Wednesday, August 6, 2014

KAJIAN PRODUKTIVITI DAN PENDAPATAN PEKEBUN KECIL SAWIT


tugasan semester 2 tahun 2 : SKAD 2333 DEMOGRAFI DAN PEMBANGUNAN






LAPORAN PENYELIDIKAN
     PRODUKTIVITI DAN PENDAPATAN PEKEBUN KECIL SAWIT _____________________________________________________________
DISEDIAKAN OLEH :     MUHAMMAD ADAM HARIS BIN ABDULLAH A141734
                                         MASYITA BINTI MOHD HADI  A141089
                                         NG SHEUE LI A142379
                                         NORASILAH BINTI SATDIMIN A142414
                                         HARIFUDDIN BIN KANDARE  A142389
                                         MUNAIZAH BINTI RAMLI  A141624
                                         KITTYMONT A/P CHELIN   A141768
________________________________________________________________
DISEDIAKAN UNTUK:  DR HAIR AWANG




                   

ISI   KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 PRODUKTIVITI DAN PENDAPATAN PEKEBUN KECIL
3.0 PERSOALAN KAJIAN
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
5.0 KAJIAN LEPAS
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 LATAR BELAKANG PEKEBUN KECIL
6.2 LATAR BELAKANG TANAMAN SAWIT
6.3 PROGRAM TUNAS
6.4 PEMBELAJARAN PEKEBUN KECIL
6.5 PRODUKTIVITI DAN PENDAPATAN
6.6 PENENTU PENDAPATAN
7.0 RUMUSAN/PERBINCANGAN
8.0 CADANGAN
9.0 RUJUKAN



1.0  PENGENALAN
Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Di peringkat awal, penanaman tanaman makanan seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan serta kegiatan menangkap ikan dan menternak telah menyediakan sumber makanan, mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan pada penduduk-penduduk tempatan. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional.
Namun, setelah hampir 40 tahun, perkembangan penanaman kelapa sawit di Malaysia telah berkembang dengan peningkatan dari 145,000 hektar kepada 5,000,000 hektar. Hasil peningkatan ini menggambarkan betapa pesatnya permintaan terhadap minyak kelapa sawit. Sejajar dengan perkembangan ini, sistem perkebunan telah dikembangkan dengan potensi pengelolaan perkebunan di dalam skala ekonomis. Hasilnya pekebun mendapat manfaat dengan menjadi pekebun yang berkualiti dan berpengalaman.
Sawit (Elaeis Guineensis) berasal dari Afrika Barat. Industri sawit Malaysia dan Indonesia bermula apabila empat anak benih dari Afrika ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia dalam tahun 1848. Bahan dari Bogor ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman perhiasan di Deli, Sumatera pada tahun 1870an dan di Rantau Panjang, Kuala Selangor pada tahun 1911 - 1912.
Menurut Malaysian Palm Oil Promotion Council (MPOPC), pencapaian bagi industri minyak sawit Malaysia tahun 2000, telah menampakkan perkembangan sederhana. Ini adalah disebabkan oleh kenaikan kos produksi dan eksport yang lemah selain dari mendapat saingan dari negara jiran, Indonesia. Penurunan harga minyak sawit mentah ini telah disumbangkan oleh faktor-faktor seperti asas pasaran yang lemah, yang disumbangkan oleh faktor seperti kos pengeluaran yang meningkat dan import duti tinggi yang dikenakan oleh negara-negara pengimport dan persaingan yang hebat dari negara jiran.
Perusahaan menanam kelapa sawit di kalangan pekebun kecil masih lagi di peringkat generasi penanam pertama. Industri yang begitu muda memang memerlukan perhatian dan pernilaian dari semasa ke semasa untuk menentukan yang perkembangan industri adalah pada kadar yang optimum. Pemindahan teknologi dan penganalisaan dari segi kedudukan ekonomi pekebun kecil kelapa sawit sangatlah kena pada masa dan tempatnya untuk diperbincangkan.



2.0 PRODUKTIVITI DAN PENDAPATAN PEKEBUN KECIL
Kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sangat prihatin terhadap kebajikan pekebun kecil sawit terutama untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil. Bermula dengan penubuhan Pusat Tunjuk Ajar dan Nasihat (TUNAS) pada tahun 2003 yang bertujuan untuk membela nasib pekebun kecil kelapa sawit di samping memahami masalah dan kehendak mereka bagi menyalurkan teknologi terkini untuk meningkatkan produktiviti. Aktiviti Pusat Tunas yang utama adalah ceramah teknikal, pertunjukan kaedah di ladang, lawatan nasihat dan lawatan sambil belajar.
Bantuan input juga disediakan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006-2010) bagi menggalakkan pekebun kecil menerima guna teknologi. Sebanyak RM 50.47 juta diberikan untuk program bantuan anak benih sawit berkualiti, sistem tanaman sawit dua baris serta integrasi ternakan dan tanaman. Tambahan sebanyak RM 128 juta diberikan di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Kedua untuk menanam semula sawit. Keprihatinan kerajaan kepada pekecun kecil terus diberi perhatian dalam RMK10 di mana industri sawit dijadikan salah satu bidang keutamaan di bawah NKEA (National Key Economic Areas). Pada tahun 2011, sebanyak RM 297 juta disediakan untuk penanaman semula dan penanaman baru sawit. Bantuan ini akan diteruskan sehingga tahun 2013.
Oleh yang demikian, semua pekebun kecil disarankan untuk mengambil peluang yang disediakan demi meningkatkan pendapatan keluarga dan misi nasional. Di samping bantuan input, MPOB juga menyediakan prasarana bagi melipat gandakan keupayaan produktiviti pekebun kecil. Salah satu daripadanya ialah penubuhan Kelompok Minyak Sawit Mampan atau Sustainable Palm Oil Cluster (SPOC). Di bawah SPOC, MPOB membangunkan koperasi pekebun kecil sawit mampan dan pensijilan amalan pertanian baik atau GAP.
Selain itu, penubuhan koperasi memberi peluang kepada pekebun kecil untuk bersatu di bawah satu payung. Semua koperasi akan menyediakan perkhidmatan pemasaran buah sawit bagi mendapat tawaran harga terbaik, dan dalam masa yang sama akan menyediakan khidmat jualan input pertanian terutama baja. MPOB telah merancang penubuhan 80 koperasi menjelang tahun 2016 dan sehingga Julai 2011 sebanyak 12 koperasi telah ditubuhkan. Melalui pensijilan GAP pula, semua kebun milik pekebun kecil akan dinilai dan kebun yang tidak mencapai hasil potensi akan terus diberi bimbingan dan bantuan sekiranya layak. MPOB menyasarkan penilaian terhadap 150,000 pekebun kecil sehingga tahun 2020. Program yang baru dimulakan ini telah diuji ke atas 1,200 pekebun kecil, di mana keputusan awal menunjukkan 35% layak dianugerahkan sijil dan baki 65% perlukan bimbingan
MPOB hanya boleh merancang serta menyediakan input dan program untuk pekebun kecil. Walau bagaimanapun, pekebun kecilperlu mengambil bahagian dalam semua program yang disediakan secara aktif. MPOB berharap pekebun kecil juga dapat memberikan maklum balas terhadap semua program-program yang disediakan dari masa ke semasa supaya ia sentiasa dapat di tambahbaikkan demi kepentingan pekebun kecil, industri sawit dan negara.



