tugasan semester 2 tahun 2 : SKAD 2333 DEMOGRAFI DAN PEMBANGUNAN
LAPORAN PENYELIDIKAN
PRODUKTIVITI
DAN PENDAPATAN PEKEBUN KECIL SAWIT _____________________________________________________________
DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD ADAM HARIS BIN
ABDULLAH A141734
MASYITA BINTI MOHD HADI A141089
NG
SHEUE LI A142379
NORASILAH BINTI SATDIMIN A142414
HARIFUDDIN BIN KANDARE A142389
MUNAIZAH BINTI RAMLI A141624
KITTYMONT A/P CHELIN A141768
________________________________________________________________
DISEDIAKAN UNTUK: DR HAIR AWANG
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 PRODUKTIVITI DAN PENDAPATAN PEKEBUN KECIL
3.0 PERSOALAN KAJIAN
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
5.0 KAJIAN LEPAS
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 LATAR BELAKANG PEKEBUN KECIL
6.2 LATAR BELAKANG TANAMAN SAWIT
6.3 PROGRAM TUNAS
6.4 PEMBELAJARAN PEKEBUN KECIL
6.5 PRODUKTIVITI DAN PENDAPATAN
6.6 PENENTU PENDAPATAN
7.0 RUMUSAN/PERBINCANGAN
8.0 CADANGAN
9.0 RUJUKAN
1.0
PENGENALAN
Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di
dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Di peringkat awal, penanaman
tanaman makanan seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan serta kegiatan
menangkap ikan dan menternak telah menyediakan sumber makanan, mewujudkan
peluang pekerjaan dan pendapatan pada penduduk-penduduk tempatan. Kegiatan
pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional.
Namun, setelah hampir 40 tahun,
perkembangan penanaman kelapa sawit di Malaysia telah berkembang dengan
peningkatan dari 145,000 hektar kepada 5,000,000 hektar. Hasil peningkatan ini
menggambarkan betapa pesatnya permintaan terhadap minyak kelapa sawit. Sejajar
dengan perkembangan ini, sistem perkebunan telah dikembangkan dengan potensi
pengelolaan perkebunan di dalam skala ekonomis. Hasilnya pekebun mendapat
manfaat dengan menjadi pekebun yang berkualiti dan berpengalaman.
Sawit (Elaeis Guineensis) berasal dari
Afrika Barat. Industri sawit Malaysia dan Indonesia bermula apabila empat anak
benih dari Afrika ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia dalam tahun 1848.
Bahan dari Bogor ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman
perhiasan di Deli, Sumatera pada tahun 1870an dan di Rantau Panjang, Kuala
Selangor pada tahun 1911 - 1912.
Menurut Malaysian Palm Oil Promotion
Council (MPOPC), pencapaian bagi industri minyak sawit Malaysia tahun 2000,
telah menampakkan perkembangan sederhana. Ini adalah disebabkan oleh kenaikan
kos produksi dan eksport yang lemah selain dari mendapat saingan dari negara
jiran, Indonesia. Penurunan harga minyak sawit mentah ini telah disumbangkan
oleh faktor-faktor seperti asas pasaran yang lemah, yang disumbangkan oleh
faktor seperti kos pengeluaran yang meningkat dan import duti tinggi yang dikenakan
oleh negara-negara pengimport dan persaingan yang hebat dari negara jiran.
Perusahaan menanam kelapa sawit di kalangan
pekebun kecil masih lagi di peringkat generasi penanam pertama. Industri yang
begitu muda memang memerlukan perhatian dan pernilaian dari semasa ke semasa
untuk menentukan yang perkembangan industri adalah pada kadar yang optimum.
Pemindahan teknologi dan penganalisaan dari segi kedudukan ekonomi pekebun
kecil kelapa sawit sangatlah kena pada masa dan tempatnya untuk diperbincangkan.
2.0 PRODUKTIVITI DAN
PENDAPATAN PEKEBUN KECIL
Kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
sangat prihatin terhadap kebajikan pekebun kecil sawit terutama untuk
meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil. Bermula dengan
penubuhan Pusat Tunjuk Ajar dan Nasihat (TUNAS) pada tahun 2003 yang bertujuan untuk membela nasib pekebun kecil kelapa
sawit di samping memahami masalah dan kehendak mereka bagi menyalurkan
teknologi terkini untuk meningkatkan produktiviti. Aktiviti Pusat Tunas yang
utama adalah ceramah teknikal, pertunjukan kaedah di ladang, lawatan nasihat
dan lawatan sambil belajar.
Bantuan input juga disediakan sepanjang tempoh
Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006-2010) bagi menggalakkan pekebun kecil menerima
guna teknologi. Sebanyak RM 50.47 juta diberikan untuk program bantuan anak
benih sawit berkualiti, sistem tanaman sawit dua baris serta integrasi ternakan
dan tanaman. Tambahan sebanyak RM 128 juta diberikan di bawah pakej Rangsangan
Ekonomi Kedua untuk menanam semula sawit. Keprihatinan kerajaan kepada pekecun
kecil terus diberi perhatian dalam RMK10 di mana industri sawit dijadikan salah
satu bidang keutamaan di bawah NKEA (National Key Economic Areas). Pada tahun
2011, sebanyak RM 297 juta disediakan untuk penanaman semula dan penanaman baru
sawit. Bantuan ini akan diteruskan sehingga tahun 2013.
Oleh yang demikian, semua pekebun kecil disarankan
untuk mengambil peluang yang disediakan demi meningkatkan pendapatan keluarga
dan misi nasional. Di samping bantuan input, MPOB juga menyediakan prasarana
bagi melipat gandakan keupayaan produktiviti pekebun kecil. Salah satu
daripadanya ialah penubuhan Kelompok Minyak Sawit Mampan atau Sustainable Palm
Oil Cluster (SPOC). Di bawah SPOC, MPOB membangunkan koperasi pekebun kecil
sawit mampan dan pensijilan amalan pertanian baik atau GAP.
