tugasan semester 1 tahun 2 sesi 2013/2014 : SKAD 2303 ISU-ISU PEMBANGUNAN
SKAD 2303 ISU-ISU PEMBANGUNAN
BAB 3 : DIFUSI BUDAYA
NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK
MUHD ADAM HARIS BIN ABDULLAH A141734
NG SHEUE LI A142379
MASYITA BINTI MOHD HADI A141089
NURUL SAFINAS BINTI MOHD HANAFIAH A141089
WILSON LANYAU A141225
3.1 Latar Belakang Kajian
Kebudayaan
mempunyai hubungan erat dengan sesebuah
masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala
sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau
boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman
ini dikenali sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya dalam
kalangan ahli antropologi yang mengkaji
berkenaan dengan manusia. Herskovits
seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu
generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau
(atau ringkasnya superorganik).
Namun begitu, fenomena difusi budaya telah berlaku di dalam kalangan
masyarakat disebabkan berlakunya penyebaran unsur-unsur budaya dari satu tempat
ke tempat lainnya. Difusi budaya telah berlaku semakin rancak pada abad 21 ini
kerana berlaku penyebaran budaya sosial barat seperti penggunaan alatan
teknologi, sistem ekonomi, ideologi parti politik. Keadaan ini telah
menyebabkan ikatan sosial yang semakin renggang dalam sesebuah komuniti atau masyarakat.Difusi budaya atau
penyebaran budaya merupakan satu fenomena yang tak dapat nak dielakkan kerana
ia bersifat global dan ditambah dengan dunia tanpa sempadan sehingga
menyebabkan budaya yang lain tersebar ke serata tempat dan memberi kesan kepada
budaya-budaya yang sedia ada atau setempat.
Fenomena difusi budaya ini telah berlaku di dalam negara kita semenjak
sekian lama iaitu semasa kuasa luar datang menjajah Tanah Melayu.Selain
menjajah,kuasa luar juga telah membawa budaya mereka sehingga menyebabkan
berlaku pertembungan budaya yang berbeza serta sehingga menimbulkan persepsi
negatif keatas ikatan sosial dalam masyarakat. Namun begitu,dalam konteks
sekarang,difusi budaya yang berlaku dikatakan menyebabkan wujud unsur budaya
luar yang bersifat dominan yang menguasai budaya-budaya setempat sehingga
menyebakan nilai-nilai budaya yang asal semakin mengalami kekurangan dalam
aspek yang pelbagai.Dalam kajian ini,terdapat beberapa aspek yang ingin dilihat
berkenaan dengan perubahan nilai atau pengekalannya akibat daripad fenomena
difusi budaya yang berlaku dan akan diperbincangkan dengan lebih mendalam lagi
bagi memahami isu ini dengan lebih baik
dan berusaha untuk membina cadangan yang mampu atau sekurang-kurangnya meminimakan
dan membuat tindakan penyelesaiannya yang komprehensif.
Kajian berkenaan dengan difusi budaya ini telah dijalankan pada sekitar 22-25 November
2013 yang bertempat di Kampung Pantai Seberang
Marang,Marang,Terengganu yang dijadikan sebagai kawasan bagi menjalankan kajian
ini. Kampung yang dipilih menjadi kawasan kajian ini merupakan sebuah
perkampungan nelayan yang mengalami perubahan
dalam aspek yang pelbagai akibat terdapat nilai- nilai budaya yang telah
menyerap masuk ke kampung tersebut yang mempunyai nilai budaya setempat yang
menjadi amalan mereka semenjak sekian lama. Dari segi populasi, Kampung Pantai
Seberang Marang mempunyai penduduk seramai 2000 orang penduduk yang terdiri
daripada 256 rumah dan majoriti penduduknya bekerja sebagai nelayan, penjual
keropok lekor dan perniaga kecil-kecilan serta terdiri daripada golongan dewasa
dalam lingkungan 35 tahun ke atas. Kajian berkenaan dengan difusi budaya ini
akan mengkaji beberapa aspek seperti politik, ekonomi dan sosial yang melihat
bagaimana difusi budaya yang berlaku akan memberi kesan kepada pengekalan nilai
budaya setempat.
3.2 Permasalahan Kajian
Penyebaran kebudayaan atau difusi
budaya menimbulkan pelbagai masalah terutamanya melibatkan masyarakat penerima
yang berkemungkinan akan kehilangan nilai-nilai budaya lokal atau setempat
akibat daripada pengaruh budaya luar yang masuk dalam budaya sesebuah komuniti
kampung seperti di Kampung Pantai Seberang Marang. Contoh globalisasi budaya
yang berasal dari kebudayaan Barat ini yang telah membawa nilai-nilai budaya
global yang berkemungkinan akan memberi kesan yang pelbagai sama ada positif
atau negatif kepada sesebuah komuniti atau masyarakat sesebuah tempat yang telah
terdedah kepada fenomena difusi budaya.
Budaya yang dikembangkan oleh
manusia akan memberi pengaruh terhadap lingkungan dimana tempat kebudayaan itu
berkembang. Dengan menganalisis pengaruh budaya terhadap lingkungan, kita dapat
mengetahui mengapa setiap daerah itu mempunyai kebudayaan yang berbeza antara
satu sama lain. Antarnya pemboleh ubah yang digunakan bagi melihat difusi
budaya berlaku ialah “Cultural Social Environment”. Cultural Social Environment
adalah permasalahan kebudayaan yang meliputi aspek-aspek kebudayaan beserta
proses sosialisasi seperti norma-norma,adat istiadat, dan nilai-nilai.