3.0 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini ialah:
a) Apakah tahap produktiviti dan pendapatan pekebun kecil sawit?
b) apakah faktor yang menjadi penentu pendapatan dan juga produktiviti pekebun kecil sawit.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
a)      Mengenalpasti tahap produktiviti dan pendapatan pekebun kecil sawit.
b)      Menilai faktor yang menjadi penentu pendapatan dan juga produktiviti pekebun kecil sawit.



5.0 KAJIAN LEPAS

Tanaman semula pokok sawit baru bagi menggantikan pokok sawit tua yang tidak ekonomik dipercayai sebagai strategi yang praktikal bagi mempertingkatkan produktiviti kelapa sawit. Produktiviti yang tinggi akan memastikan kesinambungan industri kelapa sawit dan dapat bersaing ketika harga kelapa sawit di paras yang rendah. Bagi pokok yang tinggi sudah tentu kos untuk menuai buah kelapa sawit tersebut juga tinggi. Kos menuai bagi pokok yang tinggi adalah antara RM28 hingga RM35 berbanding dengan pokok yang rendah iaitu antara RM20 hingga RM23 ( Idris et.al, 2001).
     Penderitaan masyarakat peneroka kini berlaku akibat kemerosotan hasil ladang yang telah menghimpit 168,750 keluarga peneroka di kawasan FELDA dan 35,815 keluarga pekebun kecil kampung serta kira-kira 33,000 keluarga peneroka FELCRA. Sekitar tahun 1997 dan 1998 harga kelapa sawit adalah pada aras RM400 bagi setan dan pada tahun 2000 ia pernah mencecah tahap paling rendah iaitu RM60 setan. Bagi peneroka FELDA pula, pendapatan mereka lebih baik sedikit berbanding pekebun kecil kampung kerana kelapa sawit di kawasan FELDA lebih bermutu tinggi dan mampu dijual pada harga kira-kira RM100 setan yang mana ia jauh masih rendah (Mazlan, 2001).
    Ahmad Mahdzan Ayob (1994) menyatakan bahawa golongan petani adalah golongan yang termiskin dalam masyarakat. Menurut beliau walaupun sektor pertanian mendapat peruntukan sejak merdeka lagi namun kemiskinan dalam kalangan pekebun kecil tidak dapat dihapuskan sama sekali. Kemiskinan di desa berpunca daripada saiz bidang tanah, jenis tanaman yang tidak ekonomi, teknologi yang rendah, sistem sewaan tanah dan peluang yang terhad bagi menambah pendapatan adalah punca yang membawa kepada fenomena kemiskinan.
   Yahya Ibrahim (1994) menyatakan ketiadaan daya penarik dan peluang yang baik di tanah rancangan menyebabkan masyarakat FELDA terutamanya anak-anak peneroka berpindah keluar ke tempat yang dirasai sesuai dengan kehendak dan alam remaja mereka. Keadaan ini menyebabkan sektor perladangan mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan.
     Mohd Nahar (2004) menyatakan sekiranya perbandingan dibuat di antara sektor pertanian dan sektor-sektor lain didapati jumlah upah, insentif dan suasana tempat kerja di sektor pertanian adalah tidak begitu kompetitif berbanding sektor lain. Ini secara langsung menyukarkan usaha kerajaan untuk menarik minat golongan muda bekerja di sektor pertanian. Rata-rata belia kampung lebih senang bekerja di kilang berbanding di ladang. Faktor guna tenaga negara yang kebanyakannya kini berkelulusan tinggi turut menyulitkan keadaan apabila graduan-graduan universiti lebih berminat bekerja di sektor yang dianggap lebih setaraf dengan kelulusan mereka.

Menurut Tadaro (1997) transformasi ekonomi daripada sektor tradisional (pertanian) kepada sektor perindustrian memberi kesan kepada pembahagian sumber manusia dalam ekonomi dan mencipta peluang guna tenaga yang lebih produktif.