Selain itu, penubuhan koperasi memberi peluang kepada
pekebun kecil untuk bersatu di bawah satu payung. Semua koperasi akan
menyediakan perkhidmatan pemasaran buah sawit bagi mendapat tawaran harga
terbaik, dan dalam masa yang sama akan menyediakan khidmat jualan input
pertanian terutama baja. MPOB telah merancang penubuhan 80 koperasi menjelang
tahun 2016 dan sehingga Julai 2011 sebanyak 12 koperasi telah ditubuhkan. Melalui
pensijilan GAP pula, semua kebun milik pekebun kecil akan dinilai dan kebun
yang tidak mencapai hasil potensi akan terus diberi bimbingan dan bantuan
sekiranya layak. MPOB menyasarkan penilaian terhadap 150,000 pekebun kecil
sehingga tahun 2020. Program yang baru dimulakan ini telah diuji ke atas 1,200
pekebun kecil, di mana keputusan awal menunjukkan 35% layak dianugerahkan sijil
dan baki 65% perlukan bimbingan
MPOB hanya boleh merancang serta menyediakan input dan
program untuk pekebun kecil. Walau bagaimanapun, pekebun kecilperlu mengambil
bahagian dalam semua program yang disediakan secara aktif. MPOB berharap
pekebun kecil juga dapat memberikan maklum balas terhadap semua program-program
yang disediakan dari masa ke semasa supaya ia sentiasa dapat di tambahbaikkan
demi kepentingan pekebun kecil, industri sawit dan negara.
3.0 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini ialah:
a) Apakah tahap produktiviti dan pendapatan pekebun kecil sawit?
b) apakah faktor yang menjadi penentu
pendapatan dan juga produktiviti pekebun kecil sawit.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
a)
Mengenalpasti tahap produktiviti dan
pendapatan pekebun kecil sawit.
b)
Menilai faktor yang menjadi penentu
pendapatan dan juga produktiviti pekebun kecil sawit.
5.0 KAJIAN LEPAS
Tanaman semula pokok sawit baru bagi menggantikan pokok
sawit tua yang tidak ekonomik dipercayai sebagai strategi yang praktikal bagi
mempertingkatkan produktiviti kelapa sawit. Produktiviti yang tinggi akan memastikan kesinambungan
industri kelapa sawit dan dapat bersaing ketika harga kelapa sawit di paras
yang rendah. Bagi pokok yang tinggi sudah tentu kos untuk menuai buah kelapa
sawit tersebut juga tinggi. Kos menuai bagi pokok yang tinggi adalah antara
RM28 hingga RM35 berbanding dengan pokok yang rendah iaitu antara RM20 hingga
RM23 ( Idris et.al, 2001).
Penderitaan masyarakat
peneroka kini berlaku akibat kemerosotan hasil ladang yang telah menghimpit
168,750 keluarga peneroka di kawasan FELDA dan 35,815 keluarga pekebun kecil
kampung serta kira-kira 33,000 keluarga peneroka FELCRA. Sekitar tahun 1997 dan
1998 harga kelapa sawit adalah pada aras RM400 bagi setan dan pada tahun 2000
ia pernah mencecah tahap paling rendah iaitu RM60 setan. Bagi peneroka FELDA
pula, pendapatan mereka lebih baik sedikit berbanding pekebun kecil kampung
kerana kelapa sawit di kawasan FELDA lebih bermutu tinggi dan mampu dijual pada
harga kira-kira RM100 setan yang mana ia jauh masih rendah (Mazlan, 2001).
Ahmad Mahdzan Ayob (1994)
menyatakan bahawa golongan petani adalah golongan yang termiskin dalam
masyarakat. Menurut beliau walaupun sektor pertanian mendapat peruntukan sejak
merdeka lagi namun kemiskinan dalam kalangan pekebun kecil tidak dapat
dihapuskan sama sekali. Kemiskinan di desa berpunca daripada saiz bidang tanah,
jenis tanaman yang tidak ekonomi, teknologi yang rendah, sistem sewaan tanah
dan peluang yang terhad bagi menambah pendapatan adalah punca yang membawa
kepada fenomena kemiskinan.
Yahya Ibrahim (1994) menyatakan
ketiadaan daya penarik dan peluang yang baik di tanah rancangan menyebabkan
masyarakat FELDA terutamanya anak-anak peneroka berpindah keluar ke tempat yang
dirasai sesuai dengan kehendak dan alam remaja mereka. Keadaan ini menyebabkan
sektor perladangan mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan.
Mohd Nahar (2004) menyatakan
sekiranya perbandingan dibuat di antara sektor pertanian dan sektor-sektor lain
didapati jumlah upah, insentif dan suasana tempat kerja di sektor pertanian
adalah tidak begitu kompetitif berbanding sektor lain. Ini secara langsung
menyukarkan usaha kerajaan untuk menarik minat golongan muda bekerja di sektor
pertanian. Rata-rata belia kampung lebih senang bekerja di kilang berbanding di
ladang. Faktor guna tenaga negara yang kebanyakannya kini berkelulusan tinggi
turut menyulitkan keadaan apabila graduan-graduan universiti lebih berminat
bekerja di sektor yang dianggap lebih setaraf dengan kelulusan mereka.
Menurut Tadaro (1997) transformasi ekonomi daripada
sektor tradisional (pertanian) kepada sektor perindustrian memberi kesan kepada
pembahagian sumber manusia dalam ekonomi dan mencipta peluang guna tenaga yang
lebih produktif.
BAB 6
Hasil dan Perbincangan Kajian
6.0 Pengenalan
Bab
ini akan menerangkan berkenaan dengan hasil kajian yang telah dianalisis berkenaan
pekebun kecil kelapa sawit. Analisis secara deskriptif dibuat bagi
memperlihatkan hasil keputusan data soal selidik yang diterjemahkan dalam
bentuk jadual kekerapan,peratus dan hubungan antara setiap pemboleh dengan
soalan soal selidik yang mengandungi 15 item soalan berkenaan dengan tahap pemahaman konsep pembangunan modal
insan yang terletak di bahagian B di dalam soal selidik yang telah disediakan.
6.1 Latar
Belakang Pekebun Kecil
6.1.1 Analisis Mengikut
Jantina
Jadual 6.1 ialah
jadual berkenaan dengan jumlah responden yang bekerja sebagai pekebun kecil
kelapa sawit mengikut perbezaan jantina. Dalam kajian ini, seramai 24 orang
responden daripada 28 orang responden keseluruhannya adalah terdiri daripada kaum
lelaki. Manakala, seramai empat orang responden yang selebihnya adalah pekebun
kecil yang terdiri daripada kaum perempuan. Perbezaan yang ketara ini adalah
berpunca daripada faktor jantina dimana majoriti penduduk yang mengerjakan
kelapa sawit adalah kaum lelaki. Kaum wanita turut terlibat namun kebiasaannya
hanyalah berskala kecil sahaja.