Seiring dengan perkembangannya, kebudayaan
juga mengalami beberapa permasalahan yang cukup jelas iaitu, berlakunya
hambatan budaya yang ada kaitannya dengan pandangan hidup dan sistem
kepercayaan, hambatan budaya yang berkaitan dengan perbezaan sudut pandang atau
persepsi, hambatan budaya yang berkaitan dengan faktor psikologi atau kejiwaan,
masyarakat terpencil atau terasing dan kurang komunikasi dengan masyarakat
lainnya, sikap tradisionalisme yang berprasangaka buruk terhadap hal-hal yang
baru, mengagung-agungkan kebudayaan suku bangsanya sendiri dan melecehkan
budaya suku bangsa lainnya atau lebih dikenal dengan etnosentrisme. Situasi
sebegini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh proses difusi budaya yang berlaku
terhadap komuniti yang terlibat. Dalam kajian berkenaan dengan difusi budaya
yang melibatkan Kampung Pantai Seberang Marang telah mengalami perubahan nilai
yang semakin berkurangan sehingga menyebabkan nilai-nilai hidup yang dipegang
selama ini mengalami perubahan sedikit demi sedikit kerana pengaruh daripada
sebaran budaya sehingga memerlukan mereka untuk menyesuaikan diri dengan
perubahan nilai yang berlaku.
3.3 Tujuan Kajian
3.3.1 Objektif Kajian
Sesungguhnya,
kajian berkenaan dengan difusi budaya yang dijalankan di Kampung Pantai
Seberang Marang ini cuba untuk mencapai beberapa objektif yang digariskan. Objektif
kajian yang ingin dicapai adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti aspek-aspek perubahan budaya
yang berlaku dalam komuniti kampung Pantai Seberang Marang, Terengganu.
2. Mengenal pasti kesan kepada perubahan
nilai-nilai kehidupan komuniti kampung akibat daripada difusi budaya yang
berlaku.
3. Mengenal pasti sama ada berlaku proses
penyatuan antara budaya nilai yang diamalkan oleh komuniti setempat dengan
unsur budaya yang diserap dari luar.
3.3.2
Andaian Kajian
A. Kajian
ini mengandaikan terdapatnya perubahan budaya dalam kalangan Komuniti Kampung
Pantai Seberang Marang, Terengganu. Perubahan budaya ini menyebabkan penyebaran
budaya itu berlakunya iaitu difusi
budaya. Secara umumnya, penduduk di kampung ini lebih terbuka dalam menerima
pengaruh pandangan dan nilai-nilai daripada luar dan ianya melibatkan
penerimaan secara perlahan-perlahan.
B. Seterusnya
kajian ini juga mengandaikan berlakunya difusi budaya terhadap beberapa aspek
iaitu bukan sahaja terhadap segi sosial seperti nilai kejiranan, nilai
kepercayaan dan juga teknologi. Malah turut melibatkan difusi budaya terhadap segi
organisasi politik. Hal ini juga mengandaikan bahawa aspek-aspek ini telah
memberi kesan yang positif atau negatif terhadap kehidupan komuniti Kampung
Pantai Seberang Marang.
C. Akhir
sekali ialah andaian bahawa berlakunya penyatuan antara budaya yang diserap
daripada luar dengan budaya yang telah lama dipegang oleh komuniti Kampung
Pantai Seberang Marang. Menilai sama ada penyerapan budaya ini telah berada
pada tahap yang tinggi atau rendah iaitu budaya ini telah diserap secara
minimal atau secara total iaitu secara keseluruhan dalam kehidupan komuniti
tersebut.
3.4 Kaedah Kajian
Dalam kajian
berkenaan dengan difusi budaya ini,kaedah yang digunakan ialah kaedah yang
bersifat kualitatif.Kaedah kualitatif
yang diaplikasikan ini hanya melibatkan kaedah temubual yang disokong dengan
soalan semi struktur sebagai pemacu kepada penanyaan soalan kepada responden. Semasa
tembual dijalankan, soalan-soalan tembual hanya melibatkan persoalan yang
menjadi tumpuan kajian dan informan bercerita secara bebas tetapi masih dalam
konteks soalan semi berstruktur yang
telah disediakan.
3.5 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan di Kampung Pantai
Seberang Marang, Marang Terengganu. Responden kajian adalah terdiri daripada
penduduk Kampung Pantai Seberang Marang dimana data dikutip melalui kaedah
temubual biasa bersama mereka. Secara keseluruhannya, hampir semua penduduk perkampungan
nelayan ini bergantung kepada hasil laut yang menjadi sumber pendapatan utama
penduduk. Disamping itu, budaya yang dipegang masih lagi wujud hingga ke hari
ini. Namun begitu, justifikasi memilih kampung ini sebagai kawasan kajian ialah
untuk melihat adakah berlakunya perubahan nilai-nilai yang berlaku terhadap
penduduk Kampung Pantai Seberang Marang ini akibat pengaruh difusi budaya yang
berlaku.