BAB 6  Hasil dan Perbincangan Kajian



6.0 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan berkenaan dengan hasil kajian yang telah dianalisis berkenaan pekebun kecil kelapa sawit. Analisis secara deskriptif dibuat bagi memperlihatkan hasil keputusan data soal selidik yang diterjemahkan dalam bentuk jadual kekerapan,peratus dan hubungan antara setiap pemboleh dengan soalan soal selidik yang mengandungi 15 item soalan berkenaan dengan  tahap pemahaman konsep pembangunan modal insan yang terletak di bahagian B di dalam soal selidik yang telah disediakan.
6.1  Latar Belakang Pekebun Kecil


6.1.1 Analisis Mengikut Jantina

Jadual 6.1 ialah jadual berkenaan dengan jumlah responden yang bekerja sebagai pekebun kecil kelapa sawit mengikut perbezaan jantina. Dalam kajian ini, seramai 24 orang responden daripada 28 orang responden keseluruhannya adalah terdiri daripada kaum lelaki. Manakala, seramai empat orang responden yang selebihnya adalah pekebun kecil yang terdiri daripada kaum perempuan. Perbezaan yang ketara ini adalah berpunca daripada faktor jantina dimana majoriti penduduk yang mengerjakan kelapa sawit adalah kaum lelaki. Kaum wanita turut terlibat namun kebiasaannya hanyalah berskala kecil sahaja.



Rajah 6.1 Jantina Responden





6.1.2 Analisis Mengikut Status Perkahwinan

Jadual 6.2 ialah berkenaan dengan maklumat responden mengikut taraf perkahwinan. Responden yang paling ramai ialah responden yang tergolong dalam status berkahwin  iaitu seramai 25 orang atau 89.3 % daripada keseluruhan responden yang ditemui. Manakala responden yang  memiliki status duda/ janda adalah seramai 3 orang atau 10.7% sahaja.


Rajah 6.1 Status Perkahwinan Pekebun Kecil


6.1.3 Analisis Mengikut Status Pekerjaan

Jadual 6.3 menunjukkan maklumat berkaitan status pekerjaan pekebun kecil kelapa sawit. Berdasarkan jadual 6.3, seramai 19 orang responden atau 67.9% daripada keseluruhan responden terdiri daripada pekebun kecil yang mengusahakan sawit secara separuh masa. Hal ini kerana terdapat responden yang menjalankan aktiviti berkebun kelapa sawit ini secara sampingan sahaja berikutan daripada faktor memiliki kerja tetap sedia ada terutamanya pekerjaan di sektor kerajaan. Manakala sembilan orang responden atau sebanyak 32.1% responden pula mengerjakan sawit secara sepenuh masa. Bilangan ini mewakili responden yang menumpukan sepenuh perhatian terhadap pendapatan daripada hasil sawit yang dikerjakan.



Rajah 6.1 Status Pekerjaan pekebun Kecil


6.1.4 Analisis Mengikut Tahap Pendidikan

Rajah  6.4 adalah merupakan maklumat responden yang berdasarkan perbezaan tahap pendidikan. Berdasarkan hasil analisis, sejumlah besar responden kajian adalah terdiri daripada responden yang berpendidikan sehingga ke tahap sekolah rendah sahaja iaitu sebanyak 64%. Manakala bagi yang berjaya mendapatkan pendidikan sehingga ke tahap PMR pula seramai tiga orang daripada 28 orang responden kesemuanya. Seramai enam orang responden yang ditemui berjaya mencapai tahap pendidikan SPM manakala hanya seorang sahaja dari kalangan responden yang berjaya mendapatkan pendidikan sehingga ke tahap diploma.



Rajah 6.1 Tahap Pendidikan Pekebun Kecil



6.1.5 Analisis Mengikut Pemilikan Tanah

Rajah 6.5 ialah maklumat responden yang berkaitan dengan pemilikan tanah pekebun kecil. Berdasarkan data yang diperolehi, hampir keseluruhan responden yang ditemui menjalankan aktiviti menanam kelapa sawit atas tanah yang menjadi milik mereka sendiri. Hal ini dibuktikan daripada data seramai 26 responden atau sebanyak 92.9% responden yang memiliki tanah milik sendiri. Manakala hanya seorang responden yang menjalankan pekerjaan sebagai pekebun kecil kelapa sawit dengan cara menumpang di kebun orang lain dan seorang lagi responden menjalankan secara menyewa kebun orang lain. kebiasaannya, pekebun yang memiliki tanah sendiri adalah daripada hasil pusaka yang diperoleh daripada keluarga mereka.


Rajah 6.1 Jenis Pemilikan Tanah Pekebun Kecil










  


6.2 LATAR BELAKANG TANAMAN SAWIT


6.2.1 Analisis Latar Belakang Tanaman Sawit   

Jadual 6.2 merupakan analisis latar belakang tanaman sawit bagi pekebun kecil. Analisis yang pertama ialah mengenai keluasan tanah sawit bagi pekebun kecil kelapa sawit. Pekebun kecil sawit yang mempunyai keluasan tanah sawit paling tinggi ialah sekitar 20 ekar dan yang paling rendah ialah 0.5 ekar. Analisis yang kedua ialah mengenai bilangan pokok sawit bagi semua pekebun kecil. Bilangan pokok sawit terbanyak yang ditanam oleh pekebun sawit ialah 1200 batang pokok, manakala yang paling sedikit yang ditanam oleh pekebun kecil sawit ialah sebanyak  25 batang sahaja. Hali ini adalah kerana keluasan tanah yang dimiliki mempengaruhi bilangan pokok yang boleh ditanam. Bagi kategori umur pokok sawit, umur pokok sawit yang tertua di antara kesemua umur pokok responden yang didapati ialah selama 30 tahun manakala bagi umur pokok kelapa sawit paling rendah ialah sebanyak 9 tahun sahaja.
Analisis bahagian dua ialah analisis berkaitan dengan perolehan buah tandan segar dalam sebulan. Jumlah buah tandan segar yang paling sedikit diperoleh ialah sebanyak 500kg sahaja iaitu berharga sekitar RM200 hingga Rm250 sahaja. Manakala jumlah buah tandan segar yang paling banyak diperoleh ialah sebanyak 20,000kg bersamaan dengan 20 tan.
Akhir sekali adalah analisis berkaitan dengan nilai buah tandan segar kelapa sawit yang diperoleh. Secara keseluruhannya, nilai terendah yang pernah diperoleh oleh pekebun kecil hasil daripada penjualan kelapa sawit ialah sebanyak RM225.00 sahaja. Manakala jumlah nilai terbanyak yang diperoleh oleh pekebun kecil ialah sebanyak RM10,000.00