Rajah 6.1 Jantina
Responden
6.1.2 Analisis Mengikut Status Perkahwinan
Jadual 6.2 ialah
berkenaan dengan maklumat responden mengikut taraf perkahwinan. Responden yang
paling ramai ialah responden yang tergolong dalam status berkahwin iaitu seramai 25 orang atau 89.3 % daripada
keseluruhan responden yang ditemui. Manakala responden yang memiliki status duda/ janda adalah seramai 3
orang atau 10.7% sahaja.
Rajah 6.1 Status
Perkahwinan Pekebun Kecil
6.1.3 Analisis Mengikut Status
Pekerjaan
Jadual 6.3 menunjukkan maklumat berkaitan status
pekerjaan pekebun kecil kelapa sawit. Berdasarkan jadual 6.3, seramai 19 orang responden
atau 67.9% daripada keseluruhan responden terdiri daripada pekebun kecil yang
mengusahakan sawit secara separuh masa. Hal ini kerana terdapat responden yang menjalankan
aktiviti berkebun kelapa sawit ini secara sampingan sahaja berikutan daripada
faktor memiliki kerja tetap sedia ada terutamanya pekerjaan di sektor kerajaan.
Manakala sembilan orang responden atau sebanyak 32.1% responden pula
mengerjakan sawit secara sepenuh masa. Bilangan ini mewakili responden yang
menumpukan sepenuh perhatian terhadap pendapatan daripada hasil sawit yang
dikerjakan.
Rajah 6.1 Status
Pekerjaan pekebun Kecil
6.1.4 Analisis
Mengikut Tahap Pendidikan
Rajah 6.4 adalah merupakan maklumat responden yang
berdasarkan perbezaan tahap pendidikan. Berdasarkan hasil analisis, sejumlah
besar responden kajian adalah terdiri daripada responden yang berpendidikan
sehingga ke tahap sekolah rendah sahaja iaitu sebanyak 64%. Manakala bagi
yang berjaya mendapatkan pendidikan sehingga ke tahap PMR pula seramai tiga
orang daripada 28 orang responden kesemuanya. Seramai enam orang responden
yang ditemui berjaya mencapai tahap pendidikan SPM manakala hanya seorang
sahaja dari kalangan responden yang berjaya mendapatkan pendidikan sehingga
ke tahap diploma.
|
Rajah 6.1 Tahap Pendidikan Pekebun Kecil
6.1.5 Analisis Mengikut Pemilikan Tanah
Rajah 6.5 ialah maklumat responden yang berkaitan dengan pemilikan
tanah pekebun kecil. Berdasarkan data yang diperolehi, hampir keseluruhan
responden yang ditemui menjalankan aktiviti menanam kelapa sawit atas tanah
yang menjadi milik mereka sendiri. Hal ini dibuktikan daripada data seramai 26
responden atau sebanyak 92.9% responden yang memiliki tanah milik sendiri.
Manakala hanya seorang responden yang menjalankan pekerjaan sebagai pekebun
kecil kelapa sawit dengan cara menumpang di kebun orang lain dan seorang lagi
responden menjalankan secara menyewa kebun orang lain. kebiasaannya, pekebun
yang memiliki tanah sendiri adalah daripada hasil pusaka yang diperoleh
daripada keluarga mereka.
Rajah 6.1 Jenis Pemilikan Tanah Pekebun Kecil
6.2 LATAR BELAKANG TANAMAN SAWIT
6.2.1 Analisis
Latar Belakang Tanaman Sawit
Jadual 6.2 merupakan analisis latar belakang tanaman
sawit bagi pekebun kecil. Analisis yang pertama ialah mengenai keluasan tanah
sawit bagi pekebun kecil kelapa sawit. Pekebun kecil sawit yang mempunyai
keluasan tanah sawit paling tinggi ialah sekitar 20 ekar dan yang paling rendah
ialah 0.5 ekar. Analisis yang kedua ialah mengenai bilangan pokok sawit bagi
semua pekebun kecil. Bilangan pokok sawit terbanyak yang ditanam oleh pekebun
sawit ialah 1200 batang pokok, manakala yang paling sedikit yang ditanam oleh
pekebun kecil sawit ialah sebanyak 25
batang sahaja. Hali ini adalah kerana keluasan tanah yang dimiliki mempengaruhi
bilangan pokok yang boleh ditanam. Bagi kategori umur pokok sawit, umur pokok
sawit yang tertua di antara kesemua umur pokok responden yang didapati ialah
selama 30 tahun manakala bagi umur pokok kelapa sawit paling rendah ialah
sebanyak 9 tahun sahaja.
Analisis bahagian dua ialah analisis berkaitan dengan
perolehan buah tandan segar dalam sebulan. Jumlah buah tandan segar yang paling
sedikit diperoleh ialah sebanyak 500kg sahaja iaitu berharga sekitar RM200
hingga Rm250 sahaja. Manakala jumlah buah tandan segar yang paling banyak
diperoleh ialah sebanyak 20,000kg bersamaan dengan 20 tan.
Akhir sekali adalah analisis berkaitan dengan nilai buah
tandan segar kelapa sawit yang diperoleh. Secara keseluruhannya, nilai terendah
yang pernah diperoleh oleh pekebun kecil hasil daripada penjualan kelapa sawit
ialah sebanyak RM225.00 sahaja. Manakala jumlah nilai terbanyak yang diperoleh
oleh pekebun kecil ialah sebanyak RM10,000.00
Jadual 6.2 Latar Belakang Tanaman Sawit
Perkara
|
N
|
Minimum
|
Maximum
|
Mean
|
Luas
Tanah Sawit ( Ekar )
|
28
|
.50
|
20.00
|
3.1250
|
Bilangan
Pokok Sawit
|
28
|
25
|
1200
|
183.04
|
Umur
Pokok Sawit ( Tahun )
|
28
|
9
|
30
|
18.54
|
Buah
Tandan Segar Sebulan (KG)
|
28
|
500.00
|
20000.00
|
2892.8571
|
Nilai
Jualan Buah Tandan Segar Sebulan ( RM )
|
28
|
225.00
|
10000.00
|
1440.2143
|
6.2.2 Analisis Latar Belakang dan Pendapatan
Hasil Sawit
Jadual 6.2 merupakan data yang
berkaitan dengan latar belakang dan pendapatan hasil kelapa sawit bagi
pekebun kecil. Analisis pertama ialah mengenai umur pekebun kecil sawit.