3.6 Sorotan
Kajian
Sesungguhnya,
terdapat pelbagai kajian telah dibuat berkenaan dengan budaya-budaya timur atau
budaya masyarakat kita yang menjadi antara nilai yang masih dipegang oleh
segelintir komuniti sehingga ke hari ini biarpun mengalami fenomena difusi
budaya yang dianggap telah mengurangkan nilai-nilai kepada budaya yang menjadi
pegangan dalam sesebuah komuniti atau masyarakat secara keseluruhannya.
Antara kajian awal yang memang dimulakan oleh
pengkaji –pengkaji barat terutamanya ialah oleh Michel G.Swift (1985) dalam “ A
Malay Peasant Society in Jelebu telah mengkaji kehidupan kaum tani di
Jelebu,Negeri Sembilan dengan tumpuan diberi kepada sistem ekonomi,sosial
masyarakat serta adat perpatih yang menjadi budaya yang masih lagi ada sehingga
ke hari ini.
Selain
itu.Thomas Fraser (1960) dalam Rumsembilan “A Malay Fishing Village in Southern
Thailand mengkaji kaum tani nelayan di Wilayah Thailand Selatan dengan tumpuan
kepada sistem ekonomi bersama karya laut dan ekonomi daratan,kegiatan perdagangan
dan kepercayaan di Kampung Rusembilan.
Seterusnya,Syed
Husin Ali telah mengkaji susunlapis sosial dan perbezaan dari segi harta dan
kelas. Beberapa artikel mengenai masyarakat kaum tani yang ditulis olehnya
menyentuh berkenaan dengan aspek-aspek kepimpinan,struktur politik,budaya serta
isu-isu yang menyentuh berkaitan aspek pembangunan dan masalah sosial (Wan
Hashim 1980:11)
Dalam
pemerhatian pengkaji di perpustakaan ,Wan Hashim termasuk pakar sains sosial
yang juga banyak membuat kajian
kehidupan sosial ,ekonomi dan budaya orang Melayu di Malaysia.Hasil kajian Wan
Hashim diterbitkan dalam buku dan artikel “A Malay Peasant Community In Upper
Perak (1978) yang mengkaji kaum tani dari segi transformasi sebagai akibat persepaduan komuniti kaum tani
dengan dunia luar di Ulu Perak.Kajian itu melihat proses transformasi ekonomi,
gotong-royong, pendidikan dan mobiliti sosial.Kajian yang dijalankan mendapati
bahawa kesan dan pola perubahan yang melingkari tidak berlaku sama rata pada
semua aspek dan hanya melibatkan beberapa aspek sahaja.
Shamsul Amri
Baharudin (1986) dalam “From British to Bumiputera Rule:Local Politics and
Rural Development in Peninsular Malaysia telah mengkaji hubungan politik lokal
dan proses pembangunan pendesaan di Kampung Cempaka Selangor.Kajian itu
menyimpulkan bahawa kegiatan politik pada tingkat lokal saling mempengaruhi
terhadap proses pembangunan yang dilaksanakan.
Mohamed
Salleh Lawing (1992) dalam bukunya Paya
Jejawi berkenaan dengan suatu Kajian Antropologi Politik juga mengkaji proses
perubahan politik ,ekonomi dan sistem
susun lapis masyarakat di Kampung Paya Jejawi di negeri Pahang.
Jika
dilihat, kesemua sorotan kajian lepas yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji lebih
melihat kepada kepada aspek-aspek budaya yang merangkumi aspek seperti struktur
politik,ekonomi dan juga sosial yang menjadi sebahagian daripada nilai-nilai
budaya dan merupakan pegangan nilai masyarakat atau komuniti sesuatu
tempat.Nilai budaya ini dilihat mengalami perubahan dalam aspek nilainya yang
dipengaruhi oleh penyebaran budaya luar yang dominan dan memerlukan adanya
penyatuan antara budaya setempat dengan budaya luar yang tersebar. Oleh itu, kajian
yang dijalankan sebaiknya lebih menjelaskan berkenaan impak sama ada positif
atau negatif yang diperoleh dalam setiap
aspek budaya yang bertindak balas kepada perubahan nilai yang berlaku sehingga
mengubah kehidupan komuniti tersebut.
3.7 Kerangka Teori
Kajian ini mengambil
kira teori difusi budaya. Teori difusi budaya merupakan proses masuknya budaya
sesuatu masyarakat luar ke dalam budaya masyarakat penerima melalui proses
pertembungan. Menurut koentjaraningrat (1983: 247-248), proses difusi budaya
berlaku melalui dua cara. Pertama, penyebaran unsur-unsur kebudayaan dari satu
tempat ke satu tempat yang lain melalui proses migrasi manusia. Proses kedua
ialah budaya dari luar itu sengaja disebarkan kepada sesuatu masyarakat
penerima seperti dalam penyebaran agama Hindu-Buddha, Islam dan Kristian yang berlaku.
3.8 Definisi Konsep
Norma
Norma-norma sosial, peraturan adat yang mengawal
tingkah laku dalam kumpulan dan masyarakat, telah dikaji secara meluas dalam
bidang sains sosial. Ahli-ahli antropologi telah diterangkan bagaimana
norma-norma sosial berfungsi dalam budaya yang berbeza (Geertz 1973). Ahli-ahli
sosiologi telah memberi tumpuan kepada fungsi-fungsi sosial mereka dan
bagaimana mereka memberi motivasi kepada orang ramai untuk bertindak (Durkheim
1950; Parsons 1937, Parsons dan Shils 1951; Coleman 1990; Hechter dan Opp 2001).