Jadual 6.2 Latar Belakang Tanaman Sawit
      Perkara
N
Minimum
Maximum
Mean
Luas Tanah Sawit ( Ekar )
28
.50
20.00
3.1250
Bilangan Pokok Sawit
28
25
1200
183.04
Umur Pokok Sawit ( Tahun )
28
9
30
18.54
Buah Tandan Segar Sebulan (KG)
28
500.00
20000.00
2892.8571
Nilai Jualan Buah Tandan Segar Sebulan ( RM )
28
225.00
10000.00
1440.2143



6.2.2 Analisis Latar Belakang dan Pendapatan Hasil Sawit

Jadual 6.2 merupakan data yang berkaitan dengan latar belakang dan pendapatan hasil kelapa sawit bagi pekebun kecil. Analisis pertama ialah mengenai umur pekebun kecil sawit. Secara keseluruhannya, pekebun kecil yang paling muda dalam terlibat dengan aktiviti perkebunan kelapa sawit ialah sekitar 39 tahun. manakala umur yang paling tua pula ialah 69 tahun.
Analisis yang kedua pula berkaitan dengan pengalaman yang dimiliki oleh pekebun kecil selama bergelar pekebun kecil kelapa sawit. Antara pengalaman yang paling lama dan tertinggi sekali ialah selama 40 tahun pengalaman manakala minimumnya adalah kosong. Hal ini adalah berpunca daripada pemilikan tanah dan pekerjaan sebagai pekebun kecil sejak turun temurun dan diwarisi sehingga sekarang. Hal ini bermaksud, pekebun kecil yang berpengalaman tinggi dalam bidang ini memulakan kerjaya awal sebagai pekebun kecil sahaja.
Seterusnya ialah analisis pendapatan hasil kelapa sawit bagi pekebun kecil. Berdasarkan hasil analisis yang telah dilakukan, dapat dilihat bahawa pendapatan hasil kelapa sawit yang paling tinggi diterima oleh  pekebun kecil sawit  dalam sebulan ialah sebanyak RM 10000.00. hal ini turut dipengaruhi oleh faktor keluasan tanah yang dimiliki dan kaedah penanaman yang berkesan yang diamalkan. Bagi hasil pendapatan yang paling rendah yang diperoleh oleh pekebun kecil ialah sebanyak RM 225.00 sahaja.
Akhir sekali ialah analisis mengenai pendapatan bukan hasil kelapa sawit untuk pekebun kecil. Seperti yang telah ditunjukkan dalam jadual sebelumnya, didapati bahawa terdapat pekebun kecil yang bekerja sebagai pekebun kecil kelapa sawit secara sepenuh masa dan separuh masa. Maka bagi pekebunkecil yang bekerja secara sepenuh masa, maka mereka tidak memiliki sebarang pendapatan hasil bukan daripada sawit. Berbeza dengan pekebun kecil yang bekerja secara separuh masa sahaja, pendapatan bukan hasil sawit mereka mencecah RM1800. Hal ini demikian kerana terdapat pekebun kecil yang bekerja di sektor kerajaan dan mampu mendapatkan pendapatan tetap setiap bulan selain daripada pendapatan hasil sawit yang mereka perolehi.

         Jadual 6.2 Latar Belakang dan Pendapatan Hasil Kelapa Sawit



6.2.3
Analisis Bantuan Kerajaan 


Bahagian ini menunjukkan jenis bantuan yang diperoleh oleh pekebun kecil kelapa sawit. Antara jenis bantuan yang ada ialah bantuan anak benih sawit, bantuan baja sawit, bantuan wang tunai, dan juga bantuan racun perosak/kimia. Berdasarkan hasil analisis yang dilakukan, didapati bahawa tidak banyak bantuan yang diterima oleh pekebun kecil kelapa sawit di kampung ini. tidak ada seorangpun yang menerima bantuan anak benih sawit, bantuan wang tunai mahupun bantuan racun perosak/kimia. Bantuan yang diterima hanyalah bantuan baja sawit oleh sebilangan kecil responden. Seramai dua orang responden sahaja daripada 28 orang responden keseluruhannya menerima bantuan baja sawit. Manakala bantuan lainnya tidak ada diterima.



Rajah 6.2 Jenis Bantuan Yang Diterima



6.3 PROGRAM TUNAS

Jadual 6.3 merupakan analisis yang berkaitan dengan Tunjuk Ajar Dan Nasihat Sawit (TUNAS) oleh pegawai Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, tiada pun seorang responden yang mendapatkan tunjuk ajar dan nasihat sawit oleh pegawai MPOB.


Jadual 6.3 Program TUNAS

Pemilihan
Jawapan
Penerangan Mudah Difahami
Berpengetahuan Tinggi
Layanan Mesra
Prihatin Terhadap Pertanyaan
Motivasi untuk Bekerja Keras
Cukup Terlatih
Kekerapan Hubungi MPOB (Jan-Mac 2014)