Secara keseluruhannya, pekebun kecil yang paling muda dalam terlibat dengan
aktiviti perkebunan kelapa sawit ialah sekitar 39 tahun. manakala umur yang
paling tua pula ialah 69 tahun.
Analisis yang kedua pula berkaitan
dengan pengalaman yang dimiliki oleh pekebun kecil selama bergelar pekebun
kecil kelapa sawit. Antara pengalaman yang paling lama dan tertinggi sekali
ialah selama 40 tahun pengalaman manakala minimumnya adalah kosong. Hal ini
adalah berpunca daripada pemilikan tanah dan pekerjaan sebagai pekebun kecil
sejak turun temurun dan diwarisi sehingga sekarang. Hal ini bermaksud,
pekebun kecil yang berpengalaman tinggi dalam bidang ini memulakan kerjaya
awal sebagai pekebun kecil sahaja.
Seterusnya ialah analisis
pendapatan hasil kelapa sawit bagi pekebun kecil. Berdasarkan hasil analisis
yang telah dilakukan, dapat dilihat bahawa pendapatan hasil kelapa sawit yang
paling tinggi diterima oleh pekebun
kecil sawit dalam sebulan ialah sebanyak
RM 10000.00. hal ini turut dipengaruhi oleh faktor keluasan tanah yang
dimiliki dan kaedah penanaman yang berkesan yang diamalkan. Bagi hasil
pendapatan yang paling rendah yang diperoleh oleh pekebun kecil ialah
sebanyak RM 225.00 sahaja.
Akhir sekali ialah analisis
mengenai pendapatan bukan hasil kelapa sawit untuk pekebun kecil. Seperti
yang telah ditunjukkan dalam jadual sebelumnya, didapati bahawa terdapat pekebun
kecil yang bekerja sebagai pekebun kecil kelapa sawit secara sepenuh masa dan
separuh masa. Maka bagi pekebunkecil yang bekerja secara sepenuh masa, maka
mereka tidak memiliki sebarang pendapatan hasil bukan daripada sawit. Berbeza
dengan pekebun kecil yang bekerja secara separuh masa sahaja, pendapatan
bukan hasil sawit mereka mencecah RM1800. Hal ini demikian kerana terdapat
pekebun kecil yang bekerja di sektor kerajaan dan mampu mendapatkan
pendapatan tetap setiap bulan selain daripada pendapatan hasil sawit yang
mereka perolehi.
Jadual 6.2 Latar
Belakang dan Pendapatan Hasil Kelapa Sawit
|
6.2.3 Analisis Bantuan Kerajaan
Bahagian ini menunjukkan jenis bantuan yang diperoleh oleh pekebun kecil kelapa sawit. Antara jenis bantuan yang ada ialah bantuan anak benih sawit, bantuan baja sawit, bantuan wang tunai, dan juga bantuan racun perosak/kimia. Berdasarkan hasil analisis yang dilakukan, didapati bahawa tidak banyak bantuan yang diterima oleh pekebun kecil kelapa sawit di kampung ini. tidak ada seorangpun yang menerima bantuan anak benih sawit, bantuan wang tunai mahupun bantuan racun perosak/kimia. Bantuan yang diterima hanyalah bantuan baja sawit oleh sebilangan kecil responden. Seramai dua orang responden sahaja daripada 28 orang responden keseluruhannya menerima bantuan baja sawit. Manakala bantuan lainnya tidak ada diterima.
Rajah 6.2 Jenis
Bantuan Yang Diterima
6.3 PROGRAM TUNAS
Jadual 6.3 merupakan analisis yang berkaitan dengan Tunjuk
Ajar Dan Nasihat Sawit (TUNAS) oleh pegawai Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB). Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, tiada pun seorang responden
yang mendapatkan tunjuk ajar dan nasihat sawit oleh pegawai MPOB.
Jadual 6.3 Program
TUNAS
|
||||||||
Pemilihan
Jawapan
|
Penerangan Mudah Difahami
|
Berpengetahuan Tinggi
|
Layanan Mesra
|
Prihatin Terhadap Pertanyaan
|
Motivasi untuk Bekerja Keras
|
Cukup Terlatih
|
Kekerapan Hubungi MPOB (Jan-Mac 2014)
|
|
Ya
|
0
|
0
|
0
|
0
|
0
|
0
|
28
|
|
Tidak
|
28
|
28
|
28
|
28
|
28
|
28
|
0
|
6.4 PEMBELAJARAN PERSONAL PEKEBUN KECIL
6.4.1
ANALISIS MENGIKUT SOALAN
Jadual di bawah menunjukkan
tahap pembelajaran personal bagi pekebun kecil sawit. Antara pembelajaran
personal yang disenaraikan termasuklah mencari ilmu pengetahuan, bertanya
kepada rakan, membaca maklumat melalui internet, meneliti bahan bacaan,
mengubahsuai cara menjaga sawit, dan juga memerhati cara terbaik menjaga sawit.
Analisis data berkenaan
pembelajaran personal yang pertama iaitu mencari ilmu pengetahuan menunjukkan bahawa
kebanyakan responden tidak berusaha mencari ilmu pengetahuan. Hal ini
dibuktikan oleh hasil analisis yang menunjukkan bahawa sebanyak 35.7% iaitu 10
orang daripada 28 orang responden menjawab berkecuali yang membawa maksud tidak
melaksanakan langkah tersebut. jumlah ini merupakan yang terbanyak daripada
keseluruhan jumlah responden. Namun dapat dilihat seramai lapan orang responden
iaitu 28.6% responden sememangnya ada mencari ilmu pengetahuan walaupun tidak
sangat bersetuju. Seramai lapan orang responden tidak bersetuju dan dua orang
responden lagi sangat tidak bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa mereka sangat
tidak mementingkan pencarian ilmu pengetahuan dalam usaha penanaman sawit
mereka.