Kebudayaan
Kata “kebudayaan” berasal dari (bahasa sanskerta)
buddhayah yang merupakan bentuk jamak kata “buddhi” yang berarti budi atau
akal. Kemudian, kebudayaan diartikan sebagai hal-hal yang bersangkutan dengan
budi atau akal.Menurut E. B. Tylor, kebudayaan adalah kompleks yang mencakup
pengetahuan,kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan
kemampuan-kemampuan lain serta kebiasaan-kebiasaan yang didapatkan oleh manusia
sebagai anggota masyarakat.Menurut Selo Soemardjan dan Soelaeman Soemardi,
kebudayaan adalah semua hasilkarya, rasa dan cipta masyarakat. Karya masyarakat
menghasilkan teknologi dan kebudayaankebendaan. Rasa yang meliputi jiwa manusia
mewujudkan segala kaedah-kaedah dan nilai-nilai sosial. Cipta disusun untuk
langsung diamalkan dalam kehidupan masyarakat.
Difusi Kebudayaan
Difusi kebudayaan dapat dikatakan sebagai proses
penyebaran unsur kebudayaan dari suatu individu ke individu lain, dan dari satu
masyarakat ke masyarakat lain. Proses yang disebut pertama yaitu penyebaran
dari individu ke individu lain dalam batas satu masyarakat disebut 15 difusi
intramasyarakat atau intradiffusion, dan proses yang kedua ialah penyebaran
dari masyarakat ke masyarakat disebut difusi intermasyarakat atau interdiffusion.
Seluruh anggota masyarakat yang waras pikirannya telah menerima idea, kebiasaan
dan respon emosi yang dikondisikan maka unsur perubahan ini disebut universal.
Jika unsur perubahan tersebut hanya didukung oleh sebahagian masyarakat sahaja,
maka disebut alternatif, apabila pendukung unsur kebudayaan yang baru itu lebih
kecil lagi maka unsur ini disebut specialistis dan jika idea tingkah laku dan
sikap yang lain itu tidak mempunyai nilai sosial, melainkan menjadi milik atau
sifat atau ciri perorangan secara individual, maka unsur kebudayaan seperti itu
disebut individual peculirieties.
Difusi
Intermasyarakat
difusi intramasyarakat atau intradiffusion, dan
proses yang kedua ialah penyebaran dari masyarakat ke masyarakat disebut difusi
intermasyarakat atau interdiffusion. Seluruh anggota masyarakat yang sihat
pikirannya telah menerima idea, kebiasaan dan responemosi yang dikondisikan maka
unsur perubahan ini disebut universal. Jika unsur perubahan tersebut hanya
didukung oleh sebahagian saja masyarakat, maka disebut alternatif, apabila
pendukung unsur kebudayaan yang baru itu lebih kecil lagi maka unsur ini
disebut specialistis dan jika ide tingkah laku dan sikap yang lain itu tidak
mempunyai nilai sosial, melainkanmenjadi milik atau sifat atau ciri perorangan
secara individual, maka unsur kebudayaan semacamitu disebut individual
peculirieties.
Politik
Definisi politik adalah bermacam-macam kegiatan
dalam suatu sistem politik (atau negara) yang menyangkut proses menentukan
tujuan-tujuan dari sistem itu dan melaksanakannya. Politik selalu menyangkut
tujuan-tujuan dari seluruh masyarakat (public goals), dan bukan tujuan peribadi
seseorang (private goals). Lagi pula, politik menyangkut kegiatan
berbagai-bagai kelompok termasuk parti politik dan kegiatan orang seorang.
(Miriam budiarjo, 1977).
Parti
Politik
Parti politik pertama diwujudkan di negara-negara
eropah barat. Definisi parti politik oleh Sigmund Neumann dalam bukunya iaitu
Modern Political Parties mengatakan bahawa parti politik adalah organisasi dari
aktivis-aktivis politik yang berusaha untuk menguasai kekuasaan
pemerintahan serta merebut dokongan
rakyat atas dasar persaingan dengan suatu golongan atau golongan-golongan lain
yang mempunyai pandangan yang berbeza.
Nilai
Kejiranan
Definisi jiran mengikut Islam ialah orang yang
tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, kiri depan atau
belakang, tingkat atas atau tingkat bawah sehingga 40 buah di setiap penjuru.
Seterusnya melalui nilai kejiranan menurut Sheau (2006) hubungan kejiranan yang
mesra menghasilkan tahap kepercayaan sesama mereka yang lebih tinggi daripada
kejiranan yang kurang mesra. Ini jelas menunjukkan hubungan kejiranan adalah
penting dalam membentuk perpaduan.
Asimilasi
Asimilasi, dalam
antropologi dan sosiologi, proses di mana individu atau kumpulan berbeza
warisan etnik diserap ke dalam budaya dominan masyarakat. Proses asimilasi
melibatkan mengambil pada sifat-sifat budaya yang dominan ke tahap bahawa
kumpulan itu mengasimilasikan menjadi sosial tidak dapat dibezakan dari
ahli-ahli lain dalam masyarakat. Oleh itu, asimilasi adalah bentuk yang paling
melampau pembudayaan.