Ya
0
0
0
0
0
0
28
Tidak
28
28
28
28
28
28
0


6.4  PEMBELAJARAN PERSONAL PEKEBUN KECIL

6.4.1        ANALISIS MENGIKUT SOALAN
Jadual di bawah menunjukkan tahap pembelajaran personal bagi pekebun kecil sawit. Antara pembelajaran personal yang disenaraikan termasuklah mencari ilmu pengetahuan, bertanya kepada rakan, membaca maklumat melalui internet, meneliti bahan bacaan, mengubahsuai cara menjaga sawit, dan juga memerhati cara terbaik menjaga sawit.
Analisis data berkenaan pembelajaran personal yang pertama iaitu mencari ilmu pengetahuan menunjukkan bahawa kebanyakan responden tidak berusaha mencari ilmu pengetahuan. Hal ini dibuktikan oleh hasil analisis yang menunjukkan bahawa sebanyak 35.7% iaitu 10 orang daripada 28 orang responden menjawab berkecuali yang membawa maksud tidak melaksanakan langkah tersebut. jumlah ini merupakan yang terbanyak daripada keseluruhan jumlah responden. Namun dapat dilihat seramai lapan orang responden iaitu 28.6% responden sememangnya ada mencari ilmu pengetahuan walaupun tidak sangat bersetuju. Seramai lapan orang responden tidak bersetuju dan dua orang responden lagi sangat tidak bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa mereka sangat tidak mementingkan pencarian ilmu pengetahuan dalam usaha penanaman sawit mereka.
            Pembelajaran personal yang kedua ialah bertanya kepada rakan. Berdasarkan hasil analisis, dapat dilihat bahawa melebihi 50% responden iaitu seramai 19 orang responden yang ditemui bersetuju bahawa mereka sememangnya bertanya kepada rakan berkenaan perkongsian ilmu penanaman kelapa sawit. Seramai dua orang sangat tidak bersetuju dan tiga orang lagi kurang bersetuju manakala empat orang responden yang selebihnya pula adalah berkecuali. Daripada hasil ini, dapat dinyatakan bahawa seramai lima orang responden tidak menitikberatkan perkongsian ilmu berkenaan penanaman sawti dengan rakan yang juga menjalankan kegiatan menanam sawit. Manakala seramai empat orang lagi responden tidak menganggap bertanya kepada rakan itu sebagai suatu yang penting bagi mereka untuk menjalankan kegiatan penanaman sawit. Hal ini boleh berpunca daripada faktor pengalaman yang menunjukkan bahawa pekebun kecil tersebut sememangnya sudah sedia maklum akan cara-cara melakukannya, ataupun hanya menjalankan tanaman sawit sebagai aktiviti sampingan sahaja.
            Seterusnya ialah pencarian maklumat melalui akses internet. Seramai 13 orang responden iaitu sebanyak 46.4% daripada jumlah keseluruhan responden berasa sangat tidak setuju dengan kaedah pencarian maklumat melalui internet. Hal ini menunjukkan bahawa mereka sememangnya tidak menggunakan medium internet untuk mendapatkan pengetahuan. Manakala seramai lima orang pula tidak bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa merek mungkin pernah menggunakan laman internet untuk mencari maklumat namun tidak dijadikan pilihan utama untuk mendapatkan maklumat. Seramai tujuh orang responden lagi adalah berkecuali iaitu tidak menggunakan internet langsung. Seramai tiga orang responden pula sebaliknya bersetuju untuk memdapatkan maklumat engan cara membaca maklumat melalui penggunaan internet. Situasi yang berlaku ini boleh berpunca daripada faktor usia dimana pekebun kecil yang sudah berusia cenderung untuk tidak menggunakan internet.
            Seterusnya, seramai lapan orang yang sangat tidak bersetuju dan sembilan orang lagi tidak bersetuju untuk meneliti bahan bacaan. Tujuh orang responden yang lain pula adalah berkecuali daripada pembelajaran personal ini. hanya sebilangan kecil iaitu seramai tiga orang responden sahaja yang berusaha meneliti bahan bacaan. Faktor usia turut mempengaruhi situasi ini dimana orang yang lebih berusia tidak begitu mementingkan pembacaan dan penelitian sebaliknya bergantung kepada pengalaman yang mereka miliki sejak sekian lama bergelar pekebun kecil kelapa sawit.
            Aspek pembelajaran personal pekebun kecil yang keempat ialah mengubahsuai cara menjaga sawit. Berdasarkan hasil analisis di dalam jadual dibawah, seramai 11 orang responden tidak bersetuju manakala seramai empat orang responden yang lain pula sangat tidak setuju. Hal ini cenderung kepada faktor pengekalan kaedah penanaman yang sudah sedia diamalkan oleh mereka. Seramai sembilan orang responden pula adalah berkecuali. Seramai empat orang responden yang terakhir pula bersetuju dengan kenyataan mengubahsuai cara menjaga sawit. Hal ini kerana mereka mencuba untuk mendapatkan hasil yang terbaik ditambah dengan peningkatan ilmu hasil pembelajaran dan perkongsian ilmu yang mereka terima.
            Akhir sekali, pembelajaran personal yang berkaitan dengan meneliti cara yang terbaik untuk menjaga tanaman sawit. Seramai 11 orang daripada 28 orang responden yang ditemui bersetuju bahawa mereka juga memerhati cara terbaik untuk menjaga tanaman sawit mereka. Hal ini kerana kebergantungan kepada hasil sawit memerlukan penelitian yang terbaik dalam menjaga tanaman sawit terutama bagi pekebun kecil yang bekerja sepenuh masa. Seramai lapan orang pula tidak bersetuju dan tiga orang lagi sangat tidak bersetuju. Tambahan lagi seramai enam orang responden adalah berkecuali. Hal ini boleh disebabkan oleh faktor memiliki pekerjaan tetap menyebabkan pengusaha tidak mempunyai masa yang cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan tanaman sawit yang lebih baik.
Jadual 6.4  Pembelajaran Personal
Pembelajaran personal
Skala
Sangat tidak bersetuju
Tidak bersetuju
Berkecuali
Bersetuju
Sangat bersetuju
Mencari ilmu pengetahuan
2 (7.1%)
8 (28.6%)
10 (35.7%)
8 (28.6%)
0
Bertanya kepada rakan
2 (7.1%)
3 (10.7%)
4 (14.35)
19 (67.9%)
0
Membaca maklumat di Internet
13 (46.4%)
5 (17.9%)
7 (25.0%)
3 (10.7%)
0
Meneliti bahan bacaan
8 (28.6%)
9 (32.1%)
7 (25.0%)
4 (14.3%)
0
Mengubahsuai cara menjaga sawit
4 (14.3%)
11 (39.3%)
9 (32.1%)
4 (14.3%)
0
Memerhati cara terbaik menjaga sawit
3 (10.7%)
8 (28.6%)
6 (21.4%)
11 (39.3%)
0




