Friday, May 16, 2014

TUGASAN LATIHAN MENYEDIAKAN PROPOSAL PENYELIDIKAN


tugasan semester 1 tahun 2 sesi 2013/2014 : SKAD 2313 METODOLOGI PENYELIDIKAN ILMU PEMBANGUNAN






SKAD 2313
METODOLOGI PENYELIDIKAN ILMU PEMBANGUNAN

 


KEPERLUAN PROMOSI BAGI MENINGKATKAN KETERLIBATAN PELAJAR DALAM USAHA KE ARAH KAMPUS LESTARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK :
DR SUHANA BINTI SAAD
DR SARMILA BINTI MD SUM
DR. SURAIYA BINTI ISHAK

DISEDIAKAN OLEH :
MASYITA BINTI MOHD HADI (A141089)
NURUL SAFINAS BINTI M. HANAFIAH (A141813)




1.0 PENGENALAN
Universiti mempunyai peranan penting dalam melahirkan graduan pelbagai disiplin yang mempunyai kefahaman yang mendalam berkaitan konsep kelestarian dan mempunyai tahap keprihatinan yang tinggi terhadap alam sekitar. Peranan universiti kepada masyarakat adalah pelbagai termasuklah melalui interaksi dengan mereka. Terdapat tiga elemen dalam konsep konsep pembangunan lestari iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar. Secara umumnya,  gabungan ketiga-tiga elemen ini selaras dengan matlamat universiti dalam melahirkan gaduan yang memenuhi kehendak pasaran. Dalam memenuhi matlamat itu, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil langkah ke arah kampus lestari dimana matlamat kampus lestari itu mengandungi ketiga-tiga elemen tersebut iaitu mengamalkan pembangunan lestari sepenuhnya menjelang tahun 2020 bagi kesejahteraan kehidupan dan kesihatan ekosistem serta memupuk kelestarian alam semulajadi dan alam binaan melalui pengurusan pentadbiran pendidikan penyelidikan pembangunan dan amalan kehidupan komuniti kampus dan tempatan.
Berikutan itu, Universiti Kebangsaan Malaysia telah ikut serta dalam peristiwa penandatangani Deklarasi Talloires pada 1990 dimana deklarasi ini bertujuan kearah kelestarian universiti (USLF, 1994). Deklarasi ini mula mendapat sambutan daripada universiti-universiti antarabangsa dimana sebanyak 413 buah universiti telah bersetuju untuk menandatangani deklarasi Talloires pada tahun 2010. Universiti-universiti ini mula mengaplikasikan idea kelestarian ke dalam sistem universiti mereka termasuklah Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 2007, Universiti Kebangsaan Malaysia telah pun melancarkan Program UKM Lestari dengan bertujuan untuk mencapai pembangunan lestari yang berteraskan pengintegrasian dan pembangunan keseluruhan universiti. Program-program yang digariskan adalah meliputi program-program seperti berikut:
·         Program Governans Kelestarian UKM
·         Program Pengurusan Air Bersepadu UKM
·         Program Pengurusan Tenaga Efisien UKM
·         Program Pengurusan Sisa Pepejal UKM
·         Program Reka Bentuk Bangunan Dan Infrasruktur Lestari UKM
·         Program Pengurusan Pengangkutan Lestari UKM
·         Program Pemuliharaan Hutan Dan Landskap Mesra-Ekosistem UKM
·         Program Penggunaan Dan Pengurusan Bahan Lestari UKM
·         Program Kelestarian Kurikulum UKM
·         Program Kesejahteraan Insan UKM
·         Program Pembinaan Keupayaan Kelestarian UKM
·         Pelan Induk Kampus Ukm Lestari 2020; Dan
·         Pelaksanaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) UKM
Maka keupayaan untuk menjayakan program ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak iaitu pihak pengurusan tertinggi universiti, tenaga pendidik, mahasiswa, dan keseluruan kakitangan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua pihak harus berganding bahu dalam dalam menjayakan UKM sebagai salah satu kampus lestari menjelang tahun 2020.



