviti berkenaan selalunya akan dilepaskan ke saluran air yang
berdekatan tanpa dirawat dengan sebaiknya dan seterusnya akan disalurkan terus
ke sungai. Hal ini akan menyebabkan kualiti air sungai terjejas dan memberi
kesan yang negatif kepada alam sekitar.
Perkara
ini dapat dielakkan jika sisa domestik dapat dirawat dengan sebaiknya sebelum
ianya di lepaskan ke saluran air atau air sungai yang berdekatan. Sebagai
contoh, pengusaha kilang boleh membina loji rawatan air dan sisa domestik yang
dikeluarkan oleh kilang mereka sebelum ianya disalurkan ke sungai. Selain itu,
air yang telah di proses dengan betul juga boleh digunakan semula oleh kilang
berkenaan untuk kegunaan sampingan seperti pembersihan mesin dan jentera
kilang. Pemantau daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga harus dilantik
untuk membuat pemantaun berkala ke kilang-kilang tersebut bagi menyediakan
sistem pengurusan yang lebih cekap untuk mengurangkan pelepasan air sisa yang
dirawat dengan tidak sempurna ke dalam sungai..
Jabatan
Alam Sekitar (JAS) pula harus sentiasa membuat pemantaun terhadap punca air
sungai yang ada dan membuat rawatan air dengan segera sekiranya keadaan air
tersebut tidak mencapai kualiti air normal sebagaimana yang ditetapkan.
4.2 Pembangunan
kawasan berteraskan pembangunan mampan.
Mengikut
Brundtland Report (1987) pembangunan mampan merupakan pembangunan yang dapat
memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi
keperluan pada masa hadapan. White dan Whitney (1992) pula mengatakan pembangunan
bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan
menampungnya, pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar
pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya. Melalui
definisi pembangunan mampan yang diberikan oleh laporan dan tokoh-tokoh
berkenaan,kita dapat melihat dengan jelas gambaran bagaimana pembangunan mampan
tersebut dapat dijalankan dan dibangunkan iaitu pembangunan yang
menitikberatkan alam sekitar supaya pembangunan yang dijalankan tidak menjejaskan
alam sekitar untuk kenikmatan dan tatapan masyarakat akan datang.
Oleh
itu, pengurusan sumber tanah harus dipertingkatkan melalui perancangan guna
tanah yang lebih bersepadu dan peningkatan dalam penggunaan teknologi
penderiaan jauh. Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat (DPPS), yang
memberi perhatian kepada pembangunan seimbang dan mampan dari aspek ekonomi,
sosial, kerohanian dan alam sekitar, harus dijadikan asas kepada setiap
perancangan guna tanah dan aktiviti pembangunan yang akan dijalankan di seluruh
negara, seperti dalam perancangan dan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya. Jika
pembangunan mampan ini diterapkan dalam setiap pembangunan yang akan dijalankan
di dalam negara ianya sudah tentu dapat membantu dalam meningkatkan kualiti
alam sekitar yang semakin terjejas disebabkan oleh pembangunan yang dijalankan
terutamannya di bandar-bandar besar.
4.3 Kawalan
kualiti udara yang lebih ketat.
Pencemaran
udara juga menjadi antara salah satu daripada masalah kemerosotan alam sekitar.
Pembebasan asap kilang, pelepasan gas karbon dioksida yang semakin meningkat
daripada kenderaan seperti motosikal,kereta,bas dan lori yang semakin meningkat
jumlahnya saban tahun serta pembakaran terbuka yang dilakukan oleh sesetengah
masyarakat yang tidak bertanggungjawab atas tujuan pembukaan tanah, menjadi
antara sebab berlakunya pencemaran udara.
Oleh
itu, untuk mengatasi maslah ini pihak JAS boleh mengambil kawalan ketat
terhadap pelepasan daripada kenderaan bermotor. Sebagai contoh menggalakkan
pengguna motorsikal menggunakan enjin dan sistem ekzos yang lebih cekap.