6.5 PRODUKTIVITI DAN PENDAPATAN


Jadual dibawah adalah mengenai ringkasan daripada analisis data mengenai produktiviti dan pendapatan pekebun kecil di Kampung Sawah dan Kampung Sungai Buaya di Banting,Selangor. Analisis data ini menggunakan kaedah regrasi (regression) yang mana menunjukkan tahap signifikan yang diperolehi ialah sebanyak  0.818. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pembolehubah yang digunakan iaitu biaya baja (RM), umur pokok sawit (Tahun), dumi pendidikan, racun rumpai dan serangga, pembelajaran personal, pengalaman sebagai pekebun kecil, luas tanah sawit (Ekar), dan juga bilangan pokok sawit. Oleh yang demikian, dapat dibuktikan bahawa pembolehubah yang terlibat sangat mempengaruhi produktiviti dan juga pendapatan pekebun kecil.

Jadual 6.5. Model Summary
Model
R
R Square
Adjusted R Square
Std. Error of the Estimate
1
.904a
.818
.766
2083.31800

a. Predictors: (Constant), Biaya Baja Sebulan (RM), Umur Pokok Sawit ( Tahun ), Dumi Pendidikan, racun rumpai dan serangga, Pembelajaran Personal, Pengalaman Sebagai Pekebun Kecil

Jadual ini pula menunjukkan bahawa pembolehubah yang bergantung ialah buah tandan segar. Manakala, pembolehubah yang tidak bergantung ialah biaya baja (RM), umur pokok sawit (Tahun), dumi pendidikan, racun rumpai dan serangga, pembelajaran personal, dan pengalaman sebagai pekebun kecil. Jadual anova diatas menunjukkan bahawa pembolehubah yang tidak bergantung mempengaruhi jumlah pengeluaran buah tandan segar sebulan. Hal ini dapat dilihat melalui nilai signifikan yang diperolehi iaitu nilai kosong sahaja.

Jadual 6.5. ANOVAa

Sum of Squares
df
Mean Square
F
Sig.
Regression
408674079.780
6
68112346.630
15.693
.000b
Residual
91144491.648
21
4340213.888


Total
499818571.429
27



a. Dependent Variable: Buah Tandan Segar Sebulan (KG)
b. Predictors: (Constant), Biaya Baja Sebulan (RM), Umur Pokok Sawit ( Tahun ), Dumi Pendidikan, racun rumpai   dan serangga, Pembelajaran Personal, Pengalaman Sebagai Pekebun Kecil


Seterusnya, jadual Collinearity Diagnostics yang digunakan menunjukkan pembolehubah yang mempengaruhi pengeluaran buah tandan segar sebulan. Pembolehubah yang signifikan ialah biaya baja iaitu sebanyak kosong (100%). Hal yang demikian kerana majoriti pekebun kecil yang menggunakan baja yang dibeli pada harga yang lebih murah dengan penggunaan yang lebih lama serta membantu menjimatkan perbelanjaan pekebun kecil. Hal ini menunjukkan bahawa biaya baja sangat mempengaruhi dalam pengeluaran hasil buah tandan segar sebulan. Selain itu, vif yang diperolehi untuk semua pemboleh ubah tidak melebihi 10, hanya sehingga dua sahaja.


                                                      Jadual 6.5. Collinearity Diagnosticsa


Model


Unstandardized
Coefficients

Standardized Coefficient







    t








Sig.

Collinearity Statistics


B
Std. Error
Beta

Tolerance

VIF
(Constant)
-2328.438
1728.360

-1.347
.192


Umur Pokok Sawit ( Tahun )
16.372
65.477
.025
.250
.805
.839
1.192
Pengalaman Sebagai Pekebun Kecil
45.163
42.356
.132
1.066
.298
.563
1.775
Dumi Pendidikan
-1090.465
1081.756
-.124
-1.008
.325
.577
1.733
racun rumpai dan serangga
-22.538
26.454
-.094
-.852
.404
.721
1.387
Pembelajaran Personal
868.552
630.913
.159
1.377
.183
.653
1.530
Biaya Baja Sebulan (RM)
31.147
3.450
.874
9.029
.000
.927
1.079
a. Dependent Variable: Buah Tandan Segar Sebulan (KG)a
                         


                                   
6.6 Penentu Pendapatan Pekebun Kecil

            Bahagian ini ialah mengenai penentu pendapatan pekebun kecil. Berdasarkan model summary yang diperolehi berasaskan kaedah regression, R Square yang diperolehi ialah sebanyak 0.80 (80%). Hal ini menunjukkan terdapatnya hubungan antara nilai jualan buah tandan segar dengan biaya baja, umur pokok sawit, dumi pendidikan, racun rumpai dan serangga, pembelajaran personal dan juga pengalaman sebagai pekebun kecil. Nilai yang diperolehi menunjukkan terdapatnya tahap yang signifikan antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.
Jadual 6.6. Model Summary
Model
R
R Square
Adjusted R Square
Std. Error of the Estimate
1
.896a
.803
.747
1173.37052

a. Predictors: (Constant), Biaya Baja Sebulan (RM), Umur Pokok Sawit ( Tahun ), Dumi Pendidikan, racun rumpai dan serangga, Pembelajaran Personal, Pengalaman Sebagai Pekebun Kecil



Seterusnya, jadual dibawah pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan iaitu dengan nilai 0. Hal ini bermaksud model yang digunakan sesuai dengan pembolehubah yang digunakan. Antara pembolehubah wujudnya hubungan yang signifikan dan boleh dipercayai. Pembolehubah bersandar mempengaruhi pembolehubah tidak bersandar dengan memberi nilai 0.