Difusi
Koentjaraningrat (1970: 119) mendefinisikan difusi sebagai proses
persebaran dari unsur-unsur kebudayaan dari satu individu ke individu yang
lain, dan dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain. proses yang pertama
iaitu dari individu ke individu desebut sebagai difusi intra-masyarakat atau intra-society diffusion, dan proses yang
kedua ialah persebaran dari masyarakat ke masyarakat yang lain digelar difusi
inter-masyarakat atau inter-society
diffusion.
Difusi
Budaya
Penyebaran budaya boleh hanya ditakrifkan sebagai
penyebaran item budaya dari tempat asalnya ke tempat-tempat lain (Titiev
1959:446). Satu takrifan yang lebih berkembang menggambarkan penyebaran sebagai
proses di mana sifat-sifat budaya diskrit dipindahkan dari satu masyarakat yang
lain, melalui penghijrahan, perdagangan, peperangan, atau kenalan lain
(Winthrop 1991:82).
Teknologi
Definisi oleh Rias Van Wyk iaitu teknologi adalah
"set cara" dicipta untuk memudahkan manusia berusaha. Manakala
menurut Y. Martono dan B. Patmi Istiana (2007: 3) Kata teknologi bermakna
pengembangan dan penerapan berbagai peralatan atau sistem untuk menyelesaikan
persoalan-persoalan yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan sehari-hari.
Teknologi ini merupakan hasil olah piker manusia untuk mengembangkan tata cara
atau sistem tertentu dan menggunakannya untuk menyelesaikan persoalan dalam
hidupnya. sebagai contoh, seorang anak yang duduk berjauhan dengan ahli
keluarganya dapat menyampaikan pesan rindunya melalui cara mengirimkan pesan
melalui surat, Sistem Pesanan Ringkas (SMS), telefon atau mengirim e-mail
melalui internet. maka anak tadi sebenarnya sudah menggunakan teknologi
informasi dan komunikasi.
3.9 Hasil Perbincangan Kajian
Setelah 4 hari menjalankan kajian di Kampung Pantai
Seberang Marang iaitu pada 22-25 november 2013 yang lalu, kami telah berjaya
mengumpul seberapa banyak data yang penting untuk hasil kajian ini. Kami juga
telah menggunakan kaedah kualitatif dan pemerhatian dalam mengumpul data
kajian. Selain itu, kami juga telah berjaya mendapat sebanyak 13 orang
responden yang merupakan penduduk Kampung Pantai Seberang Marang yang terdiri
daripada golongan belia dan juga golongan orang tua .
Hasil daripada kutipan data yang menunjukkan telah berlakunya
difusi budaya terhadap penduduk Kampung Seberang Marang. Walau bagaimanapun,
hasil yang diperolehi menunjukkan berlakunya difusi budaya pada tahap yang
minimal, iaitu tidak secara keseluruhan diaplikasikan dalam kehidupan mereka.
Hal ini sama seperti yang diperkatakan oleh Wan Abdul Kadir dalam buku beliau
iaitu Budaya Popular Dalam Masyarakat Melayu Bandaran pada tahun 1988 yang
mengatakan bahawa dalam proses difusi budaya itu, orang melayu tidak menerima
bulat-bulat unsur-unsur budaya baru yang datang daripada luar. Mereka
menyesuaikan dengan kebiasaan dan kehendak masyarakat tempatan.
Hal ini juga menunjukkan berlakunya percampuran
antara nilai-nilai dan amalan budaya lama dengan yang baru. Ini bermakna dalam
proses perubahan budaya tidak semua nilai-nilai lama terhakis setelah
kedatangan nilai-nilai baru. Selain itu, daripada segi aspek kepercayaan
berlakunya difusi budaya iaitu daripada kepercayaan karut, tahyul, dan juga
khurafat berubah kepada unsur-unsur islam yang mana membawa pemodenan terhadap
anutan kepercayaan dan juga cara pemikiran. Perubahan kepada unsur-unsur barat
juga berlaku iaitu terhadap aspek teknologi, politik dan juga cara kehidupan
seperti ketersampaian dalam mendapatkan pelbagai maklumat dan juga pengetahuan.
Unsur-unsur barat juga dikatakan menyebabkan berlakunya difusi budaya dalam
aspek sosial daripada masalah gejala sosial yang melibatkan belia dan juga
daripada aspek nilai kejiranan.
Hasil kutipan data menunjukkan bahawa berlakunya
difusi budaya dalam beberapa aspek iaitu aspek politik dan parti politik dan
juga aspek sosial seperti nilai kejiranan, teknologi, nilai kepercayaan dan
juga masalah gejala sosial yang melibatkan golongan belia. Perbincangan ini
akan membincangkan secara terperinci hasil kutipan data yang telah diperolehi
mengikut aspek-aspek berikut.
a) Aspek Politik
Seperti yang kita ketahui di Malaysia terdapat
pelbagai parti politik yang memperjuangkan hak masing-masing. Dua parti politik
gergasi di Malaysia yang selalu menjadi topik utama ialah Barisan Nasional (BN)
dan juga Parti Islam Semalaysia (PAS). Hal ini juga turut berlaku di pantai
seberang marang, terdapat dua aliran parti politik yang berlainan iaitu Barisan
Nasional dan juga Parti Islam Semalaysia. Berdasarkan hasil kutipan data yang
diperolehi rata-rata penduduk di kampung Pantai Seberang Marang menyatakan
terdapatnya perubahan daripada segi kepimpinan iaitu dahulunya yang berkuasa
ialah ketua kampung tanpa ada pegangan terhadap apa-apa parti politik namun
sejak era mengalami pemodenan iaitu selepas kemerdekaan, ketua kampung turut
menjadi sebahagian daripada kepimpinan di kampung tersebut tetapi yang
membezakannya ialah ideologi politik yang didukungnya sama ada barisan nasional
ataupun pas.