Pembelajaran personal yang kedua ialah bertanya kepada
rakan. Berdasarkan hasil analisis, dapat dilihat bahawa melebihi 50% responden
iaitu seramai 19 orang responden yang ditemui bersetuju bahawa mereka
sememangnya bertanya kepada rakan berkenaan perkongsian ilmu penanaman kelapa
sawit. Seramai dua orang sangat tidak bersetuju dan tiga orang lagi kurang
bersetuju manakala empat orang responden yang selebihnya pula adalah
berkecuali. Daripada hasil ini, dapat dinyatakan bahawa seramai lima orang responden
tidak menitikberatkan perkongsian ilmu berkenaan penanaman sawti dengan rakan
yang juga menjalankan kegiatan menanam sawit. Manakala seramai empat orang lagi
responden tidak menganggap bertanya kepada rakan itu sebagai suatu yang penting
bagi mereka untuk menjalankan kegiatan penanaman sawit. Hal ini boleh berpunca
daripada faktor pengalaman yang menunjukkan bahawa pekebun kecil tersebut
sememangnya sudah sedia maklum akan cara-cara melakukannya, ataupun hanya
menjalankan tanaman sawit sebagai aktiviti sampingan sahaja.
Seterusnya ialah pencarian maklumat melalui akses
internet. Seramai 13 orang responden iaitu sebanyak 46.4% daripada jumlah
keseluruhan responden berasa sangat tidak setuju dengan kaedah pencarian
maklumat melalui internet. Hal ini menunjukkan bahawa mereka sememangnya tidak
menggunakan medium internet untuk mendapatkan pengetahuan. Manakala seramai
lima orang pula tidak bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa merek mungkin
pernah menggunakan laman internet untuk mencari maklumat namun tidak dijadikan
pilihan utama untuk mendapatkan maklumat. Seramai tujuh orang responden lagi
adalah berkecuali iaitu tidak menggunakan internet langsung. Seramai tiga orang
responden pula sebaliknya bersetuju untuk memdapatkan maklumat engan cara
membaca maklumat melalui penggunaan internet. Situasi yang berlaku ini boleh
berpunca daripada faktor usia dimana pekebun kecil yang sudah berusia cenderung
untuk tidak menggunakan internet.
Seterusnya, seramai lapan orang yang sangat tidak
bersetuju dan sembilan orang lagi tidak bersetuju untuk meneliti bahan bacaan.
Tujuh orang responden yang lain pula adalah berkecuali daripada pembelajaran
personal ini. hanya sebilangan kecil iaitu seramai tiga orang responden sahaja
yang berusaha meneliti bahan bacaan. Faktor usia turut mempengaruhi situasi ini
dimana orang yang lebih berusia tidak begitu mementingkan pembacaan dan
penelitian sebaliknya bergantung kepada pengalaman yang mereka miliki sejak
sekian lama bergelar pekebun kecil kelapa sawit.
Aspek pembelajaran personal pekebun kecil yang keempat
ialah mengubahsuai cara menjaga sawit. Berdasarkan hasil analisis di dalam
jadual dibawah, seramai 11 orang responden tidak bersetuju manakala seramai
empat orang responden yang lain pula sangat tidak setuju. Hal ini cenderung
kepada faktor pengekalan kaedah penanaman yang sudah sedia diamalkan oleh
mereka. Seramai sembilan orang responden pula adalah berkecuali. Seramai empat
orang responden yang terakhir pula bersetuju dengan kenyataan mengubahsuai cara
menjaga sawit. Hal ini kerana mereka mencuba untuk mendapatkan hasil yang
terbaik ditambah dengan peningkatan ilmu hasil pembelajaran dan perkongsian
ilmu yang mereka terima.
Akhir sekali, pembelajaran personal yang berkaitan dengan
meneliti cara yang terbaik untuk menjaga tanaman sawit. Seramai 11 orang
daripada 28 orang responden yang ditemui bersetuju bahawa mereka juga memerhati
cara terbaik untuk menjaga tanaman sawit mereka. Hal ini kerana kebergantungan
kepada hasil sawit memerlukan penelitian yang terbaik dalam menjaga tanaman
sawit terutama bagi pekebun kecil yang bekerja sepenuh masa. Seramai lapan
orang pula tidak bersetuju dan tiga orang lagi sangat tidak bersetuju. Tambahan
lagi seramai enam orang responden adalah berkecuali. Hal ini boleh disebabkan
oleh faktor memiliki pekerjaan tetap menyebabkan pengusaha tidak mempunyai masa
yang cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan tanaman sawit yang lebih
baik.
Jadual 6.4 Pembelajaran Personal
Pembelajaran personal
|
Skala
|
||||
Sangat tidak bersetuju
|
Tidak bersetuju
|
Berkecuali
|
Bersetuju
|
Sangat bersetuju
|
|
Mencari ilmu
pengetahuan
|
2 (7.1%)
|
8 (28.6%)
|
10 (35.7%)
|
8 (28.6%)
|
0
|
Bertanya kepada rakan
|
2 (7.1%)
|
3 (10.7%)
|
4 (14.35)
|
19 (67.9%)
|
0
|
Membaca maklumat di
Internet
|
13 (46.4%)
|
5 (17.9%)
|
7 (25.0%)
|
3 (10.7%)
|
0
|
Meneliti bahan bacaan
|
8 (28.6%)
|
9 (32.1%)
|
7 (25.0%)
|
4 (14.3%)
|
0
|
Mengubahsuai cara
menjaga sawit
|
4 (14.3%)
|
11 (39.3%)
|
9 (32.1%)
|
4 (14.3%)
|
0
|
Memerhati cara terbaik
menjaga sawit
|
3 (10.7%)
|
8 (28.6%)
|
6 (21.4%)
|
11 (39.3%)
|
0
|
6.5 PRODUKTIVITI DAN PENDAPATAN
Jadual dibawah adalah mengenai ringkasan daripada analisis data mengenai produktiviti dan pendapatan pekebun kecil di Kampung Sawah dan Kampung Sungai Buaya di Banting,Selangor. Analisis data ini menggunakan kaedah regrasi (regression) yang mana menunjukkan tahap signifikan yang diperolehi ialah sebanyak 0.818. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pembolehubah yang digunakan iaitu biaya baja (RM), umur pokok sawit (Tahun), dumi pendidikan, racun rumpai dan serangga, pembelajaran personal, pengalaman sebagai pekebun kecil, luas tanah sawit (Ekar), dan juga bilangan pokok sawit. Oleh yang demikian, dapat dibuktikan bahawa pembolehubah yang terlibat sangat mempengaruhi produktiviti dan juga pendapatan pekebun kecil.