2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah:
  1. Menilai sejauhmana keperluan promosi bagi meningkatkan keterlibatan pelajar dalam usaha ke arah kampus lestari
  2. Mengenalpasti bahawa kempen merupakan medium utama dalam keperluan mempromosikan kampus lestari.



3.0 PERNYATAAN MASALAH
Dalam kajian yang lepas, terdapat banyak kajian yang bertujuan meninjau aspek kesedaran pelajar UKM terhadap isu alam sekitar.
Antaranya ialah kajian mengenai tahap kelestarian pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia ke arah kampus lestari (Norfadillah Derahim, Halimaton Saadiah Hashim & Noraziah Ali). Hasil kajian mendapati jurang dan kelemahan tahap pengetahuan, kesedaran dan peranan pelajar yang dikenalpasti, merupakan cabaran utama kepada pihak pentadbiran UKM ke arah mewujudkan kampus lestari. UKM perlu merangka dan melaksanakan program pembinaan keupayaan kelestarian pelajar dengan lebih teratur dan berterusan untuk membangunkan sebuah kampus lestari menjelang 2020.
Seterusnya,  kajian tentang hubungan antara komitmen terhadap alam sekitar dengan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti (Tan Pei San & Norzaini Azman) yang mana hasil analisis Korelasi  menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sederhana antara komitmen terhadap alam sekitar dan tingkah laku mesra alam sekitar
Selain itu, faktor yang menjadi halangan dan cabaran kepada kelestarian pendidikan tinggi adalah disebabkan oleh kekurangan dan kelemahan faktor-faktor seperti kesedaran, minat dan penglibatan, struktur organisasi, sokongan pentadbiran universiti, kekangan masa, latihan berkaitan kelestarian, menolak perubahan, mentaliti keuntungan, penyelidikan trans-disiplinari, polisi yang mempromosikan kelestarian kampus, mendefinisikan konsep kelestarian dan peluang komunikasi dan maklumat (Velazquez et al. 2005; William 2008).
Seterusnya kajian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui kumpulan penyelidikan inisiatif kampus sisa sifar UKM dengan kerjasama Alam Flora Sdn Bhd telah menggerakkan aktiviti kitar semula dengan lebih berkesan semenjak tahun 2010 dengan menambahbaik sistem pengurusan kitar semula, meningkatkan kemudahan serta fasiliti sedia ada dan mempergiatkan kempen kesedaran. Walaubagaimanapun, sambutan yang diterima daripada warga UKM adalah rendah dengan kadar purata kitar semula yang direkodkan (April 2010 hingga September 2011) adalah 1.93 % dengan purata bilangan warga UKM yang menghantar barangan kitar semula ke Pusat Kitar Semula UKM adalah lima orang/minggu. (Seminar Pendidikan Kejuruteraan Kongres Pengajaran dan Pembelajaran & Alam Bina UKM 2011) kajian ini yang membuktikan bahawa penglibatan pelajar dalam kampus lestari adalah rendah. Seterusnya kajian yang menunjukkan bahawa keperlun promosi itu sendiri iaitu melalui soal selidik yang juga dilakukan oleh Seminar Pendidikan Kejuruteraan Kongres Pengajaran dan Pembelajaran & Alam Bina UKM (2011) berkenaan dengan penggunaan sistem tong oren. Walaupun peratus terbesar iaitu 85 peratus pernah menggunakan tong oren tetapi mereka beranggapan bahawa informasi untuk penggunaan tong adalah masih kurang dan sampah yang di buang ke dalam tong tersebut tidak pasti sama ada bahan yang betul. Selain itu, Ramai di antara responden berharap publisiti tentang penggunaan tong perlu ditingkatkan kerana program tersebut adalah program yang bagus untuk mendidik warga UKM untuk menghargai bahan yang boleh dikitar semula selain dapat mengasingkan bahan kitar semula dari dibuang.
Berdasarkan kajian-kajian ini dapat dibuktikan bahawa keperluan promosi bagi meningkatkan keterlibatan mahasiswa dalam usaha ke arah kampus lestari adalah penting dalam menyampaikan informasi atau maklumat berkenaan program atau aktiviti yang dijalankan supaya ia dapat menarik mahasiswa untuk terlibat sama dalam usaha ke arah menjadikan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai kampus lestari pada tahun 2020.
Tambahan pula, kajian ini juga melihat kempen merupakan medium yang tepat dalam memenuhi keperluan promosi sebagai usaha untuk meningkatkan keterlibatan mahasiswa. Contohnya seperti penggunaan poster, pameran serta risalah-risalah yang berkaitan dalam memberitahu mahasiswa mengenai program-program yang dianjurkan UKM ke arah kampus lestari. Hal ini kerana melalui pemerhatian yang telah dijalankan bahawa kempen di sekitar UKM kurang dan hanya aktif di laman sosial seperti facebook dan blog.