Selain itu, difusi budaya daripada perbezaan aliran parti
politik ini juga menunjukkan kesan yang negatif terhadap tingkah laku komuniti
ini iaitu berlaku kerenggangan hubungan antara mereka. Hal ini diakui sendiri
oleh seramai 6 orang responden termasuk Ketua Cawangan Pengerusi Jawatankuasa
Kampung Pantai Seberang Marang dimana berlakunya perpecahan disebabkan oleh
berbeza aliran politik itu sendiri. Misalnya ialah apabila anggota daripada
parti BN melaksanakan sebarang aktiviti ataupun kenduri, anggota parti PAS
tidak akan ikut serta. Namun seramai 2 orang responden menyatakan bahawa
kerenggangan hanya berlaku semasa pilihanraya berlangsung dan selebihnya iaitu
seramai 5 orang responden menyatakan hubungan politik di kampung tersebut baik
dan tiada memberi apa-apa kesan. Hal ini dapat disimpulkan bahawa difusi budaya
melalui politik terhadap tingkah laku tidak memberi kesan yang negatif kepada komuniti. Dapat disimpulkan bahawa
telah berlakunya penyatuan nilai melalui politik dahulu dan sekarang.
b) Aspek
Nilai kejiranan
Hubungan kejiranan yang baik ini boleh dizahirkan
menerusi sumbangan penduduk melalui aktiviti yang dijalankan secara bersama
seperti gotong-royong dan sebagainya. Hasil kutipan data yang diperolehi di
kampung ini telah mendapati telah berlakunya penyerapan budaya daripada
luar oleh penduduk kampung tersebut
namun tahap penerimaannya juga masih di tahap yang minimal.
Hal ini dibuktikan melalui temubual yang telah dijalankan.
Seramai 6 orang responden telah menyatakan bahawa hubungan kejiranan masih lagi
di tahap yang baik, tiada isu kerenggangan yang berlaku, masih terdapat
aktiviti gotong-royong dan juga rewang sewaktu kenduri diadakan. Manakala
seramai 7 orang responden menyatakan bahawa hubungan kejiranan itu masih berada
di tahap yang sederhana. Terdapatnya penyerapan budaya dan nilai dari bandar
yang menyebabkan berlakunya difusi budaya terhadap gaya hidup komuniti ini.
Terdapatnya isu-isu kerenggangan yang timbul dalam majoriti penduduk di kampung
ini. Hal ini dapat dilihat daripada segi penglibatan penduduk dalam aktiviti
gotong-royong telah berkurangan iaitu tidak lagi seperti dulu. Selain itu,
penglibatan daripada golongan belia juga kurang kerana ramai yang telah
bermigrasi untuk mencari kerja dan kehidupan yang lebih baik. Aktiviti rewang
juga telah kurang dilaksanakan kerana mereka lebih memilih menempah katering
berbanding melaksanakan rewang bersama penduduk kerana pada pandangan mereka ia
lebih mudah dan cepat. Kesimpulannya, telah berlakunya penyatuan antara nilai
yang dahulu dengan nilai yang sekarang yang seperti penggunaan rewang kepada
penggunaan katering sewaktu kenduri diadakan.
c) Aspek
Nilai kepercayaan
Menurut Kuntjaraningrat (1992:26) Menyebutkan sistem
nilai budaya terdiri dari konsepi-konsepi yang hidup dalam alam pikiran
sebagian besar keluarga masyarakat, mengenai hal-hal yang harus mereka anggap
bernilai dalam hidup. Manakala kepercayaan secara
umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya,
seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai
oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan.
Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah
bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude).
Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu
asas pembangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman.
Adapun
kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana
ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang
individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih,
dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia
adalah sahih. Tambahan pula, kepercayaan itu juga merupakan satu keyakinan pada
sesuatu hingga mengakibatkan penyembahan, sama ada kepada Tuhan, roh atau
lainnya.
Proses difusi budaya yang berlaku di kawasan kajian
boleh dikatakan berlaku akibat oleh faktor penyebaran budaya yang sengaja
dilakukan dimana jika dahulu, aspek kepercayaan penduduk kampung lebih kepada
unsur-unsur agama Hindu. Ia kemudiannya mulai berubah mengikut ajaran agama
Islam yang juga dipengaruhi oleh aspek-aspek penaakulan. Hal ini kerana dahulu
mereka mempunyai kepercayaan terhadap
perkara yang tahyul dan khurafat seperti membuang ancak, mempercayai ada tempat
yang keras serta mempunyai keramat sehingga ada yang menyembah tempat tersebut.