Jadual 6.5. Model Summary
Model
|
R
|
R Square
|
Adjusted R Square
|
Std. Error of the Estimate
|
1
|
.904a
|
.818
|
.766
|
2083.31800
|
a. Predictors: (Constant),
Biaya Baja Sebulan (RM), Umur Pokok Sawit ( Tahun ), Dumi Pendidikan, racun
rumpai dan serangga, Pembelajaran Personal, Pengalaman Sebagai Pekebun Kecil
Jadual ini pula menunjukkan bahawa
pembolehubah yang bergantung ialah buah tandan segar. Manakala, pembolehubah
yang tidak bergantung ialah biaya baja (RM), umur pokok sawit (Tahun), dumi
pendidikan, racun rumpai dan serangga, pembelajaran personal, dan pengalaman
sebagai pekebun kecil. Jadual anova diatas menunjukkan bahawa pembolehubah yang
tidak bergantung mempengaruhi jumlah pengeluaran buah tandan segar sebulan. Hal
ini dapat dilihat melalui nilai signifikan yang diperolehi iaitu nilai kosong
sahaja.
Jadual 6.5.
ANOVAa
Sum of Squares
|
df
|
Mean Square
|
F
|
Sig.
|
|
Regression
|
408674079.780
|
6
|
68112346.630
|
15.693
|
.000b
|
Residual
|
91144491.648
|
21
|
4340213.888
|
||
Total
|
499818571.429
|
27
|
a.
Dependent Variable: Buah Tandan Segar Sebulan (KG)
|
b.
Predictors: (Constant), Biaya Baja Sebulan (RM), Umur Pokok Sawit ( Tahun ),
Dumi Pendidikan, racun rumpai dan serangga, Pembelajaran
Personal, Pengalaman Sebagai Pekebun Kecil
|
Seterusnya,
jadual Collinearity Diagnostics yang
digunakan menunjukkan pembolehubah yang mempengaruhi pengeluaran buah tandan
segar sebulan. Pembolehubah yang signifikan ialah biaya baja iaitu sebanyak
kosong (100%). Hal yang demikian kerana majoriti pekebun kecil yang menggunakan
baja yang dibeli pada harga yang lebih murah dengan penggunaan yang lebih lama
serta membantu menjimatkan perbelanjaan pekebun kecil. Hal ini menunjukkan
bahawa biaya baja sangat mempengaruhi dalam pengeluaran hasil buah tandan segar
sebulan. Selain itu, vif yang diperolehi untuk semua pemboleh ubah tidak
melebihi 10, hanya sehingga dua sahaja.
Jadual 6.5. Collinearity Diagnosticsa
|
Model
|
Unstandardized
Coefficients
|
Standardized
Coefficient
|
t
|
Sig.
|
Collinearity
Statistics
|
||
B
|
Std.
Error
|
Beta
|
Tolerance
|
VIF
|
|||
(Constant)
|
-2328.438
|
1728.360
|
-1.347
|
.192
|
|||
Umur Pokok Sawit ( Tahun )
|
16.372
|
65.477
|
.025
|
.250
|
.805
|
.839
|
1.192
|
Pengalaman Sebagai Pekebun Kecil
|
45.163
|
42.356
|
.132
|
1.066
|
.298
|
.563
|
1.775
|
Dumi Pendidikan
|
-1090.465
|
1081.756
|
-.124
|
-1.008
|
.325
|
.577
|
1.733
|
racun rumpai dan serangga
|
-22.538
|
26.454
|
-.094
|
-.852
|
.404
|
.721
|
1.387
|
Pembelajaran Personal
|
868.552
|
630.913
|
.159
|
1.377
|
.183
|
.653
|
1.530
|
Biaya Baja Sebulan (RM)
|
31.147
|
3.450
|
.874
|
9.029
|
.000
|
.927
|
1.079
|
a. Dependent Variable: Buah Tandan Segar Sebulan (KG)a
6.6 Penentu Pendapatan
Pekebun Kecil
Bahagian ini ialah
mengenai penentu pendapatan pekebun kecil. Berdasarkan model summary yang
diperolehi berasaskan kaedah regression, R Square yang diperolehi ialah
sebanyak 0.80 (80%). Hal ini menunjukkan terdapatnya hubungan antara nilai
jualan buah tandan segar dengan biaya baja, umur pokok sawit, dumi pendidikan,
racun rumpai dan serangga, pembelajaran personal dan juga pengalaman sebagai
pekebun kecil. Nilai yang diperolehi menunjukkan terdapatnya tahap yang
signifikan antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.
Jadual 6.6. Model Summary
Model
|
R
|
R Square
|
Adjusted R Square
|
Std. Error of the Estimate
|
1
|
.896a
|
.803
|
.747
|
1173.37052
|
a. Predictors: (Constant), Biaya Baja Sebulan (RM), Umur Pokok
Sawit ( Tahun ), Dumi Pendidikan, racun rumpai dan serangga, Pembelajaran
Personal, Pengalaman Sebagai Pekebun Kecil
|
Seterusnya,
jadual dibawah pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan iaitu dengan
nilai 0. Hal ini bermaksud model yang digunakan sesuai dengan pembolehubah yang
digunakan. Antara pembolehubah wujudnya hubungan yang signifikan dan boleh dipercayai.
Pembolehubah bersandar mempengaruhi pembolehubah tidak bersandar dengan memberi
nilai 0.