Jadual 6.5. ANOVAa

Sum of Squares
df
Mean Square
F
Sig.
Regression
408674079.780
6
68112346.630
15.693
.000b
Residual
91144491.648
21
4340213.888


Total
499818571.429
27



a. Dependent Variable: Nilai Jualan Buah Tandan Segar Sebulan ( RM )
b. Predictors: (Constant), Biaya Baja Sebulan (RM), Umur Pokok Sawit ( Tahun ), Dumi Pendidikan, racun rumpai dan serangga, Pembelajaran Personal, Pengalaman Sebagai Pekebun Kecil



            Jadual dibawah pula ia mengenai jadual Collinearity Diagnostics yang menunjukkan pembolehubah yang mempengaruhi hasil jualan buah tandan segar sebulan. Pembolehubah tidak bersandar yang mempengaruhi hasil jualan buah tandan segar sebulan ialah biaya baja sebulan. Nilai signifikan yang diperolehi ialah kosong dan ia adalah nilai yang boleh dipercayai. Hal ini menunjukkan semakin rendah biaya baja sebulan yang dikeluarkan, maka semakin tinggi hasil pendapatan jualan buah tandan segar. Hal ini kerana ia dapat mengurangkan perbelanjaan pekebun kecil dan seterusnya hasil yang diperolehi juga adalah tinggi.

Jadual 6.6. Collinearity Diagnostics


Model


Unstandardized
Coefficients

Standardized Coefficient







    t








Sig.

Collinearity Statistics


B
Std. Error
Beta

Tolerance

VIF
(Constant)
-1281.817
973.450

-1.317
.202


Umur Pokok Sawit ( Tahun )
11.024
36.878
.032
.299
.768
.839
1.192
Pengalaman Sebagai Pekebun Kecil
29.003
23.856
.157
1.216
.238
.563
1.775
Dumi Pendidikan
-512.414
609.269
-.107
-.841
.410
.577
1.733

Racun Rumpai Dan Serangga
-8.614
14.900
-.066
-.578
.569
.721
1.387
Pembelajaran Personal
354.928
355.344
.120
.999
.329
.653
1.530
Biaya Baja Sebulan (Rm)
16.847
1.943
.872
8.671
.000
.927
1.079
a. Dependent Variable: Nilai Jualan Buah Tandan Segar Sebulan ( RM )



7.0 RUMUSAN/PERBINCANGAN
            Kajian yang telah dijalankan terhadap seramai 28 orang pekebun kecil di Banting, Selangor adalah bertujuan untuk mengkaji faktor yang menjadi penentu kepada produktiviti dan pendapatan mereka. Berdasarkan hasil kajian yang telah diperolehi, kenyataan yang dapat dilihat dengan jelas adalah kesemua responden yang terlibat iaitu seramai 28 orang pekebun kecil di Kg Sawah dan Kg Sg Buaya tidak menyertai program yang dianjurkan oleh TUNAS. walaubagaimanapun, kesemua daripada responden menghubungi pihak MPOB untuk mendapatkan nasihat dan juga bimbingan mengenai penanaman dan juga penjagaan buah kelapa sawit. Namun, mereka hanya mendapatkan bimbingan dan nasihat secara atas talian sahaja, dan tidak secara bersemuka dengan pegawai-pegawai MPOB tersebut. Hal ini juga disebabkan oleh kebanyakan daripada mereka yang hanya bekerja sebagai pekebun kecil untuk separuh masa sahaja kerana mereka telahpun mempunyai kerja tetap yang lain dan hanya menjadikan pekerjaan sebagai pekebun kecil sawit sebagai pekerjaan sampingan sahaja.
Selain itu, dapat dilihat kebanyakan pekebun kecil mempunyai pengalaman bekerja sebagai pekebun kecil untuk satu tempoh yang agak lama. Tempoh pengalaman yang paling lama dimiliki oleh responden ialah selama 40 tahun. Hal ini dapat mempengaruhi pendapatan dan juga produktiviti pekebun kecil itu sendiri. Namun, faktor ini tidak cukup signifikan dalam mempengaruhi produktiviti dan pendapatan pekebun kecil seperti yang ditunjukkan dalam bab 6.5 dan juga bab 6.6.
Faktor yang dilihat sangat mempengaruhi produktiviti dan juga pendapatan pekebun kecil ialah biaya baja yang dikeluarkan dalam sebulan. Hal ini membuktikan bahawa semakin rendah harga baja yang digunakan, maka semakin tinggi hasil pendapatan dan juga produktiviti yang akan diterima oleh pekebun kecil. Ini adalah kerana harga baja yang murah akan meyebabkan pekebun kecil hanya perlu mengeluarkan kos belanja yang rendah tetapi dapat membantu mengeluarkan hasil kelapa sawit yang sama seperti menggunakan baja yang mahal di samping menjimatkan pengeluaran modal mereka. Oleh yang demikian, faktor penggunaan baja yang berharga rendah sangat mempengaruhi pendapatan dan juga produktiviti pekebun kecil.
Secara keseluruhannya, terbukti bahawa selain daripada pengalaman, latihan dan juga pendidikan, kualiti dan juga harga barangan yang digunakan dapat mempengaruhi pendapatan dan juga produktiviti pekebun kecil di Banting Selangor. Penggunaan baja yang murah dan juga berkualiti menyebabkan pekebun kecil hanya perlu mengeluarkan belanja yang rendah akan tetapi memperolehi baja yang tinggi kualitinya seperti baja yang harganya mahal.
      