Namun setelah kedatangan islam komuniti di sini telah mengubah cara pemikiran
mereka yang lebih bersifat moden dan logik. Kesimpulannya, kesemua responden
telah menyatakan bahawa telah berlakunya penyebaran budaya. Hal ini dapat
dilihat daripada aspek gaya hidup yang telah mengubah gaya hidup mereka yang
dahulunya lebih mempercayai perkara-perkara tahyul, membataskan pemikiran
mereka, tetapi sekarang hanya tinggal segolongan kecil yang mempercayainya. Ini
telah memberikan kesan yang positif terhadap pemikiran dan gaya hidup mereka.
Ia juga menunjukkan berlakunya kesatuan antara nilai kepercayaan yang dipegang dahulu dan sekarang. Namun yang mmbezakannya
ialah kepercayaan mereka sekarang berdasarkan penaakulan dan juga faktor agama.
d) Teknologi
Definisi
oleh Rias Van Wyk iaitu teknologi adalah "set cara" dicipta untuk
memudahkan manusia berusaha. Seramai 13 orang responden di kampung ini menyatakan
bahawa telah banyak teknologi yang telah yang telah digunakan terutamanya bagi
para nelayan. Antara teknologi yang telah mereka guna pakai ialah Global
Positioning System (GPS) memudahkan mereka mengetahui lokasi untuk menangkap
ikan. Seterusnya ialah Sonar iaitu alat pencari yang memanfaatkan gelombang
suara dimana memudahkan nelayan mengetahui jenis ikan yang akan ditangkap
supaya tidak tersalah tangkap ikan yang masih kecil.
Selain
itu, penggunaan bot berenjin, jika dahulu mereka hanya menggunakan perahu.
Mereka mendapat bot ini melalui bantuan kerajaan agar dapat memudahkan dan
meningkatkan pendapatan mereka. Ini merupakan alat teknologi yang digunakan
oleh nelayan, jika dilihat melalui penduduk itu sendiri, Kampung Wifi 1
Malaysia juga telah diwujudkan, ini memudahkan mereka untuk mendapatkan
maklumat tanpa perlu ke Bandar marang untuk ke “cybercafe” menggunakan komputer
dan internet untuk mendapatkan maklumat. Tambahan pula, kesemua responden juga
mengakui bahawa masa kini, setiap rumah pasti akan ada satu komputer atau komputer riba kerana kerajaan
telah memberikan bantuan komputer 1 Malaysia. Oleh yang demikian dapat dilihat
bahawa difusi budaya yang dibawa oleh teknologi ini telah mempengaruhi gaya
hidup mereka, kerana dari segi nelayan mereka menyatakan bahawa dengan
penggunaan teknologi yang tinggi ini telah membantu mereka meningkatkan
pendapatan isirumah jika dibandingkan dengan dahulu. Manakala, daripada segi
bantuan kepada komuniti itu sendiri melalui ketersampaian untuk mendapatkan maklumat
menerusi internet juga telah mengubah kehidupan mereka. Hal ini kerana mereka
telah menggunakan kemudahan internet yang diberikan untuk mengakses maklumat
yang berada di luar lingkungan mereka. Keseluruhan responden menyatakan bahawa
teknologi telah membawa kesan yang positif dalam menghubungkan mereka dengan
dubia luar dan juga membantu meningkatkan pendapatan mereka. Hal ini telah
menunjukkan bahawa berlakunya penyatuan dalam aspek gaya hidup mereka melalui
teknologi yang telah dibawa masuk tanpa mengurangkan nilai-nilai yang sedia
ada.
e) Masalah
gejala sosial
Gejala
sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-batas
norma dan diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya kehidupan
masyarakat. (Hamzah: 2003). Di Malaysia golongan belia adalah merujuk kepada
individu yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Dari segi perkembangan manusia
pula ialah di peringkat 15 tahun hingga 24 tahun di mana golongan ini mengalami
perkembangan psikososial yang sangat kompleks, cenderung meneroka alam
kehidupan dan suka menguji batasan peraturan masyarakat (Abdullah Al-Hadi). Kesemua
responden menyatakan bahawa masalah gejala sosial yang melibatkan bilangan
belia yang kecil kerana kebanyakkan belia telah bermigrasi ke luar dan hanya
sebilangan daripada yang tidak bermigrasi terjebak dengan masalah ini. Antara
masalah gejala sosial yang berlaku di kampung ini ialah dadah dan curi motor.
Kesemua
responden juga menyatakan bahawa hal ini berlaku adalah akibat daripada
pengaruh luar yang telah dibawa masuk ke kampung itu. Pengaruh luar yang
dimasudkan ialah pengaruh Bandar yang dibawa ke dalam kampung. Hal ini
menyebabkan berlakunya difusi budaya berlaku dalam aspek tingkah laku terhadap
belia di kampung ini. Namun, hal ini memberikan kesan yang negatif kepada
penduduk kampung kerana terpaksa menjadi ebih berhati-hati dan bersikap
self-protection dalam menjaga kepentingan diri, keluarga dan juga harta benda. Ini
menunjukkan bahawa tiada berlakunya penyatuan nilai daripada luar dengan nilai
yang telah diamalkan oleh komuniti kampung ini.