Jadual 6.5. ANOVAa
Sum of Squares
|
df
|
Mean Square
|
F
|
Sig.
|
|
Regression
|
408674079.780
|
6
|
68112346.630
|
15.693
|
.000b
|
Residual
|
91144491.648
|
21
|
4340213.888
|
||
Total
|
499818571.429
|
27
|
a. Dependent Variable: Nilai Jualan
Buah Tandan Segar Sebulan ( RM )
|
b. Predictors: (Constant), Biaya Baja
Sebulan (RM), Umur Pokok Sawit ( Tahun ), Dumi Pendidikan, racun rumpai dan
serangga, Pembelajaran Personal, Pengalaman Sebagai Pekebun Kecil
|
Jadual dibawah pula ia mengenai jadual Collinearity
Diagnostics yang menunjukkan pembolehubah yang mempengaruhi hasil jualan buah
tandan segar sebulan. Pembolehubah tidak bersandar yang mempengaruhi hasil
jualan buah tandan segar sebulan ialah biaya baja sebulan. Nilai signifikan
yang diperolehi ialah kosong dan ia adalah nilai yang boleh dipercayai. Hal ini
menunjukkan semakin rendah biaya baja sebulan yang dikeluarkan, maka semakin
tinggi hasil pendapatan jualan buah tandan segar. Hal ini kerana ia dapat
mengurangkan perbelanjaan pekebun kecil dan seterusnya hasil yang diperolehi
juga adalah tinggi.
Jadual 6.6. Collinearity Diagnostics
Model
|
Unstandardized
Coefficients
|
Standardized Coefficient
|
t
|
Sig.
|
Collinearity Statistics
|
||
B
|
Std. Error
|
Beta
|
Tolerance
|
VIF
|
|||
(Constant)
|
-1281.817
|
973.450
|
-1.317
|
.202
|
|||
Umur Pokok
Sawit ( Tahun )
|
11.024
|
36.878
|
.032
|
.299
|
.768
|
.839
|
1.192
|
Pengalaman
Sebagai Pekebun Kecil
|
29.003
|
23.856
|
.157
|
1.216
|
.238
|
.563
|
1.775
|
Dumi
Pendidikan
|
-512.414
|
609.269
|
-.107
|
-.841
|
.410
|
.577
|
1.733
|
Racun Rumpai
Dan Serangga
|
-8.614
|
14.900
|
-.066
|
-.578
|
.569
|
.721
|
1.387
|
Pembelajaran
Personal
|
354.928
|
355.344
|
.120
|
.999
|
.329
|
.653
|
1.530
|
Biaya Baja
Sebulan (Rm)
|
16.847
|
1.943
|
.872
|
8.671
|
.000
|
.927
|
1.079
|
a. Dependent Variable: Nilai Jualan Buah Tandan Segar Sebulan ( RM
)
7.0 RUMUSAN/PERBINCANGAN
Kajian yang telah dijalankan terhadap seramai 28 orang
pekebun kecil di Banting, Selangor adalah bertujuan untuk mengkaji faktor yang menjadi
penentu kepada produktiviti dan pendapatan mereka. Berdasarkan hasil kajian
yang telah diperolehi, kenyataan yang dapat dilihat dengan jelas adalah kesemua
responden yang terlibat iaitu seramai 28 orang pekebun kecil di Kg Sawah dan Kg
Sg Buaya tidak menyertai program yang dianjurkan oleh TUNAS. walaubagaimanapun,
kesemua daripada responden menghubungi pihak MPOB untuk mendapatkan nasihat dan
juga bimbingan mengenai penanaman dan juga penjagaan buah kelapa sawit. Namun, mereka
hanya mendapatkan bimbingan dan nasihat secara atas talian sahaja, dan tidak secara
bersemuka dengan pegawai-pegawai MPOB tersebut. Hal ini juga disebabkan oleh kebanyakan
daripada mereka yang hanya bekerja sebagai pekebun kecil untuk separuh masa
sahaja kerana mereka telahpun mempunyai kerja tetap yang lain dan hanya
menjadikan pekerjaan sebagai pekebun kecil sawit sebagai pekerjaan sampingan
sahaja.
Selain itu, dapat dilihat
kebanyakan pekebun kecil mempunyai pengalaman bekerja sebagai pekebun kecil
untuk satu tempoh yang agak lama. Tempoh pengalaman yang paling lama dimiliki
oleh responden ialah selama 40 tahun. Hal ini dapat mempengaruhi pendapatan dan
juga produktiviti pekebun kecil itu sendiri. Namun, faktor ini tidak cukup
signifikan dalam mempengaruhi produktiviti dan pendapatan pekebun kecil seperti
yang ditunjukkan dalam bab 6.5 dan juga bab 6.6.
Faktor yang dilihat sangat
mempengaruhi produktiviti dan juga pendapatan pekebun kecil ialah biaya baja
yang dikeluarkan dalam sebulan. Hal ini membuktikan bahawa semakin rendah harga
baja yang digunakan, maka semakin tinggi hasil pendapatan dan juga produktiviti
yang akan diterima oleh pekebun kecil. Ini adalah kerana harga baja yang murah
akan meyebabkan pekebun kecil hanya perlu mengeluarkan kos belanja yang rendah
tetapi dapat membantu mengeluarkan hasil kelapa sawit yang sama seperti
menggunakan baja yang mahal di samping menjimatkan pengeluaran modal mereka.
Oleh yang demikian, faktor penggunaan baja yang berharga rendah sangat
mempengaruhi pendapatan dan juga produktiviti pekebun kecil.
Secara keseluruhannya,
terbukti bahawa selain daripada pengalaman, latihan dan juga pendidikan,
kualiti dan juga harga barangan yang digunakan dapat mempengaruhi pendapatan
dan juga produktiviti pekebun kecil di Banting Selangor. Penggunaan baja yang
murah dan juga berkualiti menyebabkan pekebun kecil hanya perlu mengeluarkan belanja
yang rendah akan tetapi memperolehi baja yang tinggi kualitinya seperti baja
yang harganya mahal.