Penggunaan tanpa plumbum juga boleh digalakkan kepada pengguna kenderaan
bermotor. Hal ini kerana penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan
kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan sekaligus dapat mengurangkan
masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan
masalah kesihatan disebabkan oleh kualiti udara yang teruk seperti batuk dan
selsema daripada berlarutan di samping penggunaan petrol berplumbum boleh
dimansuhkan secara berperingkat.
Selain
itu, pihak kerajaan juga boleh menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam
kalangan masyarakat terutamanya masyarakat bandar oleh kerana peningkatan
penggunaan kenderaaan bermotor yang semakin meningkat. Mengikut statistik yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, terdapat lebih kurang
628239 buah kereta yang telah mendaftar pada tahun 2012 dan 609596 buah
motosikal serta sebanyak 40740 buah kenderaan perdagangan juga telah mendaftar
pada tahun yang sama. Kesemua kenderaan yang mendaftar ini telah menunjukkan
jumlah peningkatan jika dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya. Hal ini
dapat disimpulkan bahawa semakin banyak kenderaan yang berada di gunakan di
jalan raya, semakin meningkat jumlah gas karbon dioksida yang dibebaskan ke
udara. Selain penggunaan kenderaan awam, penggunaan kenderaan berkuasa elektrik
juga boleh digalakkan kepada masyarakat.
Pihak
berkuasa juga mestilah mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30
meter ke udara selain memasang alat penapis asap agar asap yang dilepaskan
adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan. Rangkaian
pengagihan gas asli akan diperluas untuk meningkatkan penggunaan gas asli
terutamanya dalam sektor pengangkutan. Penggunaan gas asli yang lebih luas dan
pemakaian teknologi arang batu yang bersih juga harus digalakkan bagi
mengurangkan pelepasan daripada loji tenaga. Dari segi pengurusan kualiti
udara, pendekatan baru berasaskan konsep zon kualiti udara atau pengurusan
kawasan udara tertentu boleh dilakukan. Pendekatan ini akan melibatkan
pengurusan kualiti udara berdasarkan kepada keadaan sesuatu tempat atau wilayah
tertentu dan akan membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti dengan lebih tepat
faktor yang mempengaruhi kualiti udara dan membantu melaksanakan langkah
pencegahan.
4.4 Pendidikan
alam sekitar.
Pendidikan
alam semulajadi ialah proses pendidikan tentang alam semulajadi untuk alam
semulajadi dan melalui alam semulajadi. Pendidikan Alam semulajadi melibatkan
interaksi manusia dengan alam semulajadi serta bagaimana manusia harus mengurus
alam semulajadi secara bijak dalam meningkatkan pengetahuan,kefahaman dan
kesedaran terhadap alam semulajadi.
Bagi
memperoleh kefahaman yang lebih mendalam dan lebih baik tentang konsep
kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari dan sikap prihatin terhadap
alam sekitar, pendidikan dan kesedaran terhadap alam sekitar harus digalakkan secara
menyeluruh dengan penggabungan penyebaran maklumat dan latihan, serta selaras
dengan cadangan-cadangan dalam Agenda 21.Dalam Agenda 21, isu pendidikan alam
sekitar telah diberi tumpuan utama dalam Chapter 36. Melalui Chapter 36 ini,
perkara utama yang dibincangkan ialah bagaimana untuk mengorientasikan semula
sistem pendidikan alam sekitar ke arah pengkhususan, pengawasan dan pembangunan
berterusan (Nasaruddin 1993). Di samping itu juga, penekanan diberikan untuk
meningkatkan lagi kesedaran dan kepekaan orang awam terhadap alam sekitar serta
memperkenalkan latihan-latihan tertentu bagi pengurusan dan pengawalan terhadap
alam sekitar.