3.10 Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada hasil
pemerhatian dan temubual kajian yang dilakukan di Kampung Pantai Seberang
Marang ialah sememangnya penduduk telahpun berjaya menyerap difusi-difusi
budaya yang tersebar sama ada melalui proses migrasi oleh belia kampung mahupun
daripada proses penyebaran yang dilakukan secara bertujuan. Melalui kajian yang
telah dijalankan, maka didapati hasil yang diperolehi telahpun mencapai
objektif yang telah disasarkan. Hal ini kerana telah didapati bahawa wujudnya
beberapa jenis difusi budaya yang telah mempengaruhi gaya kehidupan masyarakat
kampung ini. Jenis-jenis difusi budaya yang telah berjaya dikenalpasti ialah
dari segi aspek politik, nilai kejiranan, nilai kepercayaan, teknologi, dan
juga masalah gejala sosial. Walaubagaimanapun,
tahap penyerapan difusi budaya bagi komuniti ini masih berada di tahap yang
sederhana di mana nilai-nilai itu masih lagi ada tetapi telah berkurangan
berbanding waktu dahulu. Dapat disimpulkan bahawa nilai-nilai budaya penduduk
kampung mulai berubah dan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan budaya
tersebut adalah saling berkait antara satu sama lain. Sebagai contohnya, aktiviti
aktiviti gotong royong ketika rewang semakin berkurangan berikutan kemajuan
untuk menggunakan khidmat catering. Namun dapat dikatakan juga bahawa aktiviti
tersebut berkurangan berikutan perpecahan dari segi politik menyebabkan
aktiviti rewang kurang mendapat perhatian dari segi khidmat daripada seluruh
penduduk kampung.
Seterusnya, melalui kajian yang
dilakukan ini juga dapat dilihat bahawa terdapatnya kesan berikutan oleh
penyerapan budaya itu telah menyebabkan kesan perubahan terhadap penduduk kampung.
Penerimaan budaya baru ke dalam budaya lama masyarakat kampung membawa kepada
kesan-kesan sama ada kesan negatif mahupun positif. Antara kesan negatif difusi
budaya ini ialah berlakunya gejala sosial, nilai kejiranan yang merosot, dan
terdapatnya perbezaan aspek pegangan politik dalam kalangan penduduk kampung
tersebut. Kesan positif pula dapat dilihat melalui penggunaan teknologi
tersebut. Penggunaan teknologi baru menggantikan teknologi dalam membantu
penduduk kampung sama ada dalam penggunaan terhadap pekerjaan sebagai nelayan,
mahupun sebagai sumber komunikasi amat membantu mempermudahkan urusan penduduk.
Di samping itu, asimilasi merupakan
suatu pembauran budaya dimana masyarakat mahupun komuniti itu menerima budaya
baru dan dimasukkan ke dalam budaya asal sehingga sukar dibezakan antara
keduanya. Manakala difusi pula lebih merujuk kepada penyebaran budaya luar yang diserap masuk oleh
penerima iaitu penduduk kampung tersebut yang kemudiannya membawa kesan
daripadanya. Maka itu, dari aspek penyatuan budaya dalam kehidupan masyarakat
kampung ini, didapati masyarakat Kampung Pantai Seberang Marang ini lebih
kepada penerimaan perubahan budaya iaitu difusi budaya. Penduduk kampung
sememangnya telah menerima masuk budaya-budaya baru dan budaya tersebut
diaplikasikan kedalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contohnya, oleh kerana
terdapatnya perselisihan dari aspek politik, maka sekaligus ia mempengaruhi
nilai-nilai yang dulunya tinggi dalam kalangan ahli penduduk kampung.
Penyerapan budaya melalui teknologi internet juga membawa kepada berlakunya
gejala sosial dalam Kampung Pantai Seberang Marang. Secara keseluruhannya,
norma itu sangat penting kerana nilai-nilai yang mula berkurang berbanding
zaman-zaman dahulu akan menggugat kesepaduan komuniti penduduk Kampung Pantai
Seberang Marang tersebut.
3.11 Rujukan
Elizabeth
Prine Pauls. 2013. Assimilation.
Encyclopedia Britannica
http://global.britannica.com/EBchecked/topic/39328/assimilation
Harsojo.
1984. Pengantar Antropologi. Daftar
Pustaka: Bina Cipta
Koentjaraningrat.
1970. Pengantar antropologi. Kuala
lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.
Miller, Seumas. 2013. Social Institutions. The
Stanford Encyclopedia of Philosophy.
http://plato.stanford.edu/entries/social-institutions/
Miriam Budiarjo. 1977. Dasar-dasar Ilmu Politik. Jakarta: P.T. Gramedia
Soerjono,
Soekanto. 1990. Sosiologi Suatu Pengantar
. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada
Zainuddin Isman. 2001. Orang melayu di kalimantan barat kajian perubahan budaya pada komuniti pesisir dan komuniti pedalaman. Tesis Sarjana
Persuratan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Y.
Martono, B. Patmi Istiana. 2007. Teknologi
Informasi dan Komunikasi. Yudhistira Quadra
http://abdulgani84.wordpress.com/2011/04/29/penyebab-perubahan-kebudayaan/
http://scrib.com/etriwahjuni/d/39507750-Bentuk-Perubahan-Sosial-Budaya/
3.12
Lampiran
Sesi perbincangan
Kumpulan.
Temu bual dengan
responden.
Temu bual dengan
responden.
Temu bual dengan
responden.
Temu bual dengan
responden yang merupakan ketua kampung.
Sesi mengambil gambar
bersama dengan ketua kampung sebagai kenangan.
Temu bual dengan
responden.
Mengambil gambar dengan
seorang responden yang merupakan perniaga.