4.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini dilihat dari segi teori, bertujuan bagi mengkaji keperluan promosi dalam meningkatkan keterlibatan mahasiswa dalam usaha kampus lestari. Robert Merton (Melvin L. De Fleur et al. 1988) telah merumuskan dalil-dalil fungsionalisme struktural tentang masyarakat-masyarakat seperti berikut :
  1. Sesebuah masyarakat itu sebaik-baiknya difikirkan sebagai suatu sistem bahagian yang saling berhubungan; ia adalah sebuah organisasi yang terdiri daripada kegiatan yang berpola, berulang-ulang dan saling berkalitan
  2. Masyarakat yang sedemikian dengan sendirinya menuju ke arah keseimbangan dinamis; jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak harmoni, terdapat penggerak yang bangun untuk mengembalikan kestabilan.
Melalui dalil-dalil ini, dapat dilihat bahawa perlunya promosi itu sebagai suatu penghubung masyarakat kepada sesuatu maklumat yang berlaku di sekeliling mereka. Maka promosi ke arah kampus lestari perlu dilakukan secara berpola, dan berulang-ulang. Seterusnya dapat dikatakan bahawa promosi yang berkesan mampu membimbing masyarakat ke arah pengambilan tindakan yang dikatakan sebagai penggerak kepada program-program kelestarian kampus yang dianjurkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Justeru itu, kepentingan kajian ini juga termasuklah mengenalpasti bahawa kempen merupakan medium utama dalam keperluan mempromosikan kampus lestari melalui pelaksanaan promosi yang efektif ini.
Akhir sekali, kepentingan kajian ini dapat dilihat sebagai salah satu cadangan kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia untuk meningkatkan atau memperbaiki faktor yang menjadi penghalang kepada usaha ke arah kampus lestari menjelang tahun 2020.



5.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia, dimana universiti ini dalam usaha ke arah kampus lestari. Populasi yang digunakan ialah mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala sampel populasi yang digunakan ialah mahasiswa daripada setiap fakuti di UKM yang terdiri daripada 12 fakulti Iaitu Fakulti Pergigian, Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, Fakulti Sains Dan Teknologi, Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Undang-Undang, Fakulti Pendidikan, Fakulti Perubatan, Dan Fakulti Farmasi. Kami juga memilih seramai 20 orang daripada setiap fakulti untuk menjawab soalan soal selidik tersebut. Hal ini adalah bertujuan untuk mengetahui hasil kajian secara menyeluruh kerana ia melibatkan usaha dalam menjayakan UKM ke arah kampus lestari.