Pendidikan
alam sekitar boleh dijalankan menggunakan dua cara iaitu pendidikan formal dan
pendidikan tidak formal. Pendidikan alam sekitar menggunakan pendidikan formal
dijalankan dengan mengajar para pelajar sama ada pelajar sekolah menengah atau
pelajar sekolah rendah mengenai cara untuk memelihara dan memulihara alam
sekitar melalui pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, menerusi subjek
geografi, kajian tempatan dan sains. Pendidikan ini juga tidak harusnya
ditumpukan kepada pelajar sekolah sahaja, malah pendidikan ini boleh mula
diperkenalkan kepada para pelajar tadika supaya mereka dididik dari awal untuk
sentiasa menjaga alam sekitar. Pendidikan secara tidak formal pula boleh
dijalankan dengan cara memberi ceramah alam sekitar kepada masyarakat berhubung
dengan penjagaan alam sekitar dan mendedahkan keadaan alam sekitar sekiranya
mereka tidak menjaganya dengan baik. Hal ini dapat menanam kesedaran bahawa
pentingnya penjagaan alam sekitar.
4.5 Penguatkuasaan
undang-undang.
Kerajaan
merupakan nadi utama pergerakan dan pentadbiran bagi sesebuah negara. Bagi isu
besar seperti pencemaran alam sekitar turut menjadi agenda utama kepada
kerajaan untuk mengatasinya demi kesejahteraan hidup rakyat bagi sesebuah
negara. Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar (NRE) merupakan kementerian
yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam sekitar dari dicemari dan
memulihara alam sekitar yang tercemar.
JAS
merupakan jabatan yang berada di bawah NRE memainkan peranan penting untuk
mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974 dan
peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari punca tetap
(point source). Sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji pengolahan
kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu dam mematuhi had yang ditetapkan di
bawah akta berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan sebelum dilepaskan. Di
samping itu, rondaan oleh pegawai JAS patut diperbanyakkan di kawasan-kawasan
yang di kesan menyumbang kepada kerosakkan alam sekitar seperti di kawasan
kilang dan loji kumbahan.
Selain
itu, bagi masalah pencemaran air yang melibatkan pencemaran sungai Jabatan
Pengaliran dan Saliran (JPS) juga memainkan peranan untuk mengambil tindakan
dengan mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food,Oil
& Grease Trap) untuk menghalang sisa makanan,minyak dan gris disalurkan
terus memasuki sungai dan mencemarkannya serta melaksanakan program “Pencegahan
Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai” untuk mempertingkatkan kualiti
air sungai. JPS juga boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap
pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabitkan
kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau
penjara untuk tempoh tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Langkah-langkah,
undang-undang, peraturan, dan garis panduan mengenai perlindungan alam sekitar
yang sedia ada perlu dikaji semula untuk mempertingkatkan keberkesanannya dalam
mengawal kimia toksid. Langkah ini juga harus diperlengkapkan dengan peruntukan
insentif yang bersesuaian bagi pengurusan kimia berbahaya secara lebih
tersusun, galakan pemprosesan teknologi lebih bersih, latihan kakitangan yang
berkaitan dan menerapkan kesedaran yang lebih tinggi di kalangan industri yang
berkaitan serta orang awam.
5.0 KESIMPULAN
Air, udara dan tanah adalah amat penting kepada
kehidupan manusia. Air dan udara yang bersih adalah satu keperluan untuk
menjamin kehidupan dan kesejahteraan manusia. Mulut yang kita gunakan untuk
makan dan minum tidak akan terus terbuka sekiranya bahan yang dimakan/diminum
itu boleh mematikan. Begitu juga hidung tidak akan boleh menyedut udara
sekiranya ketiadaan ruang untuk kita bernafas. Selain itu, tanah tempat kita
berpijak sekarang tidak akan terus boleh kita duduk sekiranya ia ternyata tidak
menyenangkan sebaliknya membahayakan.
Memandangkan dunia
sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan
patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab
pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Bak kata pepatah
ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Pengguna memainkan peranan yang
terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama
untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya.
Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis
dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan
datang.
No comments:
Post a Comment