8.0 CADANGAN
Antara cadangan dalam usaha untuk meningkatkan
produktiviti pekebun kecil di kampung-kampung yang terlibat adalah melalui
peningkatan penerimaan pendidikan formal. Hal ini demikian kerana menurut
Gratton dan Goshal (2003), pendidikan bertindak mempengaruhi tahap produktiviti
dan keuntungan. Dalam usaha memperkasakan aset modal insan ini, langkah yang
paling utama adalah menerusi pendidikan formal. Semakin tinggi ilmu dan daya
pemikiran yang dimiliki oleh seseorang individu, maka akan semakin tinggi pula
perolehan hasil usaha yang dikerjakan. Begitu juga dalam konteks kajian ini.
jika melihat kepada tahap pendidikan responden yang terlibat, sebanyak 64.3%
iaitu melebihi separuh daripada jumlah responden yang disoal hanya berjaya
mendapatkan pendidikan sehingga sekolah rendah sahaja. Manakala yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah dan pengajian-pengajian
tinggi hanyalah sebilangan kecil responden sahaja. Maka faktor ini dikaitkan
dengan tahap produktiviti yang rendah dimana tahap pendidikan yang rendah
mempengaruhi hasil produktiviti pekebun kecil yang rendah. Maka pendidikan
formal yang lebih tinggi mampu melahirkan modal insan yang fleksibel,
berfikiran jauh, berkemahiran, kreatif, dan berkemampuan dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi dalam bidang yang diceburi sekaligus mempengaruhi kadar
output yang bakal diperoleh.
Seterusnya ialah melalui peningkatan penerimaan
latihan dan kursus. Jika dilihat daripada hasil kajian, didapati bahawa
keseluruhan responden yang ditemui adalah tidak mendapatkan Tunjuk Ajar dan Nasihat
Sawit daripada pegawai MPOB. Tambahan pula, kekerapan responden menghadiri
kursus adalah sangat rendah bahkan terdapat responden yang tidak pernah
menghadiri sebarang kursus. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk kampung
yang terlibat dalam melakukan kegiatan sebagai pekebun kelapa sawit hanyalah
sebagai suatu keperluan mahupun sebagai suatu aktiviti untuk pendapatan
sampingan sahaja. Dalam situasi yang sebenar, latihan adalah penting bagi
mendedahkan pekebun-pekebun kecil akan cara yang sebenar untuk menanam kelapa
sawit. Hal ini demikian kerana terdapat kaedah-kaedah mahupun teknik-teknik
yang perlu dilaksanakan bagi memastikan berlakunya peningkatan produktiviti dan
hasil kelapa sawit sekaligus meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang rendah berdasarkan
hasil kajian ini.
Langkah yang ketiga adalah melalui peningkatan
pengetahuan. Pekebun-pekebun kecil terutamanya yang menjalankan kerja kelapa
sawit secara sepenuh masa ini seharusnya cakna akan sebarang sumber pengetahuan
yang berkenaan dengan penanaman kelapa sawit. Jika dilihat daripada hasil
kajian, tahap pembelajaran personal para responden adalah rendah. Tidak ada
seorang pun yang sangat bersetuju bahawa mereka benar-benar mencari ilmu
pengetahuan tambahan berkenaan penanaman kelapa sawit. Sebagai pengusaha kelapa
sawit yang inginkan produktiviti hasil penanaman kelapa sawit yang tinggi,
mereka seharusnya berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman
yang lebih lagi berkaitan kelapa sawit. Sebagai contohnya, pekebun kecil perlu sentiasa
berkongsi maklumat berkenaan tanaman sawit sesama pekebun kecil, berusaha
mencari makluat secara dalam internet, buku-buku, dan seterusnya mempraktikkan
kaedah terbaik dalam penanaman kelapa sawit hasil daripada ilmu tambahan yang
diperoleh.
Kesimpulannya, ketiga-tiga langkah ini adalah sangat
penting dan utama serta saling berkait dalam usaha melahirkan modal insan yang
berjaya. Tahap pendidikan adalah paling utama untuk memastikan individu
memiliki pembangunan diri yang tinggi dari aspek komunikasi, kepimpinan,
pengurusan maklumat dan kemahiran kritis dalam penyelesaian masalah. Faktor
pendidikan ini juga dikaitkan dengan tahap kemampuan pekebun dalam usaha
mendapatkan maklumat tambahan. Hal ini demikian kerana era sekarang lebih
cenderung kepada penggunaan teknologi seperti internet dalam menyampaikan
sebarang maklumat. Hal ini agak sukar kepada pekebun-pekebun yang senior dan
tidak mahir dalam menggunakan sebarang alat teknologi. Oleh itu, pihak berwajib
seperti MPOB perlu melakukan usaha yang lebih proaktif bagi memastikan pekebun
kecil ini mampu untuk memperoleh latihan dan pengetahuan berkenaan penanaman
kelapa sawit ini. faktor umur dan tahap pendidikan juga perlu diambil kira agar
tidak ada pekebun kecil yang tidak mampu untuk mendapatkan penambahbaikan ini.
sekiranya pekebun kecil ini adalah berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam
bidang ini, maka tidak mustahil produktiviti dan hasil perolehan kelapa sawit
dapat ditingkatkan sekaligus meningkatkan tahap ekonomi penduduk dan juga
negara.
9.0 Rujukan
1.
Mazlan Jamaludin. (2001, 5 Februari). Sawit: 237,564 keluarga pekebun kecil
„nazak‟. UtusanMalaysia.
2.
Mohd Nahar Mohd Arshad. (2004, Jun). Cabaran memajukan sektor pertanian negara.
UtusanMalaysia.
3.
Yahya Ibrahim. (1994). Proses Industrialisasi luar Bandar: Impak terhadap
komuniti di tanah rancangan FELDA. Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala
Lumpur.
4.
Zaba. 1975. Footprints on Sand of Time: The Malay Poverty Concept Over Fifty
Years From Za‟ba to Aziz and the second Malaysia Five Years Plan on Stephen C
and Khoo, Malaysian Economic Development and Politics. Kuala Lumpur Yayasan
Anda Press.
5.
Kosmo. (2013, 1 19). Retrieved from http://idrperak.com/idr/images/kelapa.pdf
6.
Utusan Unline . (2013, 6 26). Retrieved from http://www.kujie2.com/peribadi/saya-blogger-pekebun-kecil-getah-dan-kelapa-sawit.html
Assalamualaikum. Saya fatin, pelajar dari UiTM Kota Bharu. Sekarang saya menjalani latihan industri di RISDA. Saya bercadang untuk menjalankan kajian berkaitan dengan getah untuk thesis saya. Saya kira, entry ini juga dapat membantu saya serba sedikit. Boleh ke saya dapatkan questinnaire yg telah digunakan dalam kajian ni? Terima Kasih :)
ReplyDeleteTrima kasih.. Sy dpt manfaat nye..rujukan untuk assignment sy
ReplyDelete