8.0 CADANGAN

Antara cadangan dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti pekebun kecil di kampung-kampung yang terlibat adalah melalui peningkatan penerimaan pendidikan formal. Hal ini demikian kerana menurut Gratton dan Goshal (2003), pendidikan bertindak mempengaruhi tahap produktiviti dan keuntungan. Dalam usaha memperkasakan aset modal insan ini, langkah yang paling utama adalah menerusi pendidikan formal. Semakin tinggi ilmu dan daya pemikiran yang dimiliki oleh seseorang individu, maka akan semakin tinggi pula perolehan hasil usaha yang dikerjakan. Begitu juga dalam konteks kajian ini. jika melihat kepada tahap pendidikan responden yang terlibat, sebanyak 64.3% iaitu melebihi separuh daripada jumlah responden yang disoal hanya berjaya mendapatkan pendidikan sehingga sekolah rendah sahaja. Manakala yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah dan pengajian-pengajian tinggi hanyalah sebilangan kecil responden sahaja. Maka faktor ini dikaitkan dengan tahap produktiviti yang rendah dimana tahap pendidikan yang rendah mempengaruhi hasil produktiviti pekebun kecil yang rendah. Maka pendidikan formal yang lebih tinggi mampu melahirkan modal insan yang fleksibel, berfikiran jauh, berkemahiran, kreatif, dan berkemampuan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam bidang yang diceburi sekaligus mempengaruhi kadar output yang bakal diperoleh.
Seterusnya ialah melalui peningkatan penerimaan latihan dan kursus. Jika dilihat daripada hasil kajian, didapati bahawa keseluruhan responden yang ditemui adalah tidak mendapatkan Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit daripada pegawai MPOB. Tambahan pula, kekerapan responden menghadiri kursus adalah sangat rendah bahkan terdapat responden yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk kampung yang terlibat dalam melakukan kegiatan sebagai pekebun kelapa sawit hanyalah sebagai suatu keperluan mahupun sebagai suatu aktiviti untuk pendapatan sampingan sahaja. Dalam situasi yang sebenar, latihan adalah penting bagi mendedahkan pekebun-pekebun kecil akan cara yang sebenar untuk menanam kelapa sawit. Hal ini demikian kerana terdapat kaedah-kaedah mahupun teknik-teknik yang perlu dilaksanakan bagi memastikan berlakunya peningkatan produktiviti dan hasil kelapa sawit sekaligus meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang rendah berdasarkan hasil kajian ini.
Langkah yang ketiga adalah melalui peningkatan pengetahuan. Pekebun-pekebun kecil terutamanya yang menjalankan kerja kelapa sawit secara sepenuh masa ini seharusnya cakna akan sebarang sumber pengetahuan yang berkenaan dengan penanaman kelapa sawit. Jika dilihat daripada hasil kajian, tahap pembelajaran personal para responden adalah rendah. Tidak ada seorang pun yang sangat bersetuju bahawa mereka benar-benar mencari ilmu pengetahuan tambahan berkenaan penanaman kelapa sawit. Sebagai pengusaha kelapa sawit yang inginkan produktiviti hasil penanaman kelapa sawit yang tinggi, mereka seharusnya berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang lebih lagi berkaitan kelapa sawit. Sebagai contohnya, pekebun kecil perlu sentiasa berkongsi maklumat berkenaan tanaman sawit sesama pekebun kecil, berusaha mencari makluat secara dalam internet, buku-buku, dan seterusnya mempraktikkan kaedah terbaik dalam penanaman kelapa sawit hasil daripada ilmu tambahan yang diperoleh.
Kesimpulannya, ketiga-tiga langkah ini adalah sangat penting dan utama serta saling berkait dalam usaha melahirkan modal insan yang berjaya. Tahap pendidikan adalah paling utama untuk memastikan individu memiliki pembangunan diri yang tinggi dari aspek komunikasi, kepimpinan, pengurusan maklumat dan kemahiran kritis dalam penyelesaian masalah. Faktor pendidikan ini juga dikaitkan dengan tahap kemampuan pekebun dalam usaha mendapatkan maklumat tambahan. Hal ini demikian kerana era sekarang lebih cenderung kepada penggunaan teknologi seperti internet dalam menyampaikan sebarang maklumat. Hal ini agak sukar kepada pekebun-pekebun yang senior dan tidak mahir dalam menggunakan sebarang alat teknologi. Oleh itu, pihak berwajib seperti MPOB perlu melakukan usaha yang lebih proaktif bagi memastikan pekebun kecil ini mampu untuk memperoleh latihan dan pengetahuan berkenaan penanaman kelapa sawit ini. faktor umur dan tahap pendidikan juga perlu diambil kira agar tidak ada pekebun kecil yang tidak mampu untuk mendapatkan penambahbaikan ini. sekiranya pekebun kecil ini adalah berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang ini, maka tidak mustahil produktiviti dan hasil perolehan kelapa sawit dapat ditingkatkan sekaligus meningkatkan tahap ekonomi penduduk dan juga negara.


9.0 Rujukan

1. Mazlan Jamaludin. (2001, 5 Februari). Sawit: 237,564 keluarga pekebun kecil „nazak‟. UtusanMalaysia.
2. Mohd Nahar Mohd Arshad. (2004, Jun). Cabaran memajukan sektor pertanian negara. UtusanMalaysia.
3. Yahya Ibrahim. (1994). Proses Industrialisasi luar Bandar: Impak terhadap komuniti di tanah rancangan FELDA. Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.
4. Zaba. 1975. Footprints on Sand of Time: The Malay Poverty Concept Over Fifty Years From Za‟ba to Aziz and the second Malaysia Five Years Plan on Stephen C and Khoo, Malaysian Economic Development and Politics. Kuala Lumpur Yayasan Anda Press.
5. Kosmo. (2013, 1 19). Retrieved from http://idrperak.com/idr/images/kelapa.pdf
6. Utusan Unline . (2013, 6 26). Retrieved from http://www.kujie2.com/peribadi/saya-blogger-pekebun-kecil-getah-dan-kelapa-sawit.html


2 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya fatin, pelajar dari UiTM Kota Bharu. Sekarang saya menjalani latihan industri di RISDA. Saya bercadang untuk menjalankan kajian berkaitan dengan getah untuk thesis saya. Saya kira, entry ini juga dapat membantu saya serba sedikit. Boleh ke saya dapatkan questinnaire yg telah digunakan dalam kajian ni? Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  2. Trima kasih.. Sy dpt manfaat nye..rujukan untuk assignment sy

    ReplyDelete