6.0 PENDEKATAN TEORITIS
Kajian ini menguna pakai teori fungsionalisme struktural yang mana istilah ‘struktur’ merujuk kepada cara bagaimana kegiatan-kegiatan masyarakat yang berulang-ulang diuruskan. Struktur ini mengambil kira aspek tingkah laku, kelakuan keluarga, kegiatan ekonomi, politik, agama dan magis, dan banyak lagi bentuk aktiviti masyarakat yang dianggap terurus dan cekap. Istilah ‘fungsi’ pula merujuk kepada sumbangan sesuatu bentuk kegiatan berulang-ulang yang tertentu dalam menjaga kestabilan atau keseimbangan masyarakat. Media dan komunikasi massa pula adalah tindakan-tindakan yang berulang dan berpola dalam sistem sosial sesebuah masyarakat. Media dikatakan menyumbang sedikit sebanyak kepada keseimbangan sosial sesebuah masyarakat. Dalam erti kata yang lain, media ini membawa akibat kepada masyarakat secara keseluruhannya. Malah media massa boleh disenaraikan sebagai salah satu komponen yang perlu bagi struktur sosial. Tanpa komunikasi mahupun media, masyarakat masa kini tidak akan berterusan. Sebaliknya, komunikasi massa mungkin bersifat tidak berfungsi menyumbang kepada keadaan tidak harmoni dan tidak stabil (Melvin L. De Fleur et al. 1988).
Jika dikaitkan dengan kajian ini, media melalui saluran yang bertepatan adalah penting bagi membolehkan sasaran iaitu umum menerima maklumat yang hendak disampaikan. Namun, penyebaran maklumat iaitu promosi kempen terhadap kampus lestari tersebut perlulah dilakukan secara berulang-ulang dan lebih menyeluruh menggunakan pelbagai medium penyebaran maklumat seperti penggunaan laman sosial dan juga penyebaran secara langsung seperti pengeluaran poster dan risalah bagi memastikan ianya terus berjalan secara berterusan dan tidak hanya mendapat sambutan pada awalnya dan kemudiannya ia mula dilupakan. Hal ini selaras dengan matlamat universiti untuk mencapai kampus lestari menjelang tahun 2020.



7.0 HIPOTESIS / ANDAIAN KAJIAN
Hipotesis kajian ini mengandaikan bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara keperluan promosi bagi meningkatkan keterlibatan mahasiswa dalam usaha ke arah kampus lestari UKM.
Selain itu, kajian ini juga akan dapat membuktikan bahawa kempen secara langsung dan bukan hanya melalui laman sosial atau laman sesawang merupakan keperluan dalam mempromosikan program-program yang dianjurkan UKM.
Kesimpulannya, kajian ini mengandaikan bahawa apabila kempen yang dilakukan secara menyeluruh dan berkesan, ia akan mempengaruhi penglibatan pelajar dan akhirnya membantu pihak UKM dalam merealisasikan usaha ke arah kampus lestari menjelang tahun 2020.



8.0 DEFINISI KONSEP
Menurut Brundland Report 1987, pembangunan mapan atau pembangunan lestari ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan bagi memenuhi keperluan pada masa hadapan. pembangunan lestari menumpukan kepada tiga konsep utama iaitu sosial, ekonomi, dan alam sekitar. Hal ini kerana nikmat kemajuan pada hari ini akan turut dinikmati oleh generasi yang akan datang tanpa menjejaskan keperluan pada masa hadapan.
Seterusnya, terdapat kira-kira sebanyak 1.2-1.5 juta penuntut pada satu – satu masa di institusi pengajian tinggi termasuk universiti awam dan swasta, rakan sekerja dan politeknik di Malaysia. Jika dilihat secara halus, dengan jumlah penuntut yang banyak akan menyebabkan penggunaan tenaga dan bahan-bahan di universiti meningkat dan akan memberi impak secara langsung dan tidak langsung terhadap alam sekitar dan kemampanan. Idea kampus yang mampan telah menjadi popular di tahun-tahun kebelakangan kerana banyak universiti di Amerika Syarikat dan seluruh dunia telah mula meneroka berasaskan inisiatif kampus itu sendiri. Universiti boleh terutamanya dengan baik sesuai untuk merealisasikan pembangunan mampan. Hal ini kerana universiti adalah pusat-pusat beberapa penyelidikan yang paling maju di bidang yang berkaitan untuk kemampanan dan juga sumber yang banyak  untuk penyelesaian teknikal dan masyarakat dalam masalah pembangunan (Trombulak, 1998).
Velaquez et.al (2006) mentakrifkan bahawa universiti mampan institusi pendidikan tinggi, secara keseluruhannya atau sebagai sebahagian, yang menangani, melibatkan dan menggalakkan, pada peringkat serantau atau peringkat global, meminimumkan persekitaran negatif, ekonomi, masyarakat, dan kesan kesihatan yang dihasilkan dalam penggunaan sumber-sumber mereka bagi memenuhi fungsinya daripada pengajaran, penyelidikan, jangkauan dan perkongsian, dan pengawasan di jalan untuk membantu masyarakat membuat peralihan kepada gaya hidup yang mampan''
Manakala Cole (2003) mendefinisikan kampus mampan sebagai satu yang bertindak dimana ia adalah tanggungjawab tempatan dan global untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan manusia dan ekosistem. Ia melibatkan secara aktif pengetahuan warga universiti iaitu cabaran ekologi dan sosial yang kita hadapi sekarang dan pada masa akan datang''
Kedua-dua definisi di atas menerangkan bahawa pembangunan yang berterusan adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan pembangunan yang meningkatkan kualiti hidup manusia ketika tinggal dalam kapasiti yang menyokong ekosistem, memberi tumpuan untuk mengimbangi sosial, matlamat dan manfaat ekologi dan ekonomi. Universiti, telah dianggap sebagai benteng pemikiran bebas, adalah secara teori yang sukar ditandingi dalam keupayaan untuk mencari teori-teori baru, teknologi, dan nilai-nilai. Oleh itu, ia adalah penting bagi universiti untuk memimpin melalui teladan di kawasan di mana penyelesaian masalah kreatif diperlukan (Cole, 2003).
Selain itu, definisi konsep melalui William J. Stanton ialah sebagai suatu usaha dalam penyampaian maklumat, pemujukan, dan proses komunikasi. Manakala menurut Harper (2000:65), beliau mendefinisikan promosi sebagai suatu program terkawal dan bersepadu dari segi metod komunikasi material syarikat atau produk yang dapat memuaskan pelanggan, mendorong jualan serta memberi sumbangan pada prestasi keuntungan syarikat. Jika dikaitkan dengan kajian ini, promosi boleh didefinisikan sebagai suatu program yang terkawal dan bersepadu dari segi cara penyampaian yang mampu menarik perhatian dan minat para siswazah untuk turut terlibat seterusnya membantu mempercepat usaha ke arah kampus lestari.



9.0 BATASAN KAJIAN
Kekangan yang dihadapi adalah dari segi pengutipan data hasil kajian. Hal ini kerana kajian mengambil beberapa sampel responden dari setiap fakulti yang terdapat di UKM. Maka kekangan dari segi masa terpaksa dihadapi dimana borang soal selidik yang hendak dikumpulkan daripada responden-responden yang berlainan fakulti akan mengambil masa yang lama yang akhirnya mempengaruhi proses pengumpulan data daripada borang-borang soal selidik tersebut.
Tambahan pula terdapat perbezaan jarak yang besar antara kampus UKM Bangi dengan Kampus UKM Kuala Lumpur ini juga akan menyebabkan kesukaran dalam pengedaran dan juga pengumpulan borang soal selidik terutamanya daripada segi pengangkutan dan juga kos.
Kajian juga mengalami kesukaran dalam mendapatkan data yang tepat dan telus. Hal ini kerana pelajar terdorong untuk menjawab soalan soal selidik yang diedarkan secara sambil lewa.



10.0 SOROTAN LITERATUR
Banyak kajian meninjau kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar terutamanya pada pelajar di institusi pendidikan. Banyak dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa pengetahuan, sikap dan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia berada pada tahap yang baik (Fadzilah 1999; Ruhaya 2001; Mohd Yusop et. al. 2003; Ramli 2003; Zurina & Norjan 2003; Seow & Nor Wariza Jufri 2004; Ismail 2005; Norjan et. al. 2005 dan Norlila 2007). Kajian ini juga dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Zurina dan Norjan (2003) mengenai tahap kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti. Mereka mendapati kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia adalah pada tahap yang tinggi tetapi kesediaan pelajar untuk terlibat sama dalam mengatasi masalah alam sekitar adalah terlalu minimum.
Hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan masyarakat terhadap pembangunan lestari berada di tahap tinggi namun penglibatan masyarakat masih lagi rendah iaitu melalui kajian oleh Wahida et. al. (2004) yang menyatakan bahawa kesedaran terhadap isu-isu alam sekitar dan kesedaran bahawa alam sekitar perlu dipelihara telah meningkat dalam kalangan masyarakat, tetapi tahap penglibatan individu dalam aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam sekitar masih di peringkat yang rendah.
Selain itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui kumpulan penyelidikan inisiatif kampus sisa sifar UKM dengan kerjasama Alam Flora Sdn Bhd telah menggerakkan aktiviti kitar semula dengan lebih berkesan semenjak tahun 2010 dengan menambahbaik sistem pengurusan kitar semula, meningkatkan kemudahan serta fasiliti sedia ada dan mempergiatkan kempen kesedaran. Walaubagaimanapun, sambutan yang diterima daripada warga UKM adalah rendah dengan kadar purata kitar semula yang direkodkan (April 2010 hingga September 2011) adalah 1.93 % dengan purata bilangan warga UKM yang menghantar barangan kitar semula ke Pusat Kitar Semula UKM adalah lima orang/minggu. (Seminar Pendidikan Kejuruteraan Kongres Pengajaran dan Pembelajaran & Alam Bina UKM 2011) kajian ini yang membuktikan bahawa penglibatan pelajar dalam kampus lestari adalah rendah. Seterusnya kajian yang menunjukkan keberkesanan kempen itu sendiri iaitu melalui soal selidik yang juga dilakukan oleh Seminar Pendidikan Kejuruteraan Kongres Pengajaran dan Pembelajaran & Alam Bina UKM (2011) berkenaan dengan penggunaan sistem tong oren. Walaupun peratus terbesar iaitu 85 peratus pernah menggunakan tong oren tetapi mereka beranggapan bahawa informasi untuk penggunaan tong adalah masih kurang dan sampah yang di buang ke dalam tong tersebut tidak pasti sama ada bahan yang betul. Selain itu, Ramai di antara responden berharap publisiti tentang penggunaan tong perlu ditingkatkan kerana program tersebut adalah program yang bagus untuk mendidik warga UKM untuk menghargai bahan yang boleh dikitar semula selain dapat mengasingkan bahan kitar semula dari dibuang.
Tambahan pula, kajian oleh Shahrom Md Zain, Noor Ezlin Ahmad Basri, Fatihah Suja, Othman Jaafar & Hassan Basri  daripada Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia berpendapat bahawa pelaksanaan kempen-kempen alam sekitar, aktiviti-aktiviti kitar semula dan gaya hidup lestari warga UKM perlu digerakkan di peringkat universiti secara lebih tersusun untuk menunjukkan betapa seriusnya UKM memperjuangkan konsep pembangunan lestari di peringkat universiti. Bagi proses pengajaran & pembelajaran di UKM, antara cara yang boleh dilaksanakan ialah dengan memberikan tugasan-tugasan berkaitan isu-isu alam sekitar, projek berasaskan masalah (PBL) yang memberi fokus kepada masalah alam sekitar, pertandingan dan seterusnya penglibatan pelajar-pelajar dalam pameran dan kempen-kempen kesedaran alam sekitar hasil daripada tugasan yang diberikan.
Kesimpulannya, walaupun banyak kajian ada menyatakan bahawa keperluan promosi sesuatu yang penting dalam usaha ke arah kampus lestari, namun masih tiada kajian atau penyelidikan yang membincangkannya secara khusus dan terperinci. Oleh disebabkan itu, kajian ini akan melihat secara khusus mengenai keperluan promosi iaitu melalui kempen secara menyeluruh atau secara langsung juga penting dalam usaha meningkatkan keterlibatan pelajar ke arah kampus lestari.



11.0 METODOLOGI
Kaedah pertama yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah kaedah pemerhatian. Pemerhatian dilakukan di sekitar UKM dan juga terhadap laman sesawang mengenai UKM LESTARI seperti poster, pameran, risalah, facebook, dan juga blog yang telah digunakan dalam mempromosikan program-program ke arah UKM sebagai kampus lestari. Hal ini kerana kebanyakkannya promosi yang digunakan ialah melalui laman sosial iaitu facebook namun promosi atau kempen secara langsung seperti pengedaran risalah atau poster yang ditampal di sekitar UKM adalah kurang.
Kaedah yang kedua, ialah kaedah penggunaan borang soal selidik. Persampelan yang digunakan ialah persampelan kuota yang mana ia juga persampelan rawak berlapis yang bukan kebarangkalian. Borang akan diedarkan sebanyak 20 set bagi setiap 12 fakulti tersebut iaitu jumlah keseluruhannya ialah sebanyak 240 set soal selidik. Teknik ini digunakan untuk mengetahui secara keseluruhan mengenai hasil kajian ini terhadap mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
Akhir sekali, kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam memperolehi hasil kajian. Hal ini kerana kaedah kuantitatif dapat melihat perilaku atau pandangan secara peribadi serta dapat mengetahui pemahaman secara mendalam serta ia dianggap fleksibel. Ia juga dianggap bersesuaian dalam menentukan hasil kajian ini. Oleh itu, teknik yang digunakan dalam menganalisis data yang diperolehi ialah menggunakan Statistical Package for the Social Sciences atau Statistical Product and Service Solutions  (SPSS).



RUJUKAN
Iman mulyana Dwi Suwandi.  promosi dan public relations. Slide. Indonesia: Seri Manajemen Pemasaran.
 http://www.slideshare.net/imanmulyana/promosi-dan-public-relations
Norfadillah derahim, halimaton saadiah hashim, dan noraziah ali. 2011. Tahap kelestarian pelajar universiti kebangsaan malaysia ke arah kampus lestari. Jurnal Personalia Pelajar (14). 0128-2735
Nurulain a.jalal. 2010. Factors Of Sustainability For UTM Sustainable Campus Initiatives. UTM: Faculty of Civil Engineering.
Melvin L. De Fleur, Sandra Ball-Rokeach. 1988. Teori Komunikasi Massa. Terj. Noor Bathi Hj. Badarudin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Shahrom Md Zain, Noor Ezlin Ahmad Basri, Hassan Basri, Noridayu Zakaria, Rahmah Elfithri, Maisarah Ahmad, Tiew Kian Ghee, Sarifah Yaakub & Ismi Azura Istear Khan. 2011. Keprihatinan Amalan Kitar Semula Membentuk Sikap Dan Tingkah Laku Lestari. Seminar Pendidikan Kejuruteraan Kongres Pengajaran dan Pembelajaran & Alam Bina (PeKA’11)

Tan Pei San & Norzaini Azman. 2011. Hubungan antara Komitmen Terhadap Alam Sekitar dengan Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Universiti (The Relationship between Commitment towards Environment and Pro-environment Behaviour among University Students). Jurnal Personaliti Pelajar Bil 14 : 11 – 22.


No comments:

Post a Comment