tugasan semester 1 tahun 2 sesi 2013/2014 : ZZZT 2173 HUBUNGAN ETNIK
ZZZT
2173 HUBUNGAN ETNIK
DR
JAMSARI BIN ALIAS
“ADAT
MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI BAGI ETNIK JAWA:
KAJIAN
DI KAMPUNG JAWA, KLANG”
NAMA
AHLI KUMPULAN DELIMA:
NORASILAH BINTI SATDIMIN A142414
NURUL SAFINAS BINTI M. HANAFIAH A141813
MASYITA BINTI MOHD HADI A141089
ILLYNA BINTI IBRAHIM A140755
NADIA NURSHIDA BINTI ZUHAIRI A140833
NURAIN BINTI MOHD YUSOF A141368
ROBIATUL NADIAH BINTI DOLLAH TABAB A141640
SITI AIKA FATEN BINTI SAHLAN A141799
1.0 PENGENALAN
Kajian
ini adalah bertujuan untuk mengkaji adat menyambut kelahiran bayi bagi etnik
Jawa. Hal ini kerana kebanyakan orang beranggapan bahawa adat menyambut
kelahiran bayi etnik Jawa ini sama sahaja seperti adat-adat kaum lain. Oleh
kerana itu, kami memilih tajuk ini untuk dikaji dan membuktikan bahawa terdapat
perbezaan yang unik dalam adat menyambut kelahiran bayi dalam etnik Jawa
berbanding dengan etnik-etnik lain.
Kami
memilih kawasan kajian iaitu Kampung Jawa, Klang Selangor ini kerana majoriti penduduknya merupakan etnik Jawa bagi memudahkan kami mendapatkan maklumat
berkenaan adat-adat menyambut kelahiran bayi kaum mereka.
Seterusnya
kami memilih dua orang responden yang merupakan bekas bidan kampung bagi
memudahkan kami mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan langkah-langkah
dalam adat menyambut kelahiran bayi ini.
2.0 SOROTAN KAJIAN
Penyelidikan adat resam masyarakat Jawa
bayi telah banyak dilakukan oleh penyelidik-penyelidik.Kebanyakan mereka
melihat secara menyeluruh aspek adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Jawa.
Kajian ini akan memfokuskan kepada menyabut kelahiran bayi bagi masyarakat
Jawa. Menurut Amina Haji Noor (1993), petua merawat ibu selepas melahirkan
munggunakan ubatan tradisional dapat mengambalikan tenaga selain memakan ubat
yang disediakan oleh pihak hospital. Ann Ahira berpendapat, suku kaun Jawa
percaya bahawa seorang wanita hamil harus dijaga dengan baik supaya tidak
berlaku kejadian yang tidak diingini dan bayi yang di kandung dapat dilahirkan
dengan mudah.
Leoni
Putri mengatakan bahawa proses melahirkan bayi merupakan hal yang harus
disyukuri oleh masyarakat Jawa. Oleh itu, mereka akan membuat suatu majlis atau
upacara seperti menyambut kelahiran baru itu. Selain itu, terdapat adat resam
lain yang diamalkan untuk mengekalkan keaslian suku kaun Jawa ini dan setiap
upacara dilakuan mempunyai makna-makna tertentu.
Norhissham (2013),
mengatakan bahawa adat resam Jawa ini merangkumi semua aspek kehidupan bermula
dari kelahiran, kehidupan dan hinggalah kematian. Hasil kajian beliau mendapati
bahawa terdapat banyak adat resam masyarakat Jawa telah ditinggalakn kerana
selain dari mengalami proses asimilasi iaitu membentuk budaya baru, ada di
antara adat resam dan kepercayaan yang tidak bersesuaian dengan agama Islam.
Hal ini di sokong oleh Anna Ahira, mengatakan sebagai seorang beragama islam
yang baik masyarakat harus tahu memilih mana-mana adat resam Jawa yang di
benarkan oleh syariat Islam.
Berdasarkan analisis
yang dapat dilihat, Aminah Haji Noor percaya bahawa ubatan tradisional
masyarakat Jawa memberi kesan positif kepada kesihatan para ibu yang baru
melahirkan dan sesuai diamalkan hingga kini.Leoni Putri berpendapat adat resam
masyarakat Jawa menpunyai keaslian tersendiri yang membawa makna yang baik
untuk sesuatu tujuan. Norhissham dan Anna Ahira mempunyai pendapat mengatakan
bahawa banyak adat resam dan kepercayaan yang telah ditinggalakn kerana wujud
percanggahan dengan syariat islam yang melarang perbuatan tersebut. Selain itu,
berlaku proses asimilasi yang lebih kepada perubatan terkini yang mengikut arus
kemodenan. Sehubungan itu, kajian ini akan mengkaji sejauhmana masyarakat
melayu yang berketurunan Jawa di Kampung Jawa di Klang masih mengamalkan adat
resam suku kaum Jawa. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, temubual dan
soal selidik untuk mendapatkan data-data yang diperlukan.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Kawasan kajian yang kami pilih untuk
menjalani kajian kami ialah di Kampung Jawa Di Klang, Selangor. Hal ini kerana
kampung tersebut terdapat ramai masyarakat Jawa yang menetap di sana dan
memudahkan kami untuk mendapatkan data.
Data kajian ini
diperolehi daripada pelbagai sumber primer dan sekunder.Data primer dikumpul
melalui kaji selidik yang dilakukan di kawasan kajian. Kaji selidik akan
dilakukan terhadap 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk Jawa yang
berada di kawasan Kampung Jawa, Klang secara rawak. Borang kaji selidik ini
dilakukan bertujuan untuk mengkaji tentang adat menyambut bayi bagi masyarakat
Jawa di kampung tersebut.
Selain itu, kaedah temu
bual dengan penduduk setempat juga turut dilakukan iaitu terhadap dua orang
responden iaitu Puan Faizah Bt Mohd Yusof dan Puan Ummi Khatijah binti Hashim.
Responden utama kami iaitu, Puan Faizah Bt Mohd Yusof, beliau merupakan seorang
bidan berketurunan Jawa sejak berumur 20 tahun lagi. Pelbagai pengalaman serta
adat jawa yang telah beliau ceritakan pada kami.Secara umumnya, adat masyarakat
Jawa dengan masyarakat Melayu dalam menyambut kelahiran bayi tidaklah begitu
ketara jurang perbezaannya.
Data sekunder pula
boleh diperolehi daripada pelbagai sumber termasuklah melalui akhbar, jurnal
dan buku serta laman web yang berkaitan.
4.0 HASIL KAJIAN
4.1 AMALAN
MENYAMBUT BAYI MASYARAKAT JAWA
1. SELAPAN
Selapan
merupakan satu majlis jamuan yang diadakan bertujuan untuk memastikan anak
lahir dengan selamat.Majlis ini diadakan ketika kandungan berusia tiga bulan.
Keluarga terdekat akan memasak dan menjemput saudara mara datang kerumah dan
menjamu selera.
2. LENGGANG
PERUT
Adat ini
ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh
bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di
tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi
memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada
masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil
itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika
didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu
diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini.Kelengkapan yang mustahak
perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut
disediakan adalah seperti berikut:
• Tujuh
helai kain yang berlainan warna.
• Satu
gantang beras.
•
Sebiji buah kelapa.
•
Beberapa urat benang.
• Satu
batang damar.
•
Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
•
Beberapa batang lilin.
• Satu
tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
•
Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.
Setelah
semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang
perut seperti berikut. Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai
kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu
akandibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu
akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.
Selepas
itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara
perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali
dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh
bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok
bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah
berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh
anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.
Setelah
itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas
sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu
lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan
ibu itu.Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu.Selepas itu, kain
itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan
dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah
pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok
bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan
wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.
Biasanya,
pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan
dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu
berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan
pakaian yang baru dan cantik.
3. MUYI
Muyi merupakan satu
amalan masyarakat jawa yang juga diamalkan oleh
masyarakat melayu kini. Setelah bayi lahir, selama tujuh hari tujuh
malam tuan rumah hanya menunggu tetamu datang. Tetamu akan meninggalkan sedikit
wang untuk si bayi. Supaya ibu dan ayahnya dapat gunakan untuk bayi tersebut.
Juga
dikenali sebagai Jagong. Biasanya saudara mara dan jiran tetangga yang akan
datang melawat. Mengikut kepercayaan jawa sebenar, orang perempuan akan datang
melawat pada siang hari dan kaum lelaki akan berkunjung di malam hari.
Ketika
menziarah keluarga bayi, tetamu akan dihidangkan dengan kuih-kuih tradisional
seperti rempeyek dan rengginang. Tetamu datang bertujuan untuk menemani si ibu
yang sedang berpantang.Mengikut kepercayaan masyarakat jawa, ibu yang baru
melahirkan anak lemah semangatnya dan anak yang baru lahir mudah disampuk oleh
kuasa jahat.
4. MENANAM URI
Setelah
bayi lahir, uri bayi tersebut hendaklah ditanam. Bidan akan membasuh uri
tersebut sehingga bersih menggunakan campuran asam berserta sedikit garam.
Sekiranya bayi tersebut mempunyai kakak atau abang, kakak dan abangnya perlu
memijak uri yang telah dibersihkan tersebut. Mengikut kepercayaan amalam
memijak uri ini sebagai simbolik bahawa adik-beradik tersebut tidak akan
bergaduh. Sekiranya bergaduh, mereka tidak akan putus saudara.
Setelah
itu, uri tersebut akan dibalutkan dengan kain putih dan diletakkan kedalam
periuk tanah yang telah ditebuk lubang di bahagian bawah periuk. Kemudian,
masukkan sebarang benda yang ingin ditanam bersama uri tadi dan selimutkan kain
putih tadi diatasnya.
Uri
bayi perempuan akan ditanam dengan celak, pensel dan jarum. Ia bertujuan untuk
memastikan si bayi membesar dan menjadi seorang yang cantik, pandai dalam
pelajaran, dan pandai menjahit. Manakala uri bayi lelaki akan ditanam bersama
pensel, paku dan jarum dengan harapan bayi tersebut membesar dan menjadi
seorang yang pandai dan gagah.
Uri
tersebut hendaklah ditanam di hadapan rumah bagi perempuan di kawasan orang
lalu lalang.Manakala uri bayi lelaki boleh ditanam di belakang
sedikit.Biasanya, uri ini ditanam oleh si bapa.Bapa bayi perlu mandi dan
memakai wangian supaya anak menjadi seperti bapanya.
Waktu malam tempat uri ditanam akan dilengkapi
pelita. Selain mengelak daripada binatang korek , mereka juga berharap agar
baby tu tidak diganggu oleh kuasa jahat. Lepas tu, tanah dari tempat uri
ditanam diambil sedikit lalu dibungkus dalam sehelai kain putih.
Bungkusan tu kemudiannya diletakkan di bawah tempat tidur baby . Masyarakat
Jawa beranggapan ianya dapat teman baby tu sebab setiap baby
dilahirkan bersama kawan atau “bathor”.
5. BELAH
MULUT
Belah
mulut merupakan satu upacara permulaan setelah bayi dilahirkan. Upacara ini
menggunakan air zam-zam, madu dan tamar sebelum beri bayi tersebut minum susu
ibunya. Tapi ini merupakan amalan orang lama. Sekarang, orang jawa dan melayu
sudah tidak mengamalkan belah mulut sedangkan dalam islam sendiri menggalakkan
amalan ini dilakukan.
6. CUKUR
JAMBUL
Upacara
cukur jambul ini diamalkan selepas 7 hari bayi tersebut lahir. Biasanya
masyarakat jawa mengamalkan upacara naik buaian sama seperti masyarakat melayu.
Tetapi, masyarakat jawa akan menyediakan ayam masak kicap, ikan parang goreng,
serunding dan sambal goreng. Makanan ini akan dihantar kepada bidan yang
menyambut bayi tersebut didalam mangkuk tingkat.
7. BERPANTANG
Setelah
melahirkan bayi, si ibu hendaklah berpantang selama 40 hari.Sepanjang tempoh
berpantang, si ibu mestilah berbengkung, berurut, dan macam-macam lagi.
Mengikut masyarakat jawa ibu hendaklah memakan tempe sepanjang empat puluh
hari. Tempe yang dimakan adalah tempe bakar. Ibu hendaklah mengelakkan makanan
yang berminyak.Sayur sayuran yang diambil mestilah sayur yang tidak
mendatangkan angina dalam badan.Sayur kobis tidak digalakkan untuk makan. Sayur
bayam elok dimakan kerana dapat memudahkan proses pencernaan.
LENGGANG
PERUT
bahan-bahan untuk melenggang perut
nasi ambeng sempena majlis
upacara mandi bunga
suami isteri memijak telur secara serentak
si suami membelah kelapa
tiga helai kain batik digunakan
5.0 KESIMPULAN
Etnik jawa
merupakan antara etnik yang paling awal wujud di Malaysia.Suku kaum ini berasal
daripada Indonesia dimana perpindahkan ke negara ini adalah disebabkan
peperangan.Secara mudahnya, etnik ini disifatkan sebagai suku kaum yang sopan
dan halus, tetapi mereka juga terkenal sebagai suatu suku bangsa yang tertutup
san tidak mahu berterus terang.Sifat in kononya berdasarkan sifat orang Jawa
yang ingin memeliharakan keharmonian atau keserasian dan menghindari
pertikaian.
Hasil
daripada kajian yang dilakukan mengenai adat menyambut kelahiran bayi bagi
etnik jawa yang dilakukan di Kampung Jawa,kami telah memperoleh maklumat dari
awal kandungan bayi tersebut sehingga kelahiran. Pelbagai peringkat yang perlu
dilalui sama ada bagi si ibu dan bayi tersebut. Hal ini kerana, bagi etnik
jawa, pelbagai kepercayaan yang perlu diikuti demi memastikan bayi dapat
dilahirkan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Jika dahulu, responden yang
ditemui mengakui bahawa terdapat unsur kepercayaan yang boleh menjurus kearah
khurafat, namun selaras dengan peredaran masa dan perkembangan ilmu, kini,
kebanyakan kepercayan dan adat bagi etnik jawa amnya adalah berlandaskan
syariat Islam dan amnya bagi adat menyambut kelahiran bayi.
Terdapat
pelbagai kebaikan yang dapat diperoleh kesan daripada pantang larang menyambut
kelahiran bayi. Namun, arus kemodenan kini telah menyebabkan kebanyakan adat,
budaya dan kepercayaan dalam masyarakat Jawa hanya tinggal pada nama sahaja.
Sebagai contoh, adat lenggang perut dan cukur jambul,walaupun masih diamalkan
sehingga kini tetapi kaedah yang dilakukan adalah berbeza. Hal ini kerana,
masyarakat kini menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah lapuk dan ketinggalan
zaman. Justeru, etnik jawa boleh dikatakan sedang mengalami proses asimilasi
berbanding etnik lain. Generasi muda sukar untuk dikategorikan sebagai orang
Jawa yang tulen memandangkan segala kehidupan telah berubah mengikut peredaran
waktu.
Justeru,
bagi memastikan adat ini masih terus diamalkan, anak muda berketurunan Jawa
seharusnya berbangga dengan keunikan yang ada kerana sebenarnya adat dan
kepercayaan yang diamalkan kebanyakannya memberi kebaikan pada masa akan
datang. Ibu bapa perlu menjelaskan setiap perkara yang dilakukan, bagi
mengalakkan lagi generasi muda turun sama mengamalkan adat ini dan boleh
diteruskan pada masa akan datang.
6.0 RUJUKAN
1.Penduduk
Kampung Jawa di Klang , Selangor.
2. Tokoh Adat
Jawa ,Puan faizah bt mohd
yusof dan Puan Ummi khatijah binti hashim
3.http://www.slideshare.net/tlc1025/adat-tradisional-masyarakat-di-malaysia
4 .
http://hissham66.blogspot.com/2012/08/kajian-etnik-jawa-di-malaysia.html
5.
http://www.anneahira.com/adat-istiadat-suku-jawa.htm
6.
http://ajengjenius.blogspot.com/2012/11/sebagian-adat-istiadat-indonesia-bayi.html
7.http://studentsrepo.um.edu.my/2023/8/BAB_5.pdf
7.0 LAMPIRAN
TRANSKRIP 1
Ibuk :
Okay, mula-mula nak tanya pasal macam
mana?
Kami : Start dari mengandung, sampai la baby tu
keluar. Apa adat yang diamalkan masyarakat jawa. Apa upacara dia ?
Ibuk : upacara dia.. kalau orang Jawa dalam masa 3 bulan mengandung dia buat
kenduri. Lebih kurang kenduri kesyukuran. Dalam jawa di sebut “ selapan”. Dia
dibuat untuk konon-konon pastikan anak lahir tu selamat.Dia masak pastu
dipanggil la keluarga terdekat datang makan-makan. Lauk yang selalu dihidangkan ialah nasik
urap, kulupan macam nasi kerabu, ada pucuk ubi, kangkung dcelur.
Lepas
tu, sampai tujuh bulan dia buat la pula “lenggang perut” .
Kami
: Lenggang perut tu untuk ape?
Ibuk
: Lenggang perut tu lebih kurang macam
doa selamat. Dia untuk pastikan bayi yang lahir tu selamat xde masalah
Bile dah lahir tu, keluarga akan buat
“muyi” 7 hari 7malam. Muyi ni maksud die orang datang melawat bayi tu la. Macam
masyarakat biasa buat.Orang datang lepastu bagi bayi tu duit.
Lepas 7 hari tu, buat pula “cukur jambul” . Masa cukur jambul tu ade la upacara naik buaian.
Sama macam masyarakat melayu juga.Cuma yang beza dia ialah masakan dia. Masa
majlis tu, dia masak ayam masak kicap, ikan parang goreng, serunding dengan
sambal goreng.
Makanan ini akan dihantar dalam
mangkuk tingkat dekat siapa yang sambut bayi tu. Maksud dia sape bidan baby tu.
Dulu ibuk penah dapat 7 kes dalam satu hari dari pagi sampai malam. Kebetulan hari tu ibuk ade meeting kat
banting. Jadi ibuk memang tak masak la. Makan pon dekat banting je la. Nak di
jadikan cerita, ibuk balik dari meeting tu berderet mangkuk tingkat kt rumah
ibuk. Semua sama jer. Semua makanan
cukur jambul.Dia bagi masa majlis cukur jambul tu la.Sebab banyak sangat, ibuk
pilih la mana satu ibuk nak.Lepas tu ibuk sedekah kat budak-budak yang main
petang-petang kat dewan sebelah rumah ibuk.
Kami
: Ibuk, selepas tu upacara apa pulak?
Ibuk
: upacara belah mulut, Itu upacara
permulaan baby dilahirkan. Lepas je baby lahir, diletaknya air zam-zam,
madu dengan tamar sebelum bagi baby tu
susu. Tu la maksud belah mulut. Dalam
islam pon ade ajar belah mulut ni. Siap ade doa die pon. Itu lepas lahir
laaa. Tapi sekarang xbanyak dah orang
buat macam tu. Lepas jer lahir terus bagi baby tu “baby contact”. Kirenye “
skin-to-skin”. Bagi terus menyusu.Tak de belah-belah mulut dah.
Kirenya lepas cukur jambul, anak dah
tak de ape-ape.Tinggal mak dia aje la.
Kami
: Apa yang akan dilakukan dekat ibu baby tu pula ibuk ?
Ibuk
: Lepas jer beranak, ibu tu kene urut
selama 7 hari, makan jamu. Biasa la, orang kita pon ade buat jugak urut nie. Lepas itu, ibu tu kena la
pantang 40 hari.
Dalam masa ini pon, buat kenduri lagi
.kira kenduri kesyukuran sebab ibu dah
selamat lahirkan bayi tu.
Time pantang 40 hari ni la ibu dia
masalah sikit. Kene berurut, berbekung,berbedak dan macam-macam lagi.
Kami
: dari segi makanan ibu pula, ada pantang larang dia tak?
Ibuk
: Biasanya si ibu makan tempe jer. Tempe
tu pon dibakar.Elak makan makanan berminyak. Lepas tu ade pantang larang jangan
makan ikan sebab ade orang cakap kalau makan ikan nanti air susu tu jadi bau
hanyir. Tapi ibuk tak tahu la betul ke tak hanyir.
Kami
: kiranya makan tempe je la sepanjang tempoh pantang tu?
Ibuk
: yer sepanjang tempoh tu, makan tempe
je la. Tapi kalau ikot tak boleh macam tu. Tak de sayur ape.Kita kene makan
sayur kalau ikotkan.Tapi jangan la makan sayur yang bawak angin.Jangan la makan
kobis, bayam.Tu semua tak usah la makan. Makan la sayur bayam ke apa. Sayur tu
bagus makan untuk senang buang air.Kalau ikot orang kampong dulu, air pon tak
boleh minum banyak-banyak. Siap disukatnya lagi air tu. Tu la sebabnya susah
nak buang air. Tapi sekarang orang tak
buat dah. Orang dah pandai.Tak de la seksa orang sampai air pon tak bagi minum.
Kami : Ibuk, masa upacara-upacara sambut
bayi ni meriah tak?
Ibuk
: Macam muyi tu. 7 hari 7 malam memang
meriah daripada masyarakat melayu. Majlis orang buat kenduri kan. Macam dulu
tak de TV, tak de letrik. Jadi tu je la hiburan masa tu. Nak tau cara dorang dapat sumber cahaya masa tu?
Dorang guna pelepah kelapa tak dibuang daun diikat dipanggil andang lepas tu
letaklah api. Tu pon 40 tahun dulu la.
Kami
: Ibuk dah berapa lama jadi bidan?
Ibuk
: 37 tahun 17 hari jadi bidan.
Start umur ibuk 20 tahun lagi ibuk jadi
bidan. Ibuk masuk training masa umur 18 tahun. Ibuk ni hospital trainer. Dia
macam jadi nurse sekarang. Asyik exam jer. Lepas je tamat training, dia lempar
la kite kat mana-mana yang ada kosong.Tapi tu 40 tahun dulu.Sekarang dah
senang.
Kami : Ibuk, yang pijak uri tu untuk
ape?
Ibuk
: Itu macam lepas lahir kan ade uri,bawa balik uri tu, basuh uri tu bersih-bersih. Sampai tak de
darah. Kalau dia ade abang atau kakak, kalau dia anak sulung takda la. Yang tua
kena pijak uri si adik itu. Tapi cuci dulu la uri tu.
Kami
: Kenapa uri tu kene pijak?
Ibuk
: Tu pendapat orang dulu-dulu, dorang cakap konon-konon tak bagi adik beradik tu bergaduh. Kalau gaduh pon,
tak kan putus. Kira macam mencantumkan kasih saying adik beradik la.
Kami
: Ibuk, uri tu kene tanamkan?
Ibuk
: Uri kene tanam. Cuci bersih-bersih
supaya anak tu jadi baik, bersih. Tapi ada setengah orang lempar buang ja uri tu. Sebenarnya tak boleh
gitu.Kene tanam walaupun tak cuci. Tak elok dilempar gitu ja. Dalam al-Quran
pon ade ajar suruh basuh dan tanam uri tu.
Kami : Nak tanam uri tu ade ke pantang larang die?
Ada ke cara die? Setengah tanam dengan pensel,
paku, macam-macam lagi.Perlu ke ibuk?
Ibuk
: Dah basuh bersih-bersih, taruk dalam
periuk tanah. Lepas tu diketuknya periuk tu bagi berlubang, lapik dengan kain
putih dan taruk la uri tu. Lepas tu dibukaknya uri tu, masuk la apa nak masuk.
Contohnya masuk kertas, pensel, paku, buah keras, asam, garam baru selimut
balik uri tu. Tujuan dia nak bagi baby tu cerdik.Takda la sampai pensel pon tak
kenal.Lepas tu tanam je la.
Lepas tu, yang tanam tu biasanya si
bapa.Si bapa tu kene mandi wangi-wangi.Kene ambil air sembahyang dengan pakai
wangi-wangi supaya anak tu jadi macam si bapa tu la.
Kami
: Tempat di tanam uri tu kat mana ibuk?
Ibuk
: Kalau anak perempuan ditanamnya kat depan. Kat tempat orang lalu-lalang.Kalau
anak lelaki pula tanam belakang sikit pon xpe.
Kami
: Lepas dah tanam tu kene buat ape lagi?
Ibuk
: lepas tanam tu, keliling tempat uri tu letak tin gas, pelita bagi terang. 7
hari dibuatnya. Kalau ikot kepercayaan, dia untuk elak kuasa jahat kacau bayi
tu. Tapi sebenarnya nak halang binatang korek tempat tu. Nak bagi bayi tu
terang hati. Tu jer.
Kami
: Ibuk, macam mana nak tau ibu tu mengandung anak perempuan ke laki waktu
dulu-dulu? Dulu kan xde scanning-scanning nie.
Ibuk : Nak tahu ibu tu
mengandung anak laki ke perempuan senang ja. Tengok ja bentuk perut dia. Kalau
anak lelaki, pusat si ibu tu timbul. Ibuk pon tak tahu kenapa timbul.Tapi tu la
kejadian Allah. Kalau perempuan pula, pusat die kedalam lepas tu ade
coklat-coklat keliling pusat tu. Tu la
kejadian Allah.Kalau nak pertikaikan memang tak tercapai dekat akal manusia.
Kami : Ok la ibuk,
terima kasih sebab kongsi dengan kami pasal adat sambut bayi ni.
Ibuk : Sama-sama.
TRANSKRIP
2
Kami : Puan, kami ingin
mengetahui serba sedikit adat-adat menyambut bayi yang diamalkan masyarakat
jawa. Itu pon kalau puan tak keberatan.
Puan : hmm.. nak tau
start dari mana yer? Dari mula ibu mengandung ker?
Kami : Yer, kami nak
tau start dari ibu tu mengandung. Kira dari permulaan la.
Puan : Okay, start dari
ibu tu mengandung, masa ibu tu mengandung 3 bulan akan diadakan kenduri.
Kirenye kenduri kesyukuran nak sambut orang baru dalam keluarga la lebih
kurang. Kenduri ni dalam kalangan keluarga. Saudara terdekat la kiranya.
Lepas tu tak de ape
dah, tunggu sampai 7 bulan baru die buat pula lenggang perut.
Kami : Lenggang perut
tu untuk ape?
Puan : Adat lenggang
perut ni ade juga yang panggil
“tingkepan atau mitoni” . Biasanya buat untuk orang yang mengandung anak
sulung. Die di buat masa mengandung 7
bulan. Lenggang perut ni dibuat untuk memohon keselamatan ibu dengan baby tu.
Masyarakat Jawa ni percaya janin tujuh bulan dah ade roh yang perlu dijaga dan diraikan. Lenggang
perut ni buat untuk anak sulung sebab bagi dorang anak sulung bawa tuah. Upacara ini dibuat oleh Mak Bidan yang bakal sambut baby tu .
Bakal ibu terpaksa melalui beberapa peringkat upacara lenggang perut tu.
Kami
: Apa upacara yang dijalankan tu puan?
Puan : Ibu yang tengah
mengandung tu akan dimandikan dengan air
pelbagai jenis bunga diiringi dengan doa yang dibacakan oleh Mak Bidan. Ada la
doa yang bidan tu amalkan setiap kali lenggang perut ni. Lepas tu,
suami akan memasukkan sebutir telur ayam kampung dalam kain isteri dia.
Telur tu dibiarkan jatuh dan pecah. Ni macam
simbolik tanda baby akan lahir dengan lancar tanpa masalah. Tapi, ada
juga sesetengah masyarakat jawa yang perlukan si suami membelah buah kelapa
muda. Kalau belahan buah kelapa betul – betul kat tengah , mereka akan dapat baby lelaki.
Sebaliknya kalau belahan buah kelapa
tersebut senget, mereka bakal menerima
baby perempuan.
Kami : Masa lenggang
perut tu ade ke pantang larang dia?
Puan : Biasanya tetamu
masa lenggang perut tu dihidangkan
dengan nasi ambeng. Masa penyediaan
dijalankan, pelayan dimestikan mengambil
dulang yang berisi nasi ambeng secara satu arah. Dorang tak boleh
berjalan bolak- balik melawan arah. Ia untuk mengelakkan baby yang bakal
dilahirkan keluar secara songsang.
Kami
: Lepas baby tu lahir, apa lagi yang dibuat?
Puan : Lepas jer baby
selamat lahir, upacara yang dijalankan ialah menanam uri. Mak Bidan akan mencuci dan membersihkan uri dengan campuran
asam beserta sedikit garam. Lepas tu, uri akan ditanam di bawah rumah atau
persekitaran rumah.
Kami
: Semasa penanaman uri tu, apa yang perlu diletakkan sekali dengan uri tu?
Puan : Uri baby
perempuan akan ditanam dengan celak, pensil , dan jarum. Sebab dorang
harap baby tu akan membesar
menjadi seorang yang cantik, pandai dalam pelajaran dan pandai menjahit
baju. Uri baby lelaki pula ditanam
dengan pensil, paku dan jarum dengan
harapan bila besar nanti mereka akan jadi seorang yang pandai
dan gagah.
Kami : Apa upacara atau
adat yang dijalankan sepanjang penanaman uri tu?
Puan : Waktu malam tempat uri ditanam akan dilengkapi
pelita. Selain mengelak daripada binatang korek , mereka juga berharap agar
baby tu tidak diganggu oleh kuasa jahat. Lepas tu, tanah dari tempat uri
ditanam diambil sedikit lalu dibungkus dalam sehelai kain putih.
Bungkusan tu kemudiannya diletakkan di bawah tempat tidur baby . Masyarakat
Jawa beranggapan ianya dapat teman baby tu sebab setiap baby
dilahirkan bersama kawan atau “bathor”.
Kami : Puan, kami ada
mendengar mengenai pijak uri. Tu pun adat menyambut baby juga ke?
Puan : Pijak uri? Yer
ia ada diamalkan. Uri di pijak oleh adik beradik baby tersebut sebelum uri tu
ditanam.Ia bertujuan sebagai simbolik bahawa adik beradik tersebut tidak akan
bergaduh. Sebab dorang piker dorang dah pijak uri adik dorang. Tapi ia sebagai
simbolik sahaja.
Kami : selain tu, apa
lagi adat yang di amalkan?
Puan : Selepas itu, apa yang dijalankan ialah
Jagong. Jagong ni maksud die duduk. Tapi ada juga yang panggil adat ini dengan
nama “muyi”.
Ia dijalankan dari hari pertama hingga
ke tujuh kelahiran. Pada masa ni la
jiran tetangga dan saudara – mara akan datang menziarahi keluarga baby.
Biasanya kaum perempuan akan datang berziarah pada siang hari. Kaum lelaki pula
akan melawat pada waktu malam. Ketika berziarah mereka akan dihidangkan dengan
kuih-kuih tradisional seperti rempeyek dan rengginang.ia bertujuan untuk
menemani ibu dan baby tu. Sebabnya
masyarakat Jawa percaya , ibu
yang baru melahirkan lemah semangatnya
manakala si bayi mudah disampuk oleh sesuatu kuasa jahat.
Kami : Dari segi cukur
jambul pula, apa adat-adat yang diamalkan?
Puan : Cukur jambul?
Cukur jambul ni ada dua nama, setengahnya panggil dia “puputan” .Cukur jambul biasanya dijalankan lepas 40 hari baby
lahir. Kiranya lepas ibu habis berpantang. Jiran dan saudara – mara dijemput untuk
majlis doa selamat. Ketika ini mereka akan
berzanji beramai-ramai. Selesai
jer berzanji baby akan dibawa keluar. Beberapa
orang tetamu yang terdiri daripada Pak Imam dan
beberapa orang alim akan memotong
sedikit jambul sambil membaca sedikit doa
supaya baby tersebut membesar penuh keberkatan. Tapi ada juga baby yang dicukur sampai botak licin. Rambut tu akan dimasukkan dalam kelapa dan ditanam di sekitar rumah. Pada ketika ini ,
tuan rumah biasanya akan mengagihkan bunga telur dan bunga rampai kepada tetamu. Biasanya telur tersebut dimasak
pindang supaya lebih tahan lama. Ada juga yang menabur beras berserta sejumlah
duit syiling di ruang tamu sebaik sahaja majlis potong jambul tersebut selesai
sebagai simbol apabila dewasa nanti anak tersebut dimurahkan rezeki dan senang dapat makanan dan kaya.
Kami: Apa proses yang
akan dijalankan oleh ibu semasa berpantang?
Puan : Si ibu akan
menjalani bengkongan. Bengkungan ni sejenis tali pinggang yang dipakai lepas
melahirkan baby. Bengkung dibuat daripada kain yang lembut sepanjang 6 hingga 7
meter kalau tak silap la. Untuk senangkan
cara nak pakai , kain bengkung biasanya
diikatkan pada sesuatu seperti tiang. Si ibu ni akan melilitkan bengkung tersebut pada
bahagian bawah dada sampai paha
supaya rahim mudah sembuh, perut
tak menggelebeh dan punggung tak jatuh.
Kami : okay, rasanya
kami dah dapat maklumat yang mencukupi. Terima kasih sebab sudi meluangkan masa
dengan kami untuk berkongsi mengenai adat-adat ni.
Puan : Sama-sama.
No comments:
Post